Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...Ya ALLAH penulis masih punya
kesempatan & kekuatan untuk meneruskan penulisan dalam blog kesayangannya
setelah beberapa hari ini dia ketandusan idea & ilham. Al-Hamdulillah
nikmat Islam & iman masih menjadi miliknya & sepatutnya dia menjadi
hamba ALLAH yang bersyukur.
Kasih sayang ALLAH sentiasa melimpah padanya
walau terkadang perit menelan ujianNya kerana dia yakin setiap musibah yang
menimpanya adalah semata-mata tanda ALLAH menyayanginya. Al-Hamdulillah penulis
kini telah berada di kampungnya, menunggu Syawal di sambut bersama-sama
keluarga tercinta. Sekali lagi dia bisa menghirup udara segar kampung,
mendengar burung-burung berkicauan, kambing-kambing mengembek, ayam-ayam
berkokok, apa yang penting kehijauan kampung yang sentiasa terpelihara.
Baiklah, hari ini penulis nak kongsi tentang
apa ya? Sudah lama rasanya penulis tidak berkongsi tentang bahan bacaannya dek
kerana kesibukannya melayan kehidupan mungkin. Namun, buku tetap menjadi teman
setia penulis, tanpa buku mungkin tiada idea & ilham untuk dia tuliskan dalam
blog ini. Sudah agak lama dia meninggalkan bedah buku. Sekarang tiba masa untuk
dia kembali membaca & membedah buku-buku yang dia ada.
Membaca akan melapangkan dadanya, membaca
menambah pengetahuannya, membaca menjadikannya asyik dalam dunia pembacaan,
membaca menjadikannya insan yang berilmu, membaca menjadikan dia boleh
menyampaikan sesuatu dalam blog atau kepada sahabat-sahabatnya. Baca & baca
tak rugi pun walau seketika. Hari ini kita ‘share’ tentang buku majalah Solusi
isu ke 69 yang bertemakan ilmu sedekah paling barakah.
Memetik kata-kata yang ada pada muka hadapan
majalah ini, “Memerangi kejahilan sama pentingnya dengan memerangi kedegilan. Jika
kedegilan diperangi dengan senjata, kejahilan pula mesti diperangi dengan ilmu.
Bahkan banyak kedegilan berpunca daripada kedangkalan ilmu. Sebab itu tinta
para ulama setara dengan darah para syuhada. Malah, ada kalanya lebih utama
ketajaman pena daripada ketajaman pedang.”
Seperti kebiasaan majalah SOLUSI menambah
banyak ilmu pengetahuan baharu kepada pembacanya. Isunya tidak hanya tertumpu
pada isu semasa sahaja, tetapi mencakupi seluruh isu kehidupan. Bermula dari
Tafsir: Jangan Sampai ALLAH Murka, Beduk di Ketuk: DNA Rasuah vs DNA Babi, Hai
Anak: Besarkan Puasa Daripada Hari Raya, Mithali: Nasihat Ayah Mithali Mendamba
Kasih Ilahi, Warisan: Kelestarian Pondok Moden Membina Generasi Pelapis,
Selebriti: Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti, Jejak Sahabat: Sebernas
Keluarga Anas, Kembara: Memoir dari Beijing, Sihat ‘Afiat: Rahmat Susuan Ibu,
Kiasan: Umpama Memakai Baju Besi, Tekno Da’i: Letakkan Gajet &
Berkomunikasilah & banyak lagi isu yang dibincangkan dalam majalah
tersebut.
Halaman 97 hingga 118 adalah khas untuk
Ramadhan yang terbaik. Mencari gali tentang Ramadhan yang bakal berakhir lagi
lebih kurang dua hari. Hari ini dah 28 Ramadhan 1435H. Sedar tak sedar Ramadhan
tahun ini bakal berakhir tak lama lagi. Terkadang rasa terkilan jugak sebab
rasa macam banyak lagiperkara yang penulis belum lakukan di bulan Ramadhan ini.
Sekelip mata sahaja bulan Ramadhan tahun ini.
Mari kita telusuri perbezaan antara ilmu
& harta pada halaman 6 salam editor! Mari kita belajar sesuatu bahawa ilmu
adalah lebih baik daripada harta tetapi kenapa masih ramai mahu mengejar harta
semata? Tepuk dada tanya iman kita.
PERBEZAAN & PERBANDINGAN
|
|
ILMU
|
HARTA
|
-Ilmu
adalah pusaka nabi-nabi
|
-Harta
adalah pusaka Qarun & Firaun
|
-Ilmu
dapat memelihara kamu
|
-Kamu yang
memelihara harta
|
-Orang
yang berilmu ramai temannya
|
-Orang
yang berharta ramai musuhnya
|
-Ilmu
apabila dinafkahkan akan bertambah
|
-Harta
apabila dinafkahkan akan berkurangan akhirnya
|
-Orang
yang berilmu akan diseru dengan nama yang mulia
|
-Orang
yang berharta akan diseru dengan nama bakhil
|
-Orang
yang berilmu akan diberi syafaat di akhirat nanti
|
-Orang
yang berharta akan dihisab hartanya kelak
|
-Ilmu
tidak akan binasa
|
-Harta
pula akan binasa
|
-Ilmu itu
melembutkan hati
|
-Harta
pula mengeraskan hati
|
-Berilmu
mendakwa kehambaan
|
-Berharta
mendakwa ketuhanan
|
Majalah Solusi sentiasa sarat dengan
ilmu-ilmu berguna untuk para pembacanya. Jadi penulis mengambil kesempatan ini
untuk mengajak semua sahabat & pembaca blog ini untuk kita sama-sama
membaca buku berilmiah seperti majalah solusi ini. Hanya RM10...ya mungkin
dengan cara kita menginfaqkan duit RM10 untuk membeli majalah ini akan terus
mendekatkan diri kita kepada ALLAH Yang Maha Esa. Jika kita tidak berkemampuan,
cukup sekadar kita meminjam dari kawan tidak salahkan kita berkongsi ilmu
dengan sahabat-sahabat kita mengalir juga pahala pada semua?
Setakat ini dahulu perkongsian penulis untuk
hari ini. Moga memberi manfaat pada ummah walau sekelumit cuma usahanya. Teruskan
usaha kita untuk meningkatkan amalan-amalan pada akhir Ramadhan ini. Salam
Ramadhan Kareem 28 Ramadhan 1435H.
Siiru ‘alaa barakatillah...
Siiru ‘alaa barakatillah...