Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Alhamdulillah ucapan syukur sepatutnya
menutur laju saat kita terbangun dari tidur ketika mahu bersahur pagi ini.
Syukur kerana aku masih Islam ada iman di hati, syukur kerana aku dilahirkan
dalam suasana keluarga yang amat menitikberatkan ilmu agama. Al-Hamdulillah,
hari ini sudah 11 Ramadhan 1435H bersamaan 9 Julai 2014M. Minggu kerahmatan
telah berlalu, kita dah masuk minggu keampunan. Minggu pertengahan dalam bulan
Ramadhan. Terus berdoa moga kita punya kesempatan untuk meneruskan bulan
Ramadhan ini.
Aku anak kampung, cerita yang penulis mahu ‘highlight’kan
di sini buat tatapan generasinya moga mereka tak lupa nenek moyang mereka
berasal dari kampung. Segalanya ada pada anak kampung yang mesti tak sama
dengan anak bandar. Kasih sayang yang melimpah, kenal hidup bersederhana, usaha
apa yang dimahukan, berdikari, & kadang-kadang suasana kampung mencoraknya
begitu. Itulah anak kampung & sudah pasti penulis bangga dengan kelahirannya
sebagai anak kampung.
Walau anak kampung tetap ada pendidikan,
walau anak kampung tetap ada akhlak & peribadinya tersendiri, walau anak
kampung tetap tak mundur macam yang selalu kita dengar bila bicara negatif
tentang anak kampung. Ayah & ibu pencorak terbaik penulis hingga membesar
dia menjadi muslimah yang dekat dengan agama. Ayah & ibu juga contoh
terbaik yang membawa anak kampung kenal dunia yang penuh fatamorgana ini.
Bukan niat nak membuka pekung di dada tetapi
inilah hakikat anak kampung yang telah diberi didikan duniawi & ukhrawi
oleh ibu & ayahnya. Tanpa usaha ibu & ayah aku anak kampung ini takkan
ke mana. Tanpa pilihan ALLAH terhadapnya sebagai da’ie mata rantai perjuangan Nabi Muhammad
s.a.w, penulis takkan capai tahap ini. Tanpa usaha & kasih sayang sahabat-sahabat
yang baik mencorak persekitarannya, penulis takkan jadi sebaik ini. Ya,
insan-insan yang berada di sisinya banyak membantunya hidup di dunia ini,
ALLAH, Rasulullah s.a.w, ibu, ayah, adik-beradik, guru-guru, sahabat-sahabat
yang ramai & masyarakat.
Hari ini kita cerita tentang anak kampung
supaya penulis sedar walau sejauh mana dia melangkah dia tetap anak kampung
yang padanya ada harapan & cita-cita ibu ayah yang mahu melihat anaknya
berjaya bukan hanya di dunia juga cemerlang di akhirat sana. Dah ada kat
kampung ini, kita cerita tentang kampunglah yer!
Ramadhan tahun 1435H ini sangat istimewa
kepada penulis membawa makna yang sangat berharga tentang pengertian rahmat
ALLAH melimpahinya. Ya ada tiga senarai pendek tentang kenapa Ramadhan tahun
ini sangat istimewa baginya? Nak tahu? Teruskan membaca ya. Pertama, Ramadhan
tahun ini sangat istimewa kerana penulis punya kesempatan menghabiskan masa
selama hampir seminggu bersahur & berbuka dengan keluarga tersayang.
Bersahur & berbuka bersama keluarga
sangat manis untuk dikenang. Ya di situ terletak keakraban & eratnya
sesebuah keluarga. Ibu, ayah, adik, kakak, abang semua ada makan bersama, menyediakan
makanan berbuka bersama. Di situ kasih sayang terserlah. Cubalah sahabat semua
ambil masa walau satu hari berbuka & bersahur bersama keluarga pasti detik
itu yang sentiasa bermain di minda. Ketika inilah kita nak kenal watak setiap
ahli keluarga, ketika ini juga kita bisa melihat pelbagai gelagat anak-anak
yang perlu seorang ibu layan. Penat, cuba bayangkan anak sepuluh orang dengan sepuluh
ragam ibu kena layan. Jadi, hargailah kewujudan ibu & ayah kita.
Waktu berbuka paling seronok boleh belajar
memasak bersama ibu chef yang tiada tandingannya. Apa sahaja permintaan anak,
nak makan apa, cuba untuk dibuatnya. Walaupun benda yang senang tapi itu amat
berharga di sisi ibu. Cakap je nak makan apa, pasti di masak dengan penuh kasih
sayang. Ha, masa inilah nak jadi pembantu chef, tolong apa yang patut,
ringankan beban ibu.tak kira kita lelaki atau perempuan, ingat perempuan je ke
yang kena masuk dapur, lelaki pun kena pandai kat dapur. Lelaki pandai masak
bonus untuk dirinya, keluarganya & bakal isterinya.
Ke dua Ramadhan ini sangat istimewa pada
penulis sebab dia punya kesempatan bersolat jemaah dengan ibu ayah &
adik-adiknya di rumah. Kami tidak punya kesempatan ke masjid kerana keuzuran
ayah tidak bisa duduk @ berdiri lama-lama kesan sakit goutnya (bengkak sendi). Jadi,
ayah ambil kesempatan ini untuk solat isyak & terawih berjemaah di rumah. Aktiviti
solat berjemaah ini sungguh dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan penulis. Gelagat
adik bongsunya juga memeriahkan suasana bila dia cuba untuk ponteng terawih
dengan pelbagai alasan. Datang masa rajin dia, suka je buat terawih sampai
witir bersorak riang dia, “Yeah dah witir.” J
Tak perlu tunggu pergi masjid, asal kita ada
niat nak buat terawih berjemaah di rumah pun dibenarkan cuma digalakkan
mendirikan solat terawih di masjid. Terima kasih ayah kerana bagi peluang kat
anak-anak merasa tarawih berimamkan ayah sendiri. Sayang ayah kerana ALLAH.
Kalian jangan cemburu ya. Ayah penulis menjadi imam tarawihnya di rumah. Jika kalian
nak, mintalah dengan ayahanda kalian. Tak susah cuma perlu praktis. J J J
Terakhir, kenapa Ramadhan tahun ini sangat
istimewa di sisi penulis kerana, kerinduannya pada suara ayah melantun
ayat-ayat suci al-Quran akhirnya terubat. Ya, ayah yang mengajarnya mengenal
alif, ba ta hinggalah dia khatam al-Quran. Pahit manis dalam belajar al-Quran
dengan ayah masih segar di ingatannya. Ayah sangat tegas dalam mengajar
anak-anaknya membaca & mengenal al-Quran. Setiap hari kami belajar al-Quran
daripada tak tahu apa-apa sampai dah boleh baca sendiri. Ayah tak lupa mengajar
kami kitab suci penawar segala penyakit ini.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah Yunus ayat 57
yang bermaksud:
57.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
Al-Quran itu datang sebagai nasihat &
pengajaran dari ALLAH untuk kita hamba-hambaNya. Di dalamnya terkandung penawar
segala penyakit batin, menjadi hidayah petunjuk kepada kita, & membawa
rahmat yang melimpah kepada orang-orang yang beriman. Tidak hairanlah bila
penulis melihat ayahnya sering membaca & mengalunkan ayat-ayat suci
al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan ini. Ayah acap kali dilihat
menghabiskan masanya dengan al-Quran memahami & meneliti setiap bait kalam
ALLAH padanya memberi ketenangan pada ayah.
Penulis tentunya paling bahagia kerana dia masih
bisa mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran dari mulut ayahnya. Bacaan ayah
menenangkan penuh tartil & bermakhraj. Ya makanan rohani ayah dan
anak-anaknya adalah isi al-Quran tersebut. Penulis berdoa moga dia masih punya
kesempatan untuk terus mendengar bacaan alunan al-Quran dari ayahnya. Teruskan
membaca & memahami isi al-Quran ini bermula bulan Ramadhan 1435H hinggalah
tahun-tahun akan datang.
Sungguh al-Quran memberi seribu satu penawar
kepada pengamalnya. Mendekatkan diri kepada ALLAH & antara amalan yang
mudah untuk di amalkan. Dalamnya terdapat bermacam kisah yang memberi
pengajaran bermakna kepada kita. ALLAH Maha Penyayang menghadiahkan kepada kita
sebuah kita yang memberi petunjuk dalam perjalanan menuju ALLAH. Inilah antara
kisah anak kampung....
Anak kampung ini yang tak pandai menipu dalam
kisah hidupnya, yang ‘lurus’ dalam kehidupannya, anak kampung ini yang hidupnya
biasa-biasa mahu jadi luar biasa pada pandangan ALLAH, tak kira manusia pandang
dia pelik dengan pemakaian. Anak kampung ini nak manusia lain rasa manisnya
berada dalam Islam, anak kampung ini nak ajak dirinya & semua kepada
kebaikan. Biar manusia tak suka, asal ALLAH suka. Insan-insan yang dekat anak
kampung ini sudah tentu tahu & masak benar dengan perangainya yang pelik. Walau
dia anak kampung dia tetap hamba & khalifah ALLAH, itu yang perlu dia
sedar.
Setakat ini sahaja coretan hati anak kampung
untuk entri hari ini. Walau apa pun pandangan sahabat-sahabat, penulis
menerimanya dengan hati terbuka kerana dia tahu manusia punya perasaan &
pemikiran yang berbeza. Perbezaan itu kita raikan bersama. Moga entri ini
membuka mata hati insan-insan yang berasal dari kampung. Bersyukurlah kalian
kerana dilahirkan di kampung, bersyukur juga kerana kalian dilahirkan di bandar
yang pasti kita dah jadi manusia berjaya saat kita berjaya lahir ke dunia
sebagai individu Muslim.
Usah rasa rendah diri dengan gelaran anak
kampung ini kerana aku memang anak kampung. Tiada beza antara manusia di sisi
ALLAH melainkan TAQWA. Kisah hidup anak kampung takkan berhenti di sini selagi
ALLAH memberinya ruang untuk hidup di dunia selagi roh masih di jasadnya, aku
anak kampung.
Siiru ‘alaa barakatillah...salam Ramadhan
kareem.
Anak kampung ini bakal bergraduasi...InsyaALLAH
No comments:
Post a Comment