Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...Maha
Suci ALLAH, ALLAH masih memberi kesempatan kepada penulis untuk meneruskan
kehidupan sebagai muslim. Apa yang lebih indah bila cinta ALLAH sentiasa
memayungi hati yang dahagakan cintaNya membikin hati penuh ketenangan. Genggam
sebaik mungkin cinta ALLAH terhadap kita, kerna denganNya kita bisa hidup
bahagia di dunia & akhirat. Al-Hamdulillah penulis antara insan terpilih
berada di jalan ini. Jalan menuju ALLAH. Moga berterusan hingga ke penghujung
nyawanya.
Al-Hamdulillah...ALLAH
memberi peluang kepada penulis untuk pulang sehari ke kampung halaman menduduki
peperiksaan MUET (Malaysian University English Test). Minggu ini juga minggu
terakhir bergelar pelajar praktikal. Serius rasa macam berada dalam keluarga
sendiri ketika menjalani sesi praktikal selama 5 bulan di PPD Kuala Langat. Ya
ALLAH moga dipermudahkan segala urusan kami dalam menjalani kehidupan ini. ‘post’
ini adalah ganti untuk hari esok memandangkan esok penulis akan meneruskan
musafirnya ke kampung halaman & esok tiada artikel untuk di baca ya. Harap maklum.
Moga
kalian sahabat-sahabat penulis turut merasai manisnya mencintai ALLAH melebihi
segala-galanya. Hari ini penulis terpanggil untuk bercerita tentang 5 syarat
sebelum memasuki alam pernikahan, sebelum kamu seorang muslimah bergelar
isteri. Apa yang muslimah perlu buat? Bukan main kahwin suka hati sahaja. Bukan
mudah nak kahwin tau. Bak kata seorang ustaz, pernikahan bukan setakat seronok
masa nak buat kenduri kahwin abis berjuta-juta ringgit, tapi perkahwinan itu di
nilai selepas mendirikan rumah tangga.
Firman
ALLAH S.W.T dalam surah ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud:
21. dan di
antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia
menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
Firman ALLAH S.W.T lagi dalam surah An-Nuur
ayat 32 yang bermaksud:
32. dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya
kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.
Terpanggil untuk bercerita isu ini, ketika
mana penulis seronok mendengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang perkahwinan. Ustaz
meletakkan 5 syarat utama sebelum muslimin atau muslimat berkahwin. 5 syarat
yang mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Bukan syarat semata-mata. Syarat ini
panduan bagi mereka yang punya keinginan untuk mendirikan rumah tangga. &
syaratnya menarik untuk dikongsi bersama-sama sahabat semua.
Mari kita sama-sama teliti apa 5 syarat
tersebut!
Pertamanya, ISTIKHARAH. Istikharah perlu dilakukan dengan
penuh pengharapan pada ALLAH bukan bermaksud kita memaksa ALLAH membuat
keputusan tetapi memberi ruang kepada kita untuk terus berfikir dengan positif
& sudah pasti mendapat petunjuk suci dari Ilahi. Usah menyalah tafsir
istikharah bukan hanya untuk mencari & memilih jodoh tetapi juga untuk ke
semua pilihan yang kita sangat butuh petunjuk dari ALLAH.
Ke
duanya, perkahwinan yang nak di bina perlu & wajib mendapatkan REDHA IBU AYAH. Ya dengan
redha mereka ALLAH akan meredhai setiap tindakan kita. Bila ALLAH dah redha
segala masalah & ujian yang dihadapi akan dirasakan mudah. Perkahwinan yang
di bina atas keredhaan ibu bapa & ALLAH tercurah padanya kasih sayang &
keberkatan hidup. Susah dirasakan senang. Perit dirasakan biasa. Cuba dapatkan
keredhaan ALLAH & ibu ayah dalam rumah tangga yang di bina kerana
perkahwinan itu bukan hanya penyatuan dua jiwa suami isteri tetapi juga penyatuan
2 buah keluarga besar.
Ke
tiganya, apa tujuan perkahwinan tersebut? Adakah kerana tidak sabar mahu
merasai meriahnya majlis perkahwinan? Adakah kerana tengok kawan kahwin, kita
pun rasa nak kahwin? Atau bagaimana tujuan kita? KAHWIN KERANA ALLAH itu tujuan sebenar sesebuah
perkahwinan didirikan barulah kita bisa menerima kelemahan-kelemahan pasangan
kita. Terima pasangan seadanya sebab tujuan pernikahan itu adalah kerana ALLAH.
Bila kerana ALLAH mesti kita nak bawa keluarga kita sampai ke syurga bukan
menikmati dunia sahaja.
Syarat
ke empat adalah BERAGAMA.
Siapa kat sini nak berkahwin dengan perempuan atau lelaki yang tiada agama? Mesti
tiada kan. Semua nak pilih yang ada agama. Ada agama bukan bermaksud yang pakai
jubah semata tetapi yang menurut semua perintah ALLAH & meninggalkan segala
larangannya. Penulis pun tak pandai nak bercerita tentang hal ini, Cuma perkongsian
dari apa yang di dengar dalam TV AL-HIJRAH tempoh hari. Bukan kita nak yang
sempurna sebab manusia ini fitrahnya tidak sempurna kecuali nabi yang
sememangnya maksum (tiada dosa),
tetapi tidak salah kita mahu mencari yang baik jika kita juga berusaha menjadi
yang baik.
Terakhirnya
nak berkahwin kena cari yang BERAKHLAK.
Ada akhlak baru boleh kahwin. Akhlak itu penting untuk pembentukan &
tarbiah anak-anaknya nanti. Bila ibu bapanya dah berakhlak anak-anak insyaALLAH
turut berakhlak. Nak yang berakhlak perlu mula dengan diri kita terlebih
dahulu. Mula macam mana? Jadi muslimah yang penuh berakhlak tahu baik buruk dan
batas agama. Tahu menutup aurat & tahu serta amalkan segala perintahNya. Jadi
muslimin yang berakhlak bijak menjaga diri & agama pandai menilai baik
buruk yang penting tahu apa itu akhlak yang baik. Sebab muslimin itu ketua
keluarga bila betul ketuanya, betul juga pengikutnya.
Penulis
bukannya orang hebat atau pakar dalam bab ini, pengalaman pun tiada tetapi atas
dasar hati mahu berkongsi ilmu yang baru diterima, atas dasar memberi jalan
pada sahabat-sabat bagaimana mahu menjadi yang terbaik, atas dasar menyenangkan
hati yang masih mahu menjadi yang terbaik, penulis menyiapkan juga artikel ini.
Puas dapat menyiapkannya puas dapat berkongsi rasa. Ya bagi sahabat yang masih
menanti yang soleh & solehah teruskan usaha mendekatkan diri pada cinta
ALLAH, insyaALLAH cinta yang lain bakal menyusul dalam kehidupanmu. Ingatlah ALLAH
tidak akan sesekali sia-siakan hambaNya.
Jom tengok gambar-gambar perkahwinan sepupu penulis!
Moga
memberi manfaat kepada semua sahabat yang sudi singgah di blog ini. Setakat ini
dahulu perkongsian kita hari ini, moga berjumpa lagi pada masa akan datang
itupun jika ALLAH masih memanjangkan umurnya. Seperti kebiasaan mohon
sahabat-sahabat panjangkan doa untuk pemilik blog ini dan juga untuk semua umat
muslimin di dunia moga sentiasa dilimpahi kasih sayang ALLAH.
Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment