Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,
masih berbaki waktu untuk penulis berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat &
generasi penulis akan datang. Bila memandang masa & hari yang berlalu,
rupanya penulis sedar setiap hari punya pengajaran berhikmah dari Ilahi untuk
hambaNya yang menyedari.
Ok,
petang ini penulis yang bercerita tentang alam universitinya. Boleh kan?
Sepanjang hampir 4 tahun belajar di universiti, penulis tidak pernah lekang
menggunakan kenderaan ini. Setiap kali nak pergi kuliah, setiap kali nak ke
kolej kediaman, ‘dia’ adalah kenderaan wajib penulis guna. Cuba teka?
Google image...
Google image...
Sepantasnya
penulis menghargai jasa seorang pemandu. Orang lain bahagia dengan kenderaan
persendirian seperti kereta & motor. Penulis juga harus berbahagia &
berbangga dia punya pemandu. Banyak kenangan yang boleh penulis lakarkan
sepanjang keberadaannya di universiti & punya pemandu sendiri itu kenangan
yang tak ramai pelajar ada.
Setiap
kali nak menaikinya, penulis sangat perlu bersabar kerana bukan dia seorang
yang menggunakan perkhidmatan bas. Penantian satu penyeksaan, paling seksa bila
semua orang dah naik bas balik, tinggal penulis sahaja yang termanggu menunggu
bas mengambilnya pulang ke kolej kediaman.
Terpana
penulis saat membelek isi ayat Al-Quran surah al-Baqarah ayat 153 yang
bermaksud:
153. Wahai
sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah
payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan
(mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang Yang sabar.
Sabar itu indah. Kenangan penulis yang agak
pahit untuk ditelan bila terkadang ditinggalkan bas, berlari anak untuk
mendapatkan bas, & terkadang menunggu bas berjam-jam lamanya hanya kerana
penulis tinggal di kolej kediaman yang agak jauh dari kampus. Manisnya kenangan
ini tak mungkin dapat diulang kembali.
Penulis adalah antara pengguna tegar
kenderaan ini. Soalan yang sering di tanya oleh ‘juniour’ ketika bertemu dengan
penulis, “Akak dah tahun akhir kan? Akak tinggal jauh mesti guna kenderaan
sendirikan?” Penulis pantas menjawab, “Sepanjang 4 tahun di sini bas adalah
kenderaan wajib saya.”
Terima kasih penulis ucapkan kepada semua
pemandu yang telah banyak berjasa kepada pelajar-pelajar walaupun terkadang
kalian pernah membuat onar & menyebab pelajar-pelajar marah. Sesungguhnya
banyak pahala yang pemandu-pemandu bas dapat sepanjang kalian menghantar &
mengambil mahasiswa-mahasiswa yang sedang berjihad menuntut ilmu.
Di samping itu, penulis belajar banyak
perkara sepanjang dia menjadi pengguna bas. Antaranya, penulis dapat ramai
kawan baru terutamanya bagi sesiapa yang berada di sebelah penulis ketika dalam
bas pasti ditegurnya & di sapa. Tempat kediaman penulis agak jauh, &
memakan masa hampir 30 minit untuk sampai ke destinasi. Jadi masa yang ada
penulis gunakan untuk memerhati di luar jendela bas. Tengok alam yang telah
dimusnahkan oleh manusia hanya kerana sebuah pembangunan.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah ar-Ruum ayat
41 yang bermaksud:
41. telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab
apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Tengok gelagat manusia dalam kenderaan
masing-masing, tengok kenderaan yang bertali arus di atas jalan raya, tengok
pokok-pokok yang melambai-lambai & kadang2 terfikir sejenak tentang
keluarga di kampung, tergambar wajah ibu ayah & adik2. Masa tu, rindu pada
keluarga mulai datang, menguji jiwa penulis.
Satu lagi perkara yang penulis dapat
sepanjang menggunakan bas adalah, kerjaya seperti pemandu bas & seumpamanya
adalah pekerjaan mulia & halal di sisNya. Cuma tinggal manusia yang suka
memandang mereka dengan pandangan hina hanya kerana kerja. Di buat suka hati,
di caci maki, di marah sembrono. Usahlah kita cepat memandang kerja sebegini
hina, padahal merekalah insan yang banyak menabur jasa. Setiap pagi sanggup
menghantar pelajar ke tempat pengajian & mengambil pulang. Jika tiada pemandu
bas ini, takkan pelajar samapi ke destinasi yang ingin di tuju tepat pada
masanya. Takkan pelajar mampu belajar dalam kuliah dengan selesa tanpa pemandu
bas menghantar mereka ke kampus.
Jadi, hargailah sekecil-kecil perkara yang
ada di samping kita. Lebarkan sebanyak mungkin kebaikan waktu hayat masih ada,
kerana mana tahu di sebalik semua kebaikan itu terselit kasih sayangNya.
Sempitkan sebanyak mungkin peluang untuk melakukan kejahatan kerana mana tahu
di sebalik semua kejahatan yang dilakukan bakal terselit kemurkaan ALLAH Yang
Maha Esa.