Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah,
Ya ALLAH berkat kasih sayangMu penulis masih bisa menikmati keamanan di negara
sendiri walau terkadang dia tidak sedar bilakah keamanan ini akan berpanjangan.
Al-Hamdulillah Ya Rabb, Engkau sentiasa menitipkan rahmat terbesar untuk
hambaMu yang hina ini nikmat iman & Islam yang terus membawa penulis
menelusuri kehidupan dengan penuh ketenangan & pengharapan pada ALLAH.
Al-Hamdulillah, penulis lahir di bumi Malaysia.
Namun
dugaannya lebih mencabar. Penuh dengan liku menguji kehidupannya sebagai
seorang muslimah. Apa yang dibuat difikir salah pada pandangan manusia, apa
yang difikir di salah tafsir oleh kebanyakan manusia. Itulah fitrah manusia
punya pendapat yang berbeza, punya pemikiran yang pelbagai persepsi kadang
mengundang bencana, mengungkit kemarahan manusia. Namun kesabaran itu cepat
menyerang hati. Sabar duhai hati, ini baru sikit ujian yang ALLAH datangkan
padamu. Kata mahu jadi hamba ALLAH yang kuat.
“Ya ALLAH
dengan kekuasaan & kebesaranMu lindungi & pelihara saudara-saudaraku di
Gaza. Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan
tanah air tercinta. Bantulah mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Hanya doa
yang mampu aku kirim buat kesejahteraan mereka & aku yakin ALLAH memberi
yang terbaik untuk kalian saudara-saudaraku yang jauh di mata tapi sentiasa
dekat di hati. Hatiku sedih sekali saat melihat Gaza bermandi darah, tapi hati kecilku
berbisik, moga syahid menjadi milik kalian semua. Ya ALLAH Engkau kuatkanlah
iman saudara-saudaraku di sana. KuasaMu mengatasi kuasa manusia yang ada. Hancurkanlah
musuh-musuh Islam dengan kekuasaanMu Ya ALLAH.”
Hari ini
penulis terpanggil untuk berkongsi salah satu puisi rekayasa pemikiran &
ilham kurniaan ALLAH, untuk mengungkap segala yang tersirat di hatinya. Hati penulis
remuk saat membuka ‘facebook’nya. Remuk bercampur sedih dengan berita-berita
tragis kematian saudara-saudara seIslamnya di Gaza. Sungguh penulis tak redha dengan
apa yang rejim Zionis lakukan pada saudara-saudaranya.
Gambar-gambar
syahid puluhan rakyat Gaza mengundang duka di hatinya. Mengundang marah pada
musuh Islam tersebut. Teganya mereka membunuh manusia lain, hilang sudah sifat
keperimanusiaan mereka. Sempat juga penulis membelek akhbar SINAR HARIAN EDISI
KELANTAN bertarikh 10 Julai 2014 yang baru sahaja dibeli oleh ayahandanya. Muka
depan akhbar TANGISAN GAZA.
Hari ni dah
12 Ramadhan 1435H, rakyat Gaza bersahur penuh ketaatan, berbuka pula menuju ke
syurga. Subhanallah, tidak dapat penulis bayangkan keadaan mereka ketika ini,
hanya iringan doa & air mata buat saudara-saudaraku di sana. Sungguh Ramadhan
kali ini memberi peluang kepada seluruh umat Islam untuk terus membantu
saudara-saudara seIslam di Gaza.
Memetik artikel
di Sinar Harian halaman 2, “ Ketika umat Islam di seluruh dunia gembira
menjalani puasa & tarawih, ribuan saudara Islam di bumi Palestin meratap
hiba & menyelamatkan diri dari serangan roket bertubi-tubi sejak mlm
kelmarin. Serangan dalam bulan Ramadhan ini bukan kali pertama dilancarkan
Zionis. Serangan pertama pernah berlaku ketika Intifada Pertama pada 8 Disember
1987 hingga 13 September 1993 iaitu dalam tempoh enam tahun. Ini bermakna
penduduk Gaza pernah berhadapan situasi getir ini sebanyak enam kali Ramadhan
& serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yaang berlaku Isnin lalu
adalah kali ke tujuh.
Dalam
serangan lebih 72 jam itu, dilaporkan oleh beberapa media bahawa angka korban
mencecah lebih 40 nyawa dengan ratusan cedera parah selepas Zionis menyasarkan
160 kawasan di Genting Gaza dengan menggunakan 90 roket.”
Marilah kita sama-sama menghadiahkan surah al-Fatihah buat saudara-saudara seIslam kita di Gaza. Kirimkan bersama doa-doa kita buat mereka kerana doa itu senjata utama muslim.Mari baca puisi rekaan penulis khas & istimewa buat saudara-saudara seIslammya di Gaza:
Tangisan
Si Kecil di Gaza
Bumi Gaza berdentum lagi
Maha hebat roketnya bertubi-tubi membunuh manusia
Tanpa belas kasihan di hati
Hatiku dirobek bercampur sedih
Saat menelusuri kisah hidupmu Gaza
Penuh derita mempertahan keberadaaanmu di bumi
Namun, kamu tak
mengalah
Jauh mengeluh berat saat diuji begini
Engkau dikurnia ALLAH kekuatan
Demi melihat Islam terus bersinar di bumi Gaza
Teruskan usahamu duhai saudara-saudaraku
Aku titip
doa moga ALLAH sentiasa memelihara kalian
Kanak-kanak Malaysia
bahagia bersama dentuman mercun
Sedang kalian, si kecil menangis tanpa air mata
Mencari di mana ayah & bonda
Kami dahaga kasihmu
Kami mahu bersamamu duhai ibu ayah
Tapi kalian di mana?
Senyum si kecil penuh makna
Mahu berjumpa ib bapa di syurga
Kerna tingkah si kecil tak pernah menipu
Ya, tangisan si kecil di Gaza tak pernah berhenti
Terngiang-ngiang di telingaku
Moga syahid bersamamu
Bekalan doa kami kirim buatmu
Moga kalian kuat bersama ujian ini.
Jom, baca link ini: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/789-palestin-cuba-di-jajah-bantuan-kita-a-qunut.html
Setakat ini dahulu coretan hati yang bergelora dengan pelbagai rasa atas apa yang berlaku pada umat Islam di Gaza, Palestin. Moga memberi manfaat buat sahabat-sahabat yang singgah di blog ini. Fikirlah kita hidup di dunia ini hanya sementara & bukan hanya perlu fikir tentang diri kita. Biar ada sekelumit rasa dalam hati kita rasa persaudaraan kita dgn seluruh umat Islam di dunia ini. Itu tanda kepedulian kita pada ummah akhir zaman ini. Jika kita tak mampu berbicara macam orang lain buat dalam FB cubalah dengan doa2 & usaha2 lain. Bukan untuk menunjuk tapi tanda kita kasih pada saudara seIslam kita di Gaza. Tanda kita hamba ALLAH & khalifahNya yang amanah & bertanggungjawab.
Siiru ‘alaa barakatillah...salam Ramadhan
kareem.
No comments:
Post a Comment