Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah dengan nama ALLAH penulis
masih punya ilham & nyawa untuk terus memberi ruang pada blognya menjadi
coretan hati buat tatapan dirinya insan lemah yang mengharap keredhaan ALLAH.
Tidak dilupa buat generasi bakal meneruskan perjuangannya kelak &
seterusnya sahabat-sahabat pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana
menziarahi blog ini walau hanya membelek ‘page’ utamanya sahaja.
Selawat & salam tidak dilupa buat Nabi
Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan seluruh jiwa raganya untuk umat manusia
merasai manisnya punya iman & Islam di dada. Baginda s.a.w tidak pernah
lelah memberi pada ummahnya tidak kira apa pun pemberian tersebut walau hanya
memberi senyum. Alangkah indahnya andai Rasulullah s.a.w bersama dengan kita di
waktu ini, tetapi yakinlah Rasulullah s.a.w memang sentiasa ada di hati kita
jika kita sentiasa mengingati Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Hamdulillah seharian bercuti &
mengembara bersama-sama sahabat, Siti Zawiroh Daud cukup memberi ruang kepada
akal fikiran penulis untuk memikir anugerah nikmat pemberian ALLAH kepadanya. Menikmati
halaman kampung di rumah kak Nik Siti Hajar Nik Salleh memberi satu aura baru
kepada penulis. Ya, dia rindukan alunan lembut yang menampar pipinya di kampung
sendiri...dia rindukan juga bunyi burung-burung yang berkicau riang di halaman
kampungnya. & sungguh kembara al-Qaryah ini dapat mengubat kerinduannya
pada kampung.
Begitu banyak anugerah ALLAH yang kita sering
terlupa untuk mensyukurinya, antaranya nikmat keamanan yang ada ketika ini di
Malaysia walau Malaysia kini dihambat tragedi-tragedi yang tidak diduga
menggugah kerisauan semua. Ya, kita punya keamanan masakan tidak kita masih
bisa membuka pintu jendela setiap pagi menjelma, mendengar kokokan ayam yang
membuat lena kita terganggu seketika, berjalan-jalan menuju ke sekolah &
tempat kerja. Bahkan kita masih punya waktu & kesempatan untuk pergi
bercuti bersama-sama keluarga. Sedang rakyat Gaza, Palestin tidak punya
kesempatan itu.
Al-Hamdulillah, kembara al-Qaryah pada akhir
Ramadhan ini memberi ketenangan berganda pada penulis & sahabatnya. Banyak yang
dia dapat sepanjang pengembaraan itu walau hanya satu hari. Sampai sahaja kami
ke destinasi kembara al-Qaryah pada tengah malam, kami disambut riang oleh keluarga
kak Hajar & suaminya. Malam yang menenangkan dengan kepelbagaian bunyi
cengkerik & haiwan-haiwan kecil seolah-olah mengalukan kehadiran kami ke
kampung Rembau, Negeri Sembilan itu.
Lebih kurang jam 4.30 pagi, kami bersahur
bersama-sama dengan berlaukkan ayam & ikan serta nasi. Al-Hamdulillah,
dapat juga kami bersahur mengambil pahala mengamalkan sunnah. Usai solat subuh
& membaca al-Quran, kami mengambil keputusan untuk menikmati alam ciptaan
ALLAH di kampung tersebut.
Pagi yang amat segar dengan udara sangat
sejuk, suasana sangat mendamaikan. Inilah nikmat pertama bila menjejak kaki ke
kampung. Subhanallah meluncur laju dari mulutnya, bayangkan betapa sejuknya
kami sehingga menggigil nak tahu kenapa? Sebab kat kampung tu ada banyak sangat
pokok. Sebut je pokok apa semua ada tersedia di situ. Pokok rambutan, manggis,
cempedak, mangga, rambutan, langsat, dokong, rambai, pulasan, petai, pokok
lada, pisang, pelbagai jenis pokok bunga & tak dilupa ada kebun pokok
rebung yang sangat luas.
Penulis mula jatuh cinta pada suasana hijau
di kampung ini. Mereka hidup dikelilingi pokok. Itulah hikmah bila kita berjasa
pada tanah. Bukan hanya hasil yang banyak dari pokok-pokok yang ditanam juga
kita pasti menjadi manusia yang sangat bersyukur dengan nikmat anugerah ALLAH. Automatik
hati kita jadi dekat dengan ALLAH bila kita dekat dengan alam sekitar &
memakmurkannya.
Kesempatan berada di kampung itu, penulis
& sahabat ambil dengan pengajaran berharga di ‘samping menyelam kami sempat
juga minum air’ (istilah bahasa tau). Jangan salah sangka kami berpuasa tau pada
bulan Ramadhan. Kami juga dipelawa untuk memetik beberapa buah seperti,
rambutan, dokong, rambai, langsat, pulasan, & manggis. Buah yang dipetik
kadang-kadang memerlukan kudrat penulis untuk memanjat tangga. Mula-mula agak
gerun memanjat tangga yang tinggi, tapi demi sahabat digagahkan jugak diri
walau pada mulanya penulis hanya dipaksa menggunakan tangga tersebut.
Tau apa perasaan penulis selepas mendapatkan
buah yang dikehendaki? Al-Hamdulillah rasa puas hati sangat misi seorang
pengembara berjaya terlaksana, dia dapat mengatasi rasa takutnya pada
ketinggian selama ini. Seronok sebenarnya berada di kampung ini kerana sudah
pasti suasananya berbeza dengan bandar. Udara segar dapat dari pokok-pokok yang
sangat banyak, suasana hijau menghiasi kawasan halaman rumah, bunyi-bunyi
haiwan ibarat irama & lagu yang tak dapat dipisahkan. Bukan membingitkan
susana tetapi mendamaikan jiwa bagi manusia yang berfikir akan hikmah kejadian
alam ciptaan ALLAH ini.
Agak lama kami bertungkus lumus di halaman
rumah kampung tersebut. Kami juga di bawa oleh Kak Hajar untuk meninjau
keindahan kebun rebung yang tersusun cantik di hujung halaman rumah tersebut. Subhanallah,
sekali lagi penulis terpana dengan kerimbunan pokok-pokok rebung yang ibarat
saujana mata memandang. Sempat juga bertembung dengan babi hutan. Oh, baru tahu
bagaimana wajah sebenar haiwan ciptaan ALLAH ini. Apa yang pasti kebun rebung tersebut sangat indah &
mendamaikan. Sahabat baik penulis pula sibuk mengatakan kebun tersebut agak
menyeramkan kerana luas & agak gelap suasananya.
Tidak dilupa kami turut berkesempatan untuk
menikmati keindahan tanaman bunga yang mekar indah seperti bunga mawar yang
menjadi bunga kebanggan penulis, & beberapa jenis bunga yang lain. Warna-warni
bunga telah mengindahkan lagi halaman rumah kampung tersebut.
Apa pun semua ini berbalik pada nikmat
pemberian ALLAH kepada kita. Penulis bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak
kampung. Dia berharap tidak melupakan kebahagiaan & ketenangan kampungnya. Andai
diberi kesempatan kepada penulis, dia ingin sekali punya suami yang punya
salasilah keluarga dari kampung & punya kebun yang amat luas. Ini supaya
penulis sentiasa dapat dekat dengan nikmat pemberian ALLAH ini, ini supaya
dapat mengekalkan rasa syukurnya sebagai anak kampung.
Kampung & lautan alam ciptaan ALLAH yang
dapat mendekatkan penulis dengan dengan ALLAH secara terus tanpa ada halangan
atau benteng kerana yang menciptakan kampung & lautan adalah Rabb Tuhannya.
Dek kerana itu, rasa cintanya sentiasa
tertumpah pada lautan yang mendamaikan & kampung yang mengujakan. Ya benar,
alam sekitar ini automatik mendekatkan penulis untuk terus mengingati ALLAH
sebagai Tuhan yang menciptakannya & seantero dunia.
Inilah hasil kembara al-Qaryah. Ya, sebagai
manusia banyak yang penulis belajar dari alam sekelilingnya. Dek kerana itu dia
sangat suka mengembara bergelar musafir di bumi ALLAH. Penulis mahu dia masih
punya kesempatan mengembara ke luar negara di masa akan datang. InsyaALLAH, ameen.
Mohon doa sahabat-sahabat & pembaca setia blog ini ya.
Jika dengan mengembara ini akan menambah
keimanannya pada ALLAH, & jalan inilah yang dipilih di samping jalan
perjuangan dakwah yang tak mungkin dilupakannya kerana dalam jalan dakwah inilah
penulis belajar menjadi hamba & khalifahNya. Di jalan dakwah inilah,
penulis kenal siapa penciptanya, siapa sahabat-sahabatnya yang sentiasa
mendorongnya melakukan kebaikan demi kebaikan. Terus melangkah dalam Islam
hingga ketemu titik akhir sebuah kehidupan adalah menemui Tuhan dengan penuh
ketenangan iaitu husnul khatimah (pengakhiran yang baik untuk permulaan yang
sangat panjang yang lebih baik).
Banyak ujian yang menimpa penulis,
mengajarnya menjadi manusia yang mensyukuri nikmat & musibah dariNya. &
dengan ujian itulah penulis belajar untuk memahami kehidupan walaupun perit serta
pahit pada permulaannya. Nasib baik ada ALLAH yang sentiasa memberi kekuatan,
ada Rasulullah s.a.w yang sentiasa menemaninya, ada ibu ayah yang sentiasa
memberi kata nasihat & kasih sayang, ada adik-beradik yang memeriah suasana,
ada sahabat-sahabat yang tak pernah jemu menegur & melimpahkan cinta
padanya, ada insan-insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan & ketenangannya
walau penulis tidak pernah tahu siapa orangnya & ada alam yang mengajarnya banyak
perkara.
Baiklah, setakat ini dahulu coretan kembara
al-Qaryah untuk hari ini. Moga memberi manfaat pada ummah & pada hati-hati
yang mahu mengingati ALLAH. Kembara al-Qaryah ini akan berakhir di sini &
akan bersambung nanti bila penulis punya kesempatan waktu untuk terus
menjelajah suasana kampung. Cintanya takkan pernah berhenti pada kampung
ciptaan ALLAH. Sebelum terlupa, salam Ramadhan kareem 23 Ramadhan 1435H kepaa
semua pembaca blog ini & teruskanlah menghadiahkan doa & al-Fatihah
pada saudara-saudara seIslam kita di Gaza, Palestin serta seluruh umat Islam.
Yakinlah dengan pertolongan ALLAH.
Gunakan akhir Ramadhan ini dengan sebaiknya di samping kita sibuk mengejar lailatul qadr, usah lupa untuk terus mendoakan saudara-saudara kita walau di mana pun mereka berada, biar kita tidak menyesal dengan keberadaan kita di dunia yang tidah hanya memikir keperluan diri tetapi juga mengambil berat suasana & keadaan masyarakat sekeliling kita.
Gunakan akhir Ramadhan ini dengan sebaiknya di samping kita sibuk mengejar lailatul qadr, usah lupa untuk terus mendoakan saudara-saudara kita walau di mana pun mereka berada, biar kita tidak menyesal dengan keberadaan kita di dunia yang tidah hanya memikir keperluan diri tetapi juga mengambil berat suasana & keadaan masyarakat sekeliling kita.
Terima kasih buat sahabat Wira yang menemaninya sepanjang kembara al-Qaryah...
Nice moment with Wira at the end of Ramadhan!
Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment