Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah Ya ALLAH...dengan kuasa Maha
BesarMu penulis masih bisa meniti harinya sebagai muslimah. Nikmat iman &
nikmat Islam yang tak pernah putus menghiasi kehidupannya menjadi lebih
berharga pada pandangan ALLAH. Moga nikmat ini terus memayungi kehidupan
penulis & semua pembaca blog ini. Ucapan syukur menutur tanda kita hambaNya
yang menghargai setiap detik & nikmat anugerahNya.
Umat Islam itu amat unik bila dia ditimpa
musibah dia jadi hambaNya yang redha & tersenyum meniti setiap musibah
& ujian yang dihadapinya. Bila dikurniakan nikmat & kesenangan dia
menjadi hambaNya yang bersyukur dengan anugerah yang ALLAH berikan padanya.
SABAR & SYUKUR menjadi senjata mukmin yang benar-benar mengerti maksud
tersirat di sebalik rasa sabar & syukur ini. Semuanya kerana ALLAH.
Hari ini tajuk perbincangan kita tentang
menjemput lailatul qadr. Memandangkan kita sudah berada di penghujung Ramadhan,
elok rasanya kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan
dengan amalan-amalan sunat. Bukan hanya untuk mengejar lailatul qadr semata
tetapi untuk mendapatkan keredhaan & keberkatan dalam kehidupan kita akan
datang.
Hari ini dah 25 Ramadhan 1435H...subhanallah
cepat benar masa berlalu begitu menghambat kita untuk terus beribadah
mengingati ALLAH. Lailatul qadr malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan
hingga senarai surah kalamullah ada surah al-Qadr. Mari kita sama-sama hayati maksud
di sebalik surah al-Qadr!
1.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan
apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar
itu?
3.
malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4.
pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5.
sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Hanya insan terpilih mampu menjemput lailatul
qadr. & insan terpilih itu hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Namun,
lailatul qadr itu milik semua umat Islam yang mengungkap kalimah syahadah. Ibadah-ibadah
yang dilakukan bukan sekadar mahu mengejar lailatul qadr tetapi lakukanlah
ibadah itu adalah kerana ALLAH, insyaALLAH keredhaan ALLAH sentiasa mengiringi
kita.
Benar lailatul qadr adalah sebaik-baik malam
segala permohonan & pengaduan hambaNya didengar terus oleh ALLAH. Benar
istimewanya Ramadhan pada lailatul qadr yang dianugerahkan ALLAH pada hambaNya.
Namun, sedihnya ramai yang tidak menyedari akan hakikat kewujudan lailatul qadr
di bulan Ramadhan. Buktinya, ramai yang mulai sibuk menghitung hari menyambut
bulan kemenangan umat Islam iaitu bulan Syawal. Kemeriahan membeli-belah untuk
hari raya Aidilfitri mencemari kesucian & kemurnian lailatul qadr. Masing-masing
sibuk nak buat biskut-biskut raya yang pelbagai jenis untuk persiapan hari raya
nanti.
Sedangkan ramai lagi umat Islam di luar sana
yang kehadiran Ramadhan sangat di nanti, di sambut meriah, waktu akhir Ramadhan
ramai yang menangisi kepergiannya. Kita nak kejar lailatul qadr atau kita nak
jemput lailatul qadr? Kejar macam sukar je macam pemain bola nak kejar bola
untuk dimasukkan ke dalam gol. Susah kot. Bagaimana jika kita menjemputnya? Kita
tengok ibarat kita menjemput sahabat-sahabat & saudara-mara kita untuk ke
majlis perkahwinan kita. Tentu ramai nak hadirkan & tentu dengan sendirinya
jemputan itu dipenuhi untuk menghormati sahabat yang menjemputnya.
Begitulah ibarat ringkas antara menjemput
& mengejar lailatul qadr. Ya benar kemeriahan persiapan hari raya
Aidilfitri itu kita tak boleh lupakan untuk bulan Syawal akan datang, tetapi
nikmat berada di malam-malam akhir Ramadhan itu juga harus dijemput sama kerana
Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Kita tidak pasti Ramadhan akan
datang dapat kita nikmati ataupun tidak kerana kematian pasti akan menjemput
kita cuma menunggu masa ALLAH memerintahkannya.
Jom tengok
puisi kat bawah ini!
Menjemput Lailatul Qadr
Ramadhan
kareem...
Dirimu
bakal meninggalkan aku
Pergi
membawa nikmat terindahmu
Kenangan
lailatul qadr
Mengimbau
serta menenangkanku
Andai
bisa diputar masa
Ingin
aku sentiasa hidup dalam Ramadhan
Mengikat
ukhuwwah hamba & Tuhan
Menabur
kebaikan yang maha melimpah
Menyebar
kasih sayang sesama ummah
Tika
ini,,,
Diriku
berteleku panjang
Akhirmu
Ramadhan
Membawa
kesedihan berganda
Namun
Engkau gantikan ia
Bersama
Ramadhan punya Syawal
Menanti
kemeriahan di bulan kemenangan
Lailatul
qadr...
Kami
mahu menjemputmu
Menghidupkan
akhir malammu
Bersama
cinta & sayang Ilahi
Bersama
rasa kehambaan pada Rabbul Izzati
Temukanlah
kami Ya ALLAH...
Setakat ini dahulu coretan hati penulis
sempena 25 Ramadhan 1435H. Teruskan usaha menghidupkan malam-malam akhir
Ramadhan dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita kepada ALLAH Yang Maha
Esa. Teruskan usaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik kerana ALLAH Maha
Penyayang. Moga memberi manfaat pada ummah, moga mencurah kebaikan yang
berganda buat diri yang mahu sentiasa mengingati ALLAH. Kehadiran blog ini
hanya cebisan rasa rindu bertemu Tuhan, hanya perkongsian sekelumit kehidupan
yang berwarna-warni dengan nikmat & ujian dariNya.
Siiru ‘alaa barakatillah...salam
Ramadhan Kareem 25 Ramadhan 1435H.
No comments:
Post a Comment