Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...penulis masih dihidupkan
oleh ALLAH untuk menjadi hamba & khalifahNya yang sentiasa bersyukur. Walau
di mana pun dia berada dia tetap terikat dengan ALLAH Yang Maha Esa. Al-Hamdulillah
kerana penulis masih bisa mencoret idea & ilhamnya untuk blog tersayang. Ya,
mungkin jika penulis meninggalkan alam dunia ini & berada di alam lain,
blog ini yang bakal dibelek oleh saudara mara, sahabat-sahabat & anak
cucunya.
Kisah hidup setiap manusia adalah berbeza
& tak salahkan jika penulis mahu menceritakan detik manis kehidupannya kepada
penonton setiap blog ini? Jalan cerita yang berbeza di tambah tatariasnya
adalah Islam, memanggil penulis untuk meluah rasa melalui penulisan. Tak salahkan
jika penulis mahu berkongsi apa yang baik & pahit dalam hidupnya bukan mahu
dibangga-banggakan tetapi mahu menjadi pelajaran buat diri yang sentiasa
rindukan Tuhan. Harapnya benar & tidak menyinggung mana-mana pihak.
Tanggal 2 Jun 2003, lahir seorang hero lelaki
bongsu dalam keluarga penulis. Hero ini diberi nama Ahmad Hambali bin Yaakob. Seindah
& segah namanya, dia membesar menjadi kanak-kanak yang suka memeriahkan
kehidupan berkeluarga mereka. Kelahiran insan istimewa di hati penulis ini
menjadikan penulis & keluarga menimang seorang adik. Adik gelaran buatnya. Ahmad
Hambali sempena mengambil nama seorang ulama Imam Hanbal dalam empat mazhab
imam iaitu, Imam Syafi’e, Imam Maliki, Imam Hambali & Imam Hanafi. Ayah
sangat menyukai nama itu. Kata ayah jika boleh semua anaknya nak diberikan nama
ke empat-empat imam mazhab.
Ahmad Hambali bersama basikal kesayangannya...
Gambar terkini Ahmad Hambali...
Ahmad Hambali adik yang didambakan oleh
penulis dan keluarganya. Kelahiran dia ditunggu & penulis masih ingat
bagaimana kelam-kabutnya dia saat mama memberitahu dia sakit perut nak
melahirkan anak. Masa tu allahyarhamah nenek tengah mengajar mengaji beberapa
orang anak kampung. Terjerit penulis memberitahu nenek tentang hal itu. Sepantas
kerlipan mata, ambulan tiba di halaman rumah penulis. Penulis masih ingat lagi
masa kelahiran adik bongsunya iaitu 1:30 tengahari di Hospital Besar Kota Bharu.
2 Jun 2014 umur Ahmad Hambali bin Yaakob
telah meningkat 11 tahun, tahun 5 Sekolah Rendah Palekbang, Tumpat. Dia dah
membesar sekarang cepat benar masa berlalu. Dulu kami adik-beradik selalu usik
adik bongsu, mentang-mentang dia yang paling kecik. Sekarang dah tak boleh
kacau sebarangan sebab dia dah besar panjang. Semakin tinggi & kurus itulah
posisi tubuhnya. Namun, sifat manjanya tak pernah hilang. Ya, dengan manjanya
selalu kakak sulungnya menjadi mangsa penemannya bermain bila kakak pulang ke
kampung.
Kini, hanya tinggal dia seorang yang masih setia
menemani mama & ayah di kampung. Abang-abang & kakak-kakaknya dah pergi
jauh merantau untuk menuntut ilmu. Dia adik yang sangat baik, suka buat lawak
& sering menggelikan hati keluarganya dengan gelagat nakalnya. Dia juga
rapat dengan penulis ya mungkin benar kata orang anak sulung sering rapat dengan
adiknya yang bongsu. Tak bermakna yang sulung mengabaikan adik-adiknya yang
lain.
Semalam, penulis menelefon adik bongsunya. Dia
asyik bermain di halaman rumah. Itulah rutin hariannya pada waktu petang
selepas mengaji al-Quran dengan ayah, dia suka main basikal, main badminton,
main bola tak pun tolong ayah menyapu & membersihkan halaman rumah. Penulis
sempat mengucap selamat hari lahir padanya. Kata mama dia dah dapat sebiji kek.
Ya, sekadar meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-11. Penulis tak sempat
nak bagi hadiah, cukup hadiah doa untuknya moga dia membesar menjadi manusia
yang berguna pada agama & negaranya. Jadi anak yang soleh ya Hambali!
Al-Hamdulillah...sempat juga ayah bergambar bersama Ahmad Hambali
& gambar ini di ambil semasa penulis pulang ke kampung halaman
melihat ayah tercinta yang kurang sihat...
Bila tiba detik kelahiran insan-nsan yang
penulis sayang kerana ALLAH, penulis suka coretkan di blognya, kenapa ya? Sebab
kasih sayang ALLAH yang memungkinkan kasih ini bertaut demi redha &
cintaNya. Ya, ini bukti penulis menghargai kehadiran insan-insan yang mewarnai
kehidupannya. Biarpun mereka terpisah dek jarak yang jauh, tetapi kasih sayang
itu bisa bertaut dengan iringan doa & kenangan indah bersama. Setiap cerita
punya kenangan tersendiri, setiap kisah memaparkan pengalaman yang tak sama
dengan manusia lain. Dek kerana perbezaan itulah, kita harus berkongsi bukan
mau bikin hati orang cemburu @ dendam tetapi mau semua manusia tahu kasih
sayang berpaksikan ALLAH itu manis & maha hebat.
Merubah dendam amarah menjadi sayang, merubah
sedih menjadi gembira, merubah resah menjadi tenang, merubah hitam menjadi
putih, merubah benci menukar kasih. Itu kuasa kasih kerana ALLAH. Penulis teringat pada Surah Ali-Imran ayat 31
sering dilontarkan oleh ramai manusia tentang keberkesanan kalam ALLAH ini yang
bermaksud
31.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kasih sayang sejati adalah milik Ilahi &
sepatutnya rasa kasih itu dicurah pada ALLAH Yang Maha Menciptakan perasaan
sayang dalam diri setiap mahkluknya. Dek kerana kasih sayang itulah penulis
terpanggil untuk meneliti kisah disebalik kelahiran adik bongsunya. Penulis bersyukur
kerana dikurniakan seorang adik bernama Ahmad Hambali bin Yaakob. Banyak pahit
manis ditelan dengan kehadirannya dalam kehidupan penulis.
Dia mengajar penulis banyak bersabar...dia
mengajar penulis bagaimana mahu mendekati kanak-kanak & mengekalkan rasa
sayang terhadap kanak-kanak yang suci lagi terpelihara...dia yang membuatkan
penulis menghargai kehadiran adik-adik dalam keluarga...dia mengajar penulis usah
pura-pura dalam hidup kerana fitrah kanak-kanak dia tak pernah berbohong...dia
membikin penulis mengerti bagaimana kehidupan kanak-kanak...dia mengajar
penulis menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab & penyayang.
Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian
penulis hari ini. Seronok bercerita tentang insan yang disayangi. Sekurang-kurangnya
terubat rindu pada dia. Mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk mendoakan
kemudahan dunia & akhirat khususnya pada Ahmad Hambali bin Yaakob &
seluruh umat Islam di dunia ini.
Siiru ‘alaa
barakatillah...
Chik & Ahmad Hambali
No comments:
Post a Comment