Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah,
bermula langkah seterusnya untuk meneruskan kehidupan sebagai muslimah yang
mendambakan cinta ALLAH dalam setiap langkahnya. Al-Hamdulillah...kakinya masih
bisa melangkah...nyawanya masih ada pada badan...matanya masih bisa melihat
ciptaan ALLAH Yang Maha Hebat...tangannya masih punya kekuatan yang
dianugerahkan Tuhan untuk terus & terus melontarkan idea buat blog
tercinta.
InsyaALLAH
minggu ini adalah minggu terakhir penulis berada di Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Langat, Banting Selangor & sekaligus minggu terakhir penulis berpraktikal
di sini sebelum menyambung cuti di kampung halaman. Kenangan indah pahit manis
bergelar pelajar praktikum tak mungkin luput di ingatan. Jutaan terima kasih
penulis ucapkan terutamanya kepada semua pegawai-pegawai PPD di Unit Pengurusan
Akademik yang banyak membantu kami menyelesaikan tugas kami di sini. Terima
kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada sahabat baik penulis yang setia
bersamanya menghadapi susah senang kehidupan sepanjang 5 bulan berpraktikal di
sini iaitu saudari Nurul Mardiah Fadzil.
Baiklah
kehadiran ‘post’ hari ini adalah untuk mengucapkan selamat menempuh peperiksaan
akhir semester 4 tahun 2 kepada satu-satunya adik perempuan penulis iaitu Farah
Mimi bt Yaakob dan seluruh warga USIM yang sedang menghadapi peperiksaan akhir
semester sebelum melangkah ke semester baharu. Semoga dapat menjawab
peperiksaan dengan tenang & hati yang lapang & dipermudah segala urusan
dunia akhirat.
Kak yong & Mimi
Buatlah
persiapan yang sebaiknya moga ALLAH sentiasa meredhai kamu. Sekarang penulis
yakin adik perempuannya tengah bertarung dalam dewan peperiksaan bersama-sama
temannya. Dewan peperiksaan diibaratkan dewan peperangan, perang akal dengan
pen dan kertas serta soalan-soalan yang tersenarai cantik dalam buku soalan. Detik-detik
itu sentiasa bermain di fikiran penulis dan sekarang dia dah tak menghadapi
saat genting itu. Betapa berdebarnya jantung menunggu untuk memasuki dewan
peperiksaan puas buku di belek tanpa sebab.
Kak Long & Mimi
Tak
dilupa buat ayahanda tercinta, selamat hari bapa kepadanya memandangkan 15 JUN
2014 adalah tarikh hari bapa tetapi bagi penulis setiap hari adalah hari bapa.
Doanya moga ALLAH memberi peluang kepada penulis untuk berbakti pada ayah,
kerana dia masih belum puas berbakti & menghulur pertolongan padanya. Hanya
kiriman doa yang terbaik untuk ayah dikirim moga ayah bisa kuat jalani
kehidupan & moga ayah dapat teruskan kehidupan dengan tenang ditemani bonda
tercinta.
Ayahanda bersama anak & cucunya pada hari raya lepas..
Ayah,
anakanda bakal bergelar graduasi nanti & anakanda akan pastikan ayah akan
terus melangkah melihat anakanda menerima ijazah itu di hadapan ayah buat kali
ke dua. Anakanda nak ayah merasai perasaan itu untuk kali ke duanya, berasa
bangga dengan kejayaan anak menamatkan pembelajarannya. Berasa bahagia dengan
kurniaan ALLAH Yang Maha Hebat. Moga impian
ayah untuk memakai jubah konvokesyen anak perempuan yang ketiganya bakal
terlaksana nanti, ameen. Anakanda nak ayah rasa bahagia & bersyukur pada
waktu itu. Biar titisan air mata ayah menggambarkan segala-galanya.
Buat
adinda perempuan penulis, Kak Yong doakan yang terbaik untuk kamu. Usahalah
sebaik mungkin adindaku, moga ayah bisa merasai sekali lagi melihat anak
mengambil ijazahnya untuk kali ke-3 pula. All the best my dear younger sister,
I will pray the best for you then remember this ayat from al-Quran surah
at-Thalaaq ayat 2 & 3:
2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis
tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik,
atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang
adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah
kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah
semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran
kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada
Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya
Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang
menyusahkannya),
3.
serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan
(ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah
baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar
dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Setakat ini sahaja celoteh penulis untuk hari
ini ya. Kita berjumpa lagi di lain masa. Moga celoteh yang tak seberapa ini
membuka minta kita untuk terus menjadi hambaNya yang bersyukur dengan
nikmat pemberian ALLAH. Moga bermanfaat
untu ummah demi menyahut seruan Rasulullah s.a.w sampaikanlah kepadaku walau
satu ayat. Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment