Monday, 7 July 2014

Islam Itu Mudah & Memudahkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah Ya ALLAH dengan kuasaMu penulis & sahabat-sahabat masih bisa hidup & bergerak seperti kebiasaan kami. Nikmat iman & nikmat Islam yang sentiasa kami syukuri sebagai hamba & khalifahMu di dunia ini. Al-Hamdulillah dengan kasih sayangMu juga kami bisa melangkah ke 10 Ramadhan 1435H. Bulan Ramadhan yang pada awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan & akhirnya adalah jauh dari azab api neraka. Moga kita bisa menghabiskan Ramadhan tahun ini dengan keredhaan ALLAH.

10 Ramadhan 1435H erm...hari ini nak cerita tentang apa yer? Ya ALLAH kurniakanlah ilham kepada penulis untuk berkongsi cerita hari ini dan hari-hari akan datang. Islam itu mudah & memudahkan. Benarkah? Jawapan penulis ya. Apa sebabnya? Kerana setiap tindakan muslim mesti bersandarkan kepada hukum-hakam yang disyariatkan dalam al-Quran & hadith juga ijmak ulamak. Benar Islam itu mudah walau ramai yang menganggap Islam itu susah.

Contoh terdekat tentang penutupan aurat tak kira sama ada lelaki atau perempuan. Semua kena tutup aurat. Ada hikmahnya tau. Islam membezakan penganutnya daripada penganut agama-agama lain. Contoh lain tentang hukum merokok. Kenapa bawa isu rokok sedangkan penulis hanyalah seorang perempuan? Ya, ini jawapannya.

Cakap pasal merokok, penulis nak ‘share’ satu kisah ketika dia asyik menunggu bas untuk menghantar adik perempuannya ke Nilai bayangkan tengah syok memerhati manusia dengan gelagat yang pelbagai ragam, asap rokok memenuhi ruang membantut sistem pernafasannya. Seronok sangat ke merokok ini? Geram bercampur marah tapi sabar jelah sebab bulan Ramadhan kan. Penulis paling pantang & serius tak suka pada lelaki @ perempuan yang merokok. Penulis juga pernah di tanya apa pendapatnya tentang orang yang merokok?

Jawapannya, merokok hanya akan merosakkan diri sendiri & keluarga mereka. Itu pandangan peribadi penulis tentang rokok. & sungguh penulis tak berniat menyakitkan hati sesiapa di sini cukup untuk penulis ‘highlight’kan bahawa merokok itu membahayakan diri dan orang yang kita sayang. Ya, wahai perokok2 sekalian, kalian kata, kalian sayang keluarga kalian, kalian kata kalian sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan keluarga bahagia & selamat, tapi apa yang kalian buat dengan merokok?

Adakah orang yang kalian sayang itu selamat dengan kalian merokok? Malah kalian hanya menambah derita, anak, isteri, ibu, bapa, keluarga kerana seksanya melihat kalian menderita dengan penyakit-penyakit yang singgah di badan kalian akibat merokok. Bagaimana dengan insan-insan yang tak berdosa di samping kalian turut sama rasa tempias asap rokok yang mana terdapat seribu satu macam bahaya & mudharat.


Baiklah, bagi yang tidak merokok penulis ucapkan tahniah & berusahalah untuk istiqamah tidak mengambil rokok kerana ia menyakitkan sekali terjebak sukar untuk patah balik melainkan kalian punya usaha teguh untuk berubah. Pesanan ikhlas dari hati buat mereka yang masih merokok, fikirkanlah insan-insan yang anda sayang di sisi anda. Sanggupkah kalian melihat mereka menderita penyakit sebab rokok yang dihisap setiap hari? Sanggupkah kalin menyakiti hati insan-insan yang kalian sayang? Jika tidak sanggup berusahalah untuk berhenti merokok & bulan Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kalian berhenti merokok. Usaha di bulan mulia di pandang oleh ALLAH. Yakinlah ALLAH akan sentiasa membantu anda menjadi manusia yang lebih baik.

Kerap kali penulis bermusafir, dia berhadapan dengan insan-insan yang merokok sesuka hati di stesen bas, tempat tunggu KTM, tempat beli-belah, paling kerap tempat tunggu bas. Pernah jugak penulis terserempak dengan mereka yang di saman kerana merokok di tempat awam. Pengalaman sungguh mengajar penulis untuk sabar dalam situasi tersebut. Pengalaman menyebabkan penulis terpanggil untuk bercerita tentang hal ini kerana Islam itu mudah & memudahkan.

Penulis hanyalah seorang muslimah yang terpanggil untuk menyedarkan insan-insan yang merokok untuk berhenti merokok. Penulis & semua manusia punya tanggungjawab & hak untuk menikmati udara yang bersih bebas dari asap rokok memandangkan perokok tegar ada hak diorang untuk merokok. Jadi gunakanlah hak anda sebaiknya. Kalian nak merokok silakan! Tapi merokoklah di tempat yang tiada orang, yang ALLAH tak nampak masa kalian merokok. Kerana ingat badan & tanah yang kalian pijak ini milik ALLAH. ALLAH tentu nak hamba-hambaNya menjaga amanah tubuh badan dengan tidak merosakkannya & memelihara bumi dengan memakmurkannya.

Teringat penulis pada surah ar-Ruum ayat 41 yang menceritakan tentang kerosakan bumi di sebabkan oleh tangan-tangan manusia yang bermaksud:

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Fikirlah dengan kewarasan akal anugerah ALLAH & keindahan iman yang ALLAH hadiahkan buat hamba-hambaNya untuk saling berfikir dan mengajak kepada kebaikan. Artikel ini bukan luahan rasa marah penulis pada perokok-perokok atau orang yang pernah merokok tapi satu kesedaran buat hati untuk kita terus merubah keburukan kepada kebaikan kerana fitrah manusia itu sukakan kebaikan. ‘Take it positive, bro’. Percayalah.

Sebab rokok haram:

Oleh itu, kita perlu berusaha untuk membuang tabiat buruk ini atas beberapa sebab :
1. Rokok Adalah ‘Khabaith.’
2. Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan.
3. Rokok Memudaratkan Orang Lain.
4. Rokok Menyebabkan Pembaziran.
5. Rokok Menguntungkan Musuh.
6. Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya.


Mari penulis senaraikan beberapa link tentang hukum merokok oleh beberpa orang tokoh Islam antaranya Dr. Yusuf Al-Qardhawi & Ustaz Zaharuddin:






Ni antara kata bicara salah seorang sahabat penulis dalam FB sahabatnya. Penulis tertarik untuk berkongsinya di blog penulis buat tatapan pembaca semua. Ya, usah kita memandang semua manusia yang membuat kesalahan itu dengan penuh pandangan jahat & marah sedangkan ALLAH sentiasa memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih sayang tak kira mereka buat silap atau tidak. Pandanglah dengan pandangan kasih sayang dengan mendoakan mereka bakal berubah menjadi lebih baik & mendapat hidayah ALLAH suatu hari nanti. ‘Think Positive Avoid Negative Thinking.’

Bismillahirrahmanirrahim...
Sayangnya....
Bila melihat org tua yg dah beruban di rambut terketar-ketar tgn mmbyr wang membeli rokok..

Sayangnya...
Bila melihat org muda yg sihat berbangga menghembus asap rokok dari mulutnya..
Seolah-olah dialah org yg paling hebat a.k.a macho or whatsoever..

Sayangnya..
Alangkah baiknya jika di hayat terakhir si org tua itu menyedekahkan wangnya sbgai bekalan akhirat..
Alangkah baiknya jika org muda itu memilih utk berperang dgn nafsunya berhenti menghisap rokok utk mnjd pejuang agama.
Ya,kami sgt perlukan anda wahai syabab.

Inilah agenda yahudi..
Mencipta rokok utk memudharatkan umat Islam..
Rakyat mereka x hisap rokok.
Mengapa perlu berbangga bila berjaya mnjd perokok tegar??
Bahkan perlu kita sedar kita diperbodohkan..


Ada yg tahu dan sedar,ada yg tahu tp x sedar,ada yg x tahu dan x sedar.
Harap kita semua akan tahu dan sedar..244347..


Setakat ini dahulu celoteh penulis untuk hari ini. Moga kehadiran 'entri' ini akan memberi kebaikan yang melimpah kepada kita semua untuk terus mendekati kebaikan & menjadi hamba ALLAH yang sentiasa merinduiNya. Mohon maaf atas segala kekhilafan penulis. Usah bertangguh untuk berubah kerana detik kematian kita juga tak pernah bertangguh menunggu masa menjemput kita suatu masa. Moga memberi manfaat berharga buat ummah.

Siiru 'alaa barakatillah...salam kasih sayang kerana ALLAH.

No comments:

Post a Comment