Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...hari ini syukur penulis
meluntur laju kerana bangunnya dari tidur dia bisa mengucap al-Hamdulillah,
bisa memandang alam penuh nikmat, bisa menghirup udara Islam & iman yang
tertanam teguh dalam qalbunya. Al-Hamdulillah, hanya ALLAH yang mampu
menggerakkan tangan penulis untuk setia menaip setiap butir huruf di ‘key
board’ ‘note book’nya. Sungguh ‘notebook’nya banyak berjasa dalam memastikan
blognya dipenuhi dengan kata-kata.
Al-Hamdulillah...hanya ALLAH yang berkuasa
memberi ilham & idea mencurah kepada penulis bagi berkongsi indahnya hidup
bila berteraskan Islam agama yang syumul (sempurna) di sisi penganutnya.
Al-Hamdulillah...hanya ALLAH yang memberi kekuatan kepada penulis untuk tidak
malas dalam penulisannya ini. Malas hanya akan membakar semangatnya menjadi
lemah.
Kata nak jadi penulis, jadi teruskan menulis
walau tiada siapa yang ambil tahu, walau tiada siapa yang peduli yang penting
kita teruskan langkah. Hari ini penulis mahu berkongsi tentang zikrullah penenang
qalbu. Moga entri ini memberi peluang kepada hati kita yang fitrahnya merindui
dakapan ALLAH untuk terus mengingatiNya.
Teringat penulis pada salah satu ayat dalam
al-Quran surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud:
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Apa itu zikrullah? Bohong jika kalian tidak
tahu. Kata dasar bahasa arabnya zikra iaitu ingat. Zikrullah ialah mengingati
ALLAH seperti yang termaktub kemas dalam firman ALLAH S.W.T dalam surah Ar-Ra’d
ayat 38 yang bermaksud:
28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman
dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Ya, benar dengan mengingati ALLAH hati kita
automatik tanpa di minta akan menjadi tenang & tenteram. Bagaimana nak
dapat ketenangan itu? Ketenangan yang luar biasa hebat...yang tak tergambar dek
kata-kata. Solat adalah
zikrullah yang paling hebat. Ya dengannya 5 kali sehari kita berjumpa
& berdialog dengan ALLAH. Segala-galanya kita curahkan pada ALLAH. Usah
kita lupa untuk solat kerana dengan solat bukan hanya menghubung hubungan ALLAH
dengan hambanya tetapi juga solat memberi kita rehat yang sebenar.
Masjid As-Syakirin, Kuala Lumpur
Selain solat dan beberapa amalan wajib
sebagai seorang muslim ada satu lagi rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia
bagaimana mahu mendapat ketenangan abadi. Zikrullah dengan bertasbih, bertahmid, beristighfar,
zikir-zikir, mathurat. Ya penulis yakin dengan zikir mengingati ALLAH hatinya
menjadi tenang ibarat air terjun yang mengalir perlahan. Mari kita
telusuri beberapa zikir yang bisa di amalkan dalam kehidupan kita sebagai umat
Islam. Bukan sukar senang sahaja.
Sahabat tau tak zikir 7 tu apa? Tau dah? Alhamdulilah...yang
belum tahu mari kita cari 1) Subhanallah. 2) Alhamdulillah. 3) Lailahaillallah.
4) Allahuakbar. 5) Lahaulawala quwwata illa billah... 6)
Astaghfirullahal’azim... 7) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ha, tu baru
tujuh zikir yang tersenarai...banyak lagi sebenarnya. Cukuplah ALLAH bagiku,
sebaik-baik penjaga, sebaik-baik pelindung & sebaik-baik penolong. InsyaALLAH ketenangan mendekat dalam
kehidupan.
Penulis nak mengajak diri sendiri & semua
sahabat usah kita lalai mengingati ALLAH kerana ALLAH sebaik-baik Pelindung
kita. Walau di mana pun kita berada letakkan kebergantungan kita kepada ALLAH
kerana ALLAH Maha Tahu segala yang tersirat & tersurat dalam kehidupan
kita. Sungguh benar zikir mengingati ALLAH akan membuat hati kita tenang. Tak
percaya kat penulis yer? Cubalah buat. Penulis bagitau serius dari qalbunya
kerana seorang da’ie takkan menceritakan apa yang dia tak buat & tak
mengalaminya sendiri.
Sungguh hati luar biasa tenang bila
mengingati ALLAH terutamanya bila berselawat & mengucap Lailahaillallah
Muhammadurrasulullah. Percayalah orang sakit pun mampu mengucapkannya apatah
lagi kita. Bukan hanya ketenangan yang kita dapat tetapi juga kebahagiaan ya
saat diuji dia redha saat senang dia syukur. Tengok sahaja bila kita di uji hebat
bagaimana qalbu kita bertindak? Marah? Kecewa? Sedih? Atau tenang & sedia
menghadapi ujian dengan penuh keredhaan. ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk
kita cuma kita yang sukar menilai mana kaca mana permata.
Tengah tunggu bas, atau berehat, basahkan lidah
dengan zikrullah. Syok duk tengok filem, sambilsambil tu, cuba kita berzikir
mengingati ALLAH. Tengah membeli-belah atau teruja tengok alam ciptaan ALLAH
apa salahnya kita berzikir. Tengah sibuk dengan kerja yang bertimbun atas meja,
apa kata kita ambik masa dalam 5 minit berzikir. Tengah belajar pulun untuk
final, tak salahkan kita ambik masa walau sekejap untuk mengingati ALLAH
nescaya kita bisa menghadapi kehidupan itu.
Selain zikir ada satu lagi benda yang penulis
nak kongsi, iaitu jom kita sama-sama menabur sebanyak mungkin kebaikan & kebajikan! Buat baiklah
kalian saat di atas bumi ini jangan sampaui nyawa dah berpisah dari badan baru
nak buat baik kat diri sendiri atau kaum keluarga & masyarakat sekeliling.
Fitrah manusia dia suka buat baik kan? Suka pada kebaikan walau terkadang yang
jahat jugak yang dibuat. Hati akan automatik tenang bila kita cuba buat baik
walau hanya dengan mengucap terima kasih.
Buat baik bukan sekadar kita tunggu orang
bagi ganjaran tetapi cukup dengan kita rasa puas hati dengan memberi kebaikan.
Antara contohnya, kita memenuhi permintaan sahabat, membuat orang sekeliling
bahagia dengan kita bila tengok kita tersenyum, membantu sahabat @ orang
sekeliling yang kesusahan, meringankan beban ibu, ayah, sahabat-sahabat & masyarakat
walau sikit je yang kita tolong, membuang duri-duri yang ada di jalan,
meringankan beban rakan sekerja & seumpamanya.
Satu lagi perkongsian sebelum penulis menutup
‘post’ ini iaitu jika kita
nak qalbu (hati) kita tenang yang luar biasa, dekatkan diri pada masjid.
Masjid institusi yang utama dalam Islam malah masa zaman Nabi Muhammad s.a.w
apa yang baginda s.a.w buat? Membina masjid untuk menyatukan umat Islam. Masjid
di Malaysia sangat banyak tak terkira banyaknya, tapi bagaimana ahli jemaah
masjid? Sungguh sedih bila melihat masjid yang tersergam indah sunyi sepi tanpa
pemuda pemudi yang mengimarahkannya. Jika masjid pun kita tak sanggup pergi,
macam mana kita kata kita sayang ALLAH & Rasulullah s.a.w? Jika masjid pun
kita buat tak nampak hanya singgah bila rasa nak masuk tandas, bagaimana kita
nak dekatkan diri pada ALLAH & bagaimana kita nak tersenarai dalam 7
golongan yang berada di bawah naungan
ALLAH di mana ketika itu tiada naungan lain? Fikir sejenak.
Masjid memberi kita peluang yang sangat besar
untuk terus mengingati ALLAH. Rumah ALLAH penuh barakah, rugi jika kita
melupainya, rugi jika kita tak mengimarahkannya. Jadi, penulis dengan rendah
diri mengajak dirinya yang lemah penuh hina & sahabat-sahabat yang telah
menjenguk ‘post’ ini untuk sama-sama kita mengimarahkan & hadirkan hati di
masjid. Jika bukan kita yang datang & menemui ALLAH di rumahNya siapa lagi?
Galakan ini diberikan terutamanya kepada kaum muslimin yang menjadi tonggak
utama Islam.
Kini, penulis sedar nak bagi hatinya tenang
bukan semudah seperti yang disangka perlu mujahadah yang tinggi. Perlu kekuatan
rohani & kebergantungan kepada ALLAH yang kuat. Hatinya menjadi tenang saat
melangkah masuk ke dalam masjid ibarat segala masalah & ujiannya terungkai
di tengah jalan. Dia mengadu pada ALLAH & dia yakin ALLAH Maha Mendengar
terutamanya keberadaannya di masjid penuh barakah. Bahkan di masjid penulis
menemui ‘taman-taman syurga dunia’ iaitu majlis-majlis ilmu yang mengenyangkan
rohaninya mengingat dia pada Tuhan Sang Pencipta. Selain dapat menghubung
silaturrahim dengan mak cik mak cik di masjid, mengusik nakal kanak-kanak yang
setia datang ke masjid. Datanglah masjid! Kalian akan merasai kemanisannya.
Penulis & sahabat berkesempatan solat di Masjid India
Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment