Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah Ya ALLAH...kami telah sampai
di bulan Ramadhan kareem. Bulan tarbiyah buat umat Islam keseluruhannya. Betapa
bahagia & bersyukurnya kita dilahirkan sebagai seorang muslim.
Al-Hamdulillah, penulis kembali meneruskan penulisannya setelah agak lama
menyepi mencari ruang untuk diri lebih mengenali Ilahi, mencari peluang untuk
terus mujahadah memperbaiki diri yang penuh dengan kelemahan ini.
Hari pertama berpuasa sungguh mendatangkan
haru & sebak di dada penulis kerana sangkaannya Ramadhan 1435H ini boleh
dia berpuasa penuh di kampung bersama-sama keluarga tersayang, rupanya lain
yang dirancang lain yang ALLAH aturkan untuknya. Kali ini dia berpuasa di
perantauan lagi bersama seorang sahabat wira dunia akhirat iaitu Siti Zawiroh
Daud. Apapun penulis masih bersyukur kerana diberi peluang untuk sampai &
menghayati makna sebenar bulan tarbiyah ini.
Ya, mungkin dengan berada di perantauan ini
mengajar penulis untuk lebih mengerti makna merindui keluarga tersayang, ya dengan
cara ini ALLAH mendidik hatinya untuk tabah & sabar. Pengorbanan itu butuh
kesabaran yang tinggi & penulis tahu ALLAH sangat menyayangi hambaNya yang
sabar. Walau apa pun yang terjadi kita mesti ingat ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk kita & ALLAH tak pernia sia-siakan kewujudan hamba2Nya.
Jom tengok gambar-gambar lama bulan puasa yang lepas!
Menu berbuka puasa tahun lepas punya...
Erm...sedapnya cendol ini hanya mampu tengok.
Hambali ketika bulan Ramadhan yang lepas...
Juadah bersahur...
Ni link tentang bulan Ramadhan. Nanti jika kalian rajin bukaklah yer. Setakat ini dahulu coretan penulis sempena 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014M. Moga memberi manfaat walau hanya berkongsi cerita sendiri yang mungkin kurang menarik pada pandangan sahabat semua. Apa pun penulis menyahut galakan Nabi Muhammad s.a.w. untuk samapikanlah walau hanya satu perkataan. Siiru 'alaa barakatillah.
No comments:
Post a Comment