Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Salam Jumaat
Kareem kepada penulis dan sahabat-sahabat sekalian yang disayangi kerana ALLAH.
Al-Hamdulillah, hanya tinggal satu minggu lagi penulis bergelar pelajar
praktikal di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Banting Selangor. Hanya
tinggal seminggu lagi penulis menikmati tanah perantauannya di Selangor.
Penulis sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman menjenguk ibu ayah
& keluarga.
Jom kita
banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ini! Banyak
barakah & kelebihan yang akan kita dapat bila kita berselawat pada baginda
s.a.w. Kata cinta pada Rasulullah s.a.w, jadi buktikanlah! Bukan susah pun
hanya menggerakkan bibir & mengingati sirah baginda s.a.w. InsyaALLAH,
nikmat tak terkira datang menghampiri kita. Tak buat, tak dapat rasa! Just try
it and you fill it with your heart.
Al-Hamdulillah
Ya ALLAH...penulis masih dianugerahkan kekuatan untuk menulis & memastikan
blog kesayangannya terisi dengan kata-kata & ilham yang mencurah. Pagi
Jumaat yang mulia dan indah ini penulis suka untuk berkongsi salah-satu artikel
yang di ‘tag’ oleh seorang sahabat kepada penulis dalam FBnya. Menarik artikel
ini, & moga memberi manfaat kepada kita supaya menjauhi sifat-sifat ini
terutamanya buat muslimah.
Bukan mudah nak
mendirikan rumah tangga & bergelar seorang isteri @ suami. Bukan semudah
ABC atau semudah kita melakukan apa yang kita suka. Perkahwinan itu perlukan
persediaan yang rapi & penuh rasa cinta pada ALLAH. Perkahwinan yang punya
matlamat jelas mampu membentuk dua orang insan yang bersinergi ke arah cinta
Tuhan. Maka lahirlah generasi-generasi rabbani melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba ALLAH & khalifahNya.
copyright from OSD blog
Kebanyakan manusia
suka menjadikan tarikh perkahwinannya sebagai ‘Wedding of the Year’ tanpa
memikirkan apakah perancangan selepas majlis perkahwinan. & Ya penulis mahu
jelaskan di sini nilai sebuah perkahwinan bukan hanya terletak pada meriahnya
majlis perkahwinan mereka, tetapi nilai itu terletak pada bagaimana kita mahu
mencorakkan kehidupan berumahtangga selepas akad nikah & majlis
perkahwinan.
Redhakah ALLAH
& ibu ayah kita dengan perkahwinan yang didirikan? Dapat bersatukah dua
buah keluarga dengan perkahwinan yang dibina? Atau hanya sekadar majlis tinggal
majlis semata? Pesanan buat diri yang bergelar muslimah, usah kita mengejar
siapakah jodoh sejati, sibuk mencari siapa yang halal buat diri, sibuk meneliti
ciri bagaimana yang perlu bakal suami penuhi, mari kita koreksi & muhasabah
terlebih dahulu apa yang ada pada diri kita sehingga kita mencari yang
sempurna. Bagaimana sifat kita sebagai muslimah? Adakah tergolong dalam
kalangan perempuan yang mempunyai enam sifat di bawah?
Jangan kamu berkahwin dengan
perempuan yang bersifat dengan 6 sifat..
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya'
Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang
bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh
dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia
rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat
semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan
tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan
harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah
padanya.
2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya
(suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah
melakukan untuk kamu itu ini.
3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas
suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan
menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya
(boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar
pembeliaannya.
5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias
sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan
mempersona, kat suami tak buat pun!
Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan
kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk
dirinya sendiri.
6. Al-Syaddaqah : perempuan yang
banyak cakap
Ya ALLAH jauhi kami para muslimah dari
tersenarai dalam enam golongan perempuan yang patut dijauhi dari dikahwini! Ya
ALLAH...selamatkan jiwa & hati kami, teruskan langkah kami bermujahadah di
jalan Islam ini. Tenangkan hati kami untuk menghadapi ujian & mehnah hidup
yang bertimpa. Pelihara diri kami daripada melakukan perkara yang sia-sia dalam
kehidupan kami sebagai muslimah & hambaMu Ya ALLAH.
copy right from FB
copy right from FB
No comments:
Post a Comment