Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah
Ya ALLAH...Islam & iman menjadi nikmat terindah untuk penulis,
sahabat-sahabat, & semua umat Islam. Al-Hamdulillah, kita telah melangkah 2
Ramadhan 1435H. Hari ke dua berpuasa, walau penuh dugaan & cabaran hidup
harus diteruskan. Moga Engkau melimpahkan nikmat terbesar ini iman & Islam
kepada manusia bukan Islam, biar mereka turut merasai kemanisannya.
Selawat
& salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga &
sahabat-sahabat baginda s.a.w. rasa cinta & rindu untuk bertemu kekasih
ALLAH ini tidak pernah padam walau seketika. Ya, baginda s.a.w insan agung yang
dirindui selepas ALLAH. Segala usaha & pengorbanan baginda s.a.w
memungkinkan kita menikmati Islam sehingga ke hari ini. Jerit perih dalam
perjuangan menegakkan Islam memberi peluang kepada kita untuk terus merasai
Islam dalam diri.
Siapa
lagi jika bukan kita yang meneruskan perjuangan mulia Rasulullah s.a.w. siapa
lagi jika bukan kita yang harus memastikan Islam sentiasa tertegak di bumi
ALLAH. Jadi usahanya butuh pengorbanan yang maha hebat, dicampur bersama
kebergantungan pada ALLAH Yang Maha Esa. Bukan mudah untuk tetap berada di
medan ini, kerana syurga yang dijanjikan ALLAH bukan semudah kita memetik jari.
Berdakwah
itu salah satu caranya. Jika tidak mampu guna sahaja cara yang berbeda. Demi Islam
kerana ALLAH semuanya harus berganding bahu mencorak kemenangan Islam akan
datang menjadi pasti. Bukan dibiarkan sahaja masyarakat terus hanyut dibui
mimpi indah dunia. Rawat diri, rawat juga masyarakat & insan yang pernah
singgah dalam kamus hidupmu duhai hati!
Hari
ini kita bicara tentang sifat marah atau panas baran. Siapa kat sini suka
marah? Angkat tangan picit hidung cubit pipi. Kelakar tak? Boleh marah lagi? Cuba
tarik nafas panjang-panjang istighfar, ingat ALLAH & bayangkan di hadapan
kita terbentang lautan yang Subhanallah cantik dengan ombak yang memukul
pantai, kapal-kapal dengan tenang belayar & ingatkan kembali semua perkara
baik yang pernah berlaku dalam kehidupan kita. Masih mahu marah? Itu tanda ada
yang tak kena pada hati kita.
Penulis
memetik kata bicara artikel tulisan oleh Faizatul Farhana Farush Khan dalam
akhbar Berita Harian bertarikh 17 Jun 2014 hari Selasa, “Marah yang
berpanjangan, terlalu kerap atau melampau boleh menyumbang kepada penyakit
darah tinggi, penyakit jantung, penyakit angin ahmar (strok), selain berdepan
dengan gangguan psikologi.” Ada benarnya kata-kata ini. Bila marah semua yang buruk
& negatif akan berkumpul kepada diri si pemarah. Tak percaya cuba tengok
nanti.
Marah
antara negatif & positifnya. Marah? Siapa suka dia dimarah? Penulis sudah
tentu tak suka orang memarahinya tanpa sebab yang betul. Boleh sahaja marah
tetapi pandailah dalam mengawal lemarahan itu. Usah kerana marah, habis terbias
semua kebaikan , terhapus segala pahala. Jadi penulis mengajak dirinya &
sahabat-sahabat blog untuk mengelakkan diri daripada MARAH.
Marah
itu tanda sayang, betul ke? Bila ibu marahkan anaknya jangan buat jahat, itu
demi kebaikan anak tersayang. Itu marah yang positif tanda anak harus
menghargai peringatan ibunya. Bila ayah marahkan anaknya kerana tidak belajar
dengan baik asyik dapat gagal sahaja, itu tanda ayah prihatin terhadap anak-anaknya.
Marah mereka bersebab demi kebaikan kita sebagai anak.
Bohong
jika penulis kata dia tak pernah marah, kerana dia juga manusia biasa &
bila dia marah dia menjadi luar biasa. Bila marah penulis suka buat apa? Dia suka
diam atau menangis sahaja. Dia tahu bila dia marah dia akan membinasakan
dirinya & orang yang dimarahinya. Kadang-kadang dia hanya melemparkan rasa
marah dengan meninggikan suara atau menajamkan pandangan matanya. Marahnya juga
bisa reda dengan melihat pantai yang terbentang luas. Kalian bagaimana? Mesti punya
cara tersendiri & unik untuk diceritakan ya.
Penulis
biasa dimarahi kerana dia bukanlah sempurna untuk disayangi. Dia juga kerap
berdepan dengan insan-insan istimewa punya sifat marah & garang. Itu biasa
baginya, kadang-kadang marah itu membuatnya terasa & kadang-kadang marah
itu buat dia sedar. Bila berdepan dengan orang yang suka marah & cepat
marah kita tak boleh sesekali menambahkan kemarahannya. Nanti api kemarahannya
semakin marak. Jadi cara terbaik kita mendiamkan diri sahaja. Ya, selepas lega
kemarahannya barulah kita berbicara dari hati terus ke hati.
Ibarat
api bila di simbah minyak makin bertambah maraknya. Begitu juga marah, bila
ditambah kemarahannya akibat buruk padahnya. Bila negatif bertemu negatif ia
akan menolak & saling membenci, tetapi bila negatif bertemu positif ia
bertukar menjadi positif. Kita yang seharusnya membawa ‘charge’ positif
tersebut. Jadilah seorang pendamai dengan mengikut firman ALLAH S.W.T dalam
surah al-Hujurat ayat 9 & 10 yang bermaksud:
9. dan
jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di
antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka
lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika
ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum
Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
10.
sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beroleh rahmat.
Masih ingat dengan kisah Nabi Muhammad s.a.w
yang berdepan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba memasuki masjid lalu
mengqada’kan hajatnya di suatu sudut masjid. Ada sahabat yang cepat melatah
mahu dipenggal kepalanya, Nabi Muhammad s.a.w dengan lembut membantah, “Biar
dia menyelesaikan urusannya terlebih dahulu.” Tengok betapa hebatnya Nabi
Muhammad s.a.w berhadapan dengan situasi ini.
Bagaimana dengan diri kita? Adakah kita siap
meniru akhlak mulia Rasulullah s.a.w bersifat pemaaf dengan semua makhluk? Usah
marah duhai diri, kawallah marahmu duhai hati yang lemah. Kamu bilang kamu
cinta Rasulullah s.a.w apa salahnya kamu mencontohi sifat pemaaf Nabi Muhammad
s.a.w.
Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita
memperbaiki diri sendiri. ALLAH sentiasa memaafkan hamba-hambaNya yang mahu
bertaubat kerana ALLAH Maha Pemaaf. Lawanlah marahmu terutamanya ketika bulan
Ramadhan ini. Ya dengan pemaaf ini banyak kebaikan yang bakal mendampingi diri
kita. & pemaaf ini akan menambah ketenangan hati kita, percayalah kerana
penulis pernah melaluinya. Jom kita tutup ‘entri’ kali ini dengan sama-sama
mengucap syukur pada ALLAH yang telah menciptakan kita dengan sebaik-baik
penciptaan. Jom tengok lirik nasyid Ramadhan oleh Maher Zain!
Album : Ramadan
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com
You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around
Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)
Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around
Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!
Chorus(2 times)
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)
Siiru ‘alaa barakatillah...salam Ramadhan
kareem.
No comments:
Post a Comment