Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...kasih sayang ALLAH masih
segar bersemi dalam diri penulis dan sahabat-sahabat. Moga rahmat & hidayah
ALLAH sentiasa menghiasi kehidupan kita. Al-hamdulillah, ALLAH masih mengurniakan
idea & ilham kepada penulis untuk melakar kanvas blognya menjadi terisi
dengan warna-warna bicara hati. Terima kasih pada semua sahabat yang sudi
membaca ‘entri-entri’ di blog ini. Moga dapat memberi manfaat & pengajaran
buat ummah.
Baiklah, hari ini penulis nak bercerita
tentang sebuah buku bertajuk, “Srikandi Islam Mesir- Zainab al-Ghazali –
Karangan: Shafie Abd. Rahman, terbitan Yamani Angle Sdn. Bhd.” Buku yang dibeli
dengan menggunakan baucer buku & dah tentu buku ini dibeli di Kuala Lumpur
ketika menemui sahabat di sana. Antara buku yang kali pertama tengok terus
penulis beli. Tak tahu kenapa terpanggil membaca buku-buku tentang sejarah dah
tokoh-tokoh Islam.
Mungkin mahu mengubah angin membaca. Buku ini
menceritakan tentang seorang serikandi Islam yang hebat imannya. Zainab
al-Ghazali dilahirkan pada 2 Januari 1917, dalam keluarga yang sangat berpegang
teguh pada agama Islam. Ketika berusia 18 tahun, Zainab al-Ghazali
bertanggungjawab mengasaskan sebuah pertubuhan wanita Islam yang dikenali dengan
nama Jama’at al-Sayyidaat al-Muslimaat. Ayahandanya, Al-Ghazali
bertungkus-lumus memastikan Zainab membesar menjadi serikandi yang meneruskan
perjuangan Islam. Buku ini bercerita dalam bentuk novel daripada memperkenalkan
Mesir sebagai bumi para anbiya’ hinggalah kematian serikandi Islam Zainab
al-Ghazali.
Semuanya diceritakan dengan baik penuh
informasi & menyentuh hati. Bagaimana perjuangan wanita Islam, Zainab
al-Ghazali bisa menggegarkan dunia. Dalam buku ini diceritakan juga tentang
as-Syahid Imam Hassan al-Banna & pemerintahan kuku besi Gamal Nasser.
Izinkan penulis memetik kata-kata Syed Qutb
dalam surat yang diberikan kepada Zainab al-Ghazali pada halaman 206 buku ini:
“Kepada saudari seperjuangan seIslamku,
Zainab al-Ghazali. Salam daripadaku & para ikhwan yang berada di penjara.
Ketahuilah, aku & rakan-rakan sekali-kali tidak akan patah semangat dalam
perjuangan menegakkan syiar Islam di bumi Mesir ini, di sebali pelbagai seksaan
& hukuman yang dikenakan ke atas kami. Apa yang membimbangkanku ialah
keadaan para ikhwan di luar penjara. Lakukanlah sesuatu agar semangat para
pejuang Ikhwan tidak terkubur begitu sahaja. Buatlah sesuatu agar Ikhwanul
Muslimin, di sebalik pengharamannya tidak akan mati & terkubur begitu
sahaja. Gerakkanlah para Ikhwan & berilah semangat kepada mereka &
ingatkanlah kepada mereka sentiasa tentang tanggungjawab mereka walaupun dengan
sepotong ayat!”
Subhanallah...begitu hebat kata-kata insan
yang meniti rasa sayang yang mendalam pada ALLAH dan agama Islam. Perjuangan Islam
tak pernah hilang sehingga ke titisan darah terakhir dan takkan terhenti hingga
roh berpisah dari jasad. Moga penulis & sahabat-sahabat punya kesempatan
itu. Kesempatan untuk mengajak manusia kepada Islam & kebaikan. Ameen.
Perjuangan mengajak manusia kepada Islam
bukan mudah seperti yang kita lihat. Baik kita selak semula perjuangan Nabi
Muhammad s.a.w bersama Saidatina Khadijah penuh onak & duri. Penuh duka
& ujian kerana manisnya datang kemudian. Kita lihat perjuangan
sahabat-sahabat baginda s.a.w bukan semudah kita akhir zaman ini. Perjuangan
tidak dihamparkan dengan karpet merah yang terbentang mewah, tidak juga terhias
di sisinya segala kemewahan & kesenangan tetapi perjuangan itu penuh dengan
kepahitan.
Bukan mudah nak jadi mujahid & mujahidah
Islam tetapi jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ya ALLAH
berikanlah kami peluang untuk terus menjadi antara mujahid mujahidahMu...yang
sanggup berjuang di jalanMu walau badai teruk melanda. Engkau sentiasa
bersama-sama kami Ya ALLAH. Ya ALLAH
kekalkan hati kami di jalanMu, usah biar kami sendiri dalam menentukan
kehidupan kami. Ya ALLAH...biarlah semua manusia merasai manisnya Islam walau
kami perlu menelan kepahitan terlebih dahulu.
Serikandi Zainab al-Ghazali menjadi contoh
bagi kami sebagai muslimah. Serikandi Islam Mesir yang membuka jalan pada
muslimah untuk meneruskn perjuangan walau menelan keperitan dalam kehidupan.
Zainab al-Ghazali memahami keberadaannya di dunia bukan sia-sia & perlu
berusaha bagi memastikan umat manusia merasai kemanisan Islam.
Islamlah yang mengajak penulis untuk terus
mendalami kehidupan dengan penuh keredhaan. Islamlah yang membawa penulis
menelusuri kehidupan sebagai muslimah walau pada zahir pandangan manusia
sekarang betapa kuno & jumudnya dia. Islam & ALLAH yang menerangi & memberi cahaya yang
terang pada penulis sepanjang hayatnya. Bila sakit, ALLAH yang memberi sihat.
Bila sedih, ALLAH yang menggembirakannya. Bila ujian mendatang, ALLAH yang
mencampak redha. Bila rasa keseorangan, ALLAH yang setia menemaninya. Itulah
manusia yang sentiasa mengharap cinta ALLAH bersamanya selalu.
Bicara tentang Islam takkan pernah pudar
dalam kehidupan selagi hayat dikandung badan selagi itu kisah tentang Islam
sentiasa bersemi & berterusan hingga hari kiamat. Islam is the way of life
ke mana pun kita melangkah sebagai umat Islam kita takkan pernah melupakan
ALLAH. Islam tetap terpahat di hati kita.
Subhanallah...al-Hamdulillah...lailahaillallah...ALLAHUAKBAR...
Siiru ‘alaa
barakatillah...
No comments:
Post a Comment