Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...nafas
belum terhenti, gerak tangan masih bisa bertingkah, suara masih bisa berbicara,
akal masih mahu terus berfikir. Anugerah terindah ALLAH pada hambaNya yang
mengerti maksud tersurat syukur. syukur dilahirkan sebagai Muslim, syukur
dikurnia sahabat-sahabat pendamping yang baik, syukur dihadiahkan dengan kehadiran
insan-insan penyayang di sisinya. Terima kasih Ya ALLAH.
Setiap
ciptaan ALLAH ada istimewa dan kurangnya. Ya, ibarat air laut yang ada pasang
surutnya begitulah rentak manusia. Ada kebaikan & ada kelemahannya. Ya
sesetengah insan menganggap yang baik itu sahaja bagi kekuatan padanya, sedang
yang buruk, jelek, tidak cantik hanya menambah kelemahannya. Fitrah manusia
inginkan kesempurnaan dalam kehidupan tetapi pada hakikatnya manusia tidak
dilahir untuk sempurna semata.
Ingin
penulis tekankan di sini, mengertilah duhai sahabat semua...penulis bukanlah
insan yang terbaik. Jauh sekali sempurna. Sebab dia tahu dia hambaNya yang
lemah penuh dosa dan nodalah, dia mahu mengorak langkah mencipta blog yang
penuh kenangan indah di dalamnya. Bukan niatnya untuk membuka pekung di dada,
bukan niatnya mahu mencari publisiti semata.
Satu
sahaja tekadnya, mahu mengajak diri dan manusia sekelilingnya kepada kebaikan
dan keindahan Islam. Alangkah indahnya jika hidup berteraskan Islam semata!
Alangkah bahagianya bumi andainya
manusia berusaha mendekatkan diri pada Ilahi. Ya, mana tahu blog ini memberi
inspirasi pada yang lain untuk menyampaikan Islam kerana penulis rasa ada
amanah yang harus dipikul kerana dia adalah MUSLIM. Amanah itu bukan hanya kita
melaksanakan fardu ain tetapi tidak melupakan fardu kifayah.
Sebegitu
banyak tersenarai kelemahannya, kerana dia sedar dia hanya insan biasa yang
terkadang tersungkur dek ujian dunia. Namun, dia harus bangkit keranaNya, dia
harus sedar tanggungjawab dan amanahnya masih minta diselesaikan sebelum roh
terpisah dari jasadnya.
Kelemahan
itu tidak sesekali melemahkannya. Kekurangan itu tidak sesekali mencacatkan
hidupnya, kerana dia yakin setiap kelemahan dirinya ALLAH dah senaraikan yang
terbaik untuknya. Dia pasti bisa menghadapinya dengan kebergantungan kepada
ALLAH. Apa kekurangannya? Aku yang sensitif dan aku yang ‘lurus’. Hidup
sentiasa adil, ALLAH Maha Adil meletakkan sesuatu mengikut kesesuaiannya, Cuma
manusia yang terkadang buta menilai apa hikmah di sebalik kelemahannya.
Setiap
manusia terutamanya wanita dikurnia satu perasaan fitrah baginya iaitu
sensitif. Mudah terasa & senang berekspirasi. Riak wajahnya menggambarkan
segala-galanya. Ramai kawan kata, “Kamu ini sensitif sangatlah. Kami bergurau
sahaja. Kamu ini lurus sangatlah orangnya. Siapalah yang mahukan kamu.” Apa
natijahnya? Itu terserah padanya.
Ya
dengan sensitif itu penulis dapat mengelak diri daripada perkara yang tidak
sepatutnya berlaku. Dengan sensitif itu mengajar penulis berhati-hati dalam
kata-kata dan tindakannya, kerana dia tidak mahu melukai hati insan-insan yang
disayanginya. Sensitif itu kadang-kadang mengehadkan pergaulannya. Sensitif itu
kadang-kadang buat dia berfikir jauh dalam menilai sesuatu perkara terutama
tentang kata gurauan sahabat-sahabatnya.
Sensitif
itu kadang-kadang membuatnya menitiskan air mata tanpa di duga. Ya, air mata
peneman setianya ketika marah merajai jiwa, ketika resah datang tanpa diminta,
ketika rindu pada sahabat-sahabat dan keluarga datang menerpa, ketika ujian
dariNya menusuk relung paling dalam qalbunya. Ya, dalam sendu tangis air mata
penenangnya ALLAH Yang Maha Esa. Dia sedar itu & dia mengerti serta wajib
berbaik sangka pada Penciptanya. Namun, usah salah tafsir mengata air mata itu
tanda wanita lemah. Air mata itu sebenarnya menguatkan kita kerana dengan air
mata kita semakin dekat padaNya.
Biarlah
dia terus sensitif, biarlah kata orang dia itu ‘lurus’, yang penting dia tahu
ke mana hala tuju terakhir kehidupannya. Bila melihat diri penuh dengan
kelemahan, terkadang dia meneliti diri manusia-manusia lain yang turut punya
kelemahan. Usah pertikai kenapa & kenapa ALLAH menjadikan aku penuh
kelemahan & kekurangan, tapi cualah pertikaikan bagaimana usaha kita untuk
menghadapi kelemahan itu.
Bila
kita susah, tengok ramai lagi manusia yang lebih suah dari kita. Bila kita
rasa diri penuh dengan kelemahan &
kekurangan tengok orang lain yang lagi banyak kekurangannya bukan untuk
melemahkan kita tetapi untuk memotivasikan diri menjadi lebih baik.penulis
tidak mahu sesekali dipandang sempurna oleh sahabat semua kerana penulis sedar
dirinya tak pernah sempurna.
Kebaikan
yang ada tercalit pada dirinya adalah hasil didikan dan keprihatinan ayah
bondanya. Hasil usaha ibu ayahnya yang berpenat lelah membesarkannya,
sebagaimana dia yang ada sekarang. Itulah jasa terbesar ayah bonda serta
insan-insan yang pernah hidup dalam kamus penulis. Tanpa mereka penulis takkan
membesar menjadi muslimah seperti sekarang. Dan sudah tentu tanpa kasih sayang
ALLAH penulis takkan sesekali hidup seperti sekarang. Al-Hamdulillah, yang
penting kuasa ALLAH mengatasi segalanya.
Kelemahan
dalam diri manusia bukan untuk menambah lemah diri kita, tetapi kelemahan itu
sebagai tanda kita masih dan sentiasa memerlukan ALLAH dalam setiap gerak kerja
kita. Kelemahan itu bila dibaiki, dia akan bertukar menjadi kelebihan.
Kelemahan itu adalah untuk kita saling melengkapi sesama manusia.
Biar
bila ada yang lemah, ada yang datang menguatkan. Bila ada yang sakit, ada yang
datang memberi rawatan. Bila ada yang gagal, ada pula yang memberi semangat
untuk terus berjaya dalam kehidupan. Bila ada yang jatuh, ada yang menghulur
tangan pertolongan. Bila ada yang kurang, ada yang menampung kekurangan berubah
menjadi kelebihan. ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Aku
yang sensitif masih kekal sensitifnya. Aku yang lurus, masih lurus dalam
kewarasannya berfikir. Asal dia bisa menilai mana yang baik, mana yang buruk,
asal dia dapat melaksanakan perintahNya & meninggalkan laranganNya. Itu
sudah cukup di samping mengajak diri & insan-insan yang hidup di sisinya
mengikut segala perintah ALLAH. Al-Hamdulillah...
Usah
kita sibuk mencari kelemahan manusia lain, hitung dulu kelemahan diri kita.
Usah kita sibuk mengata orang yang jahat dalam perbuatannya, koreksi dulu
bagaimana tingkah kita? Bagaimana mahu menyampaikan Islam jika kita sendiri
kurang pengetahuan tentang Islam. Tetapi itu bukan alasan untuk kita mengelak
diri dari menyampaikan Islam pada semua. Usah kita sibuk mencari yang terbaik
untuk diri kita, semaikan dulu segala sifat baik terhadap diri kit. Itu yang
utamanya. Moga keredhaan ALLAH sentiasa bersama kita! Ameen.
No comments:
Post a Comment