Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang
Al-Hamdulillah...Ya ALLAH kasih sayangMu
sekali lagi membangunkan penulis dari tidur yang lena. Bangun & sedar
dengan menyebut namaMu Ya ALLAH. Ucapan syukur tak pernah lekang di bibir ya
kerana dua nikmat terbesar ini iaitu nikmat Islam & iman yang sentiasa
memberi cahaya & jalan kepada penulis untuk terus melangkah dalam setiap
keputusan yang dilakukannya. Harapannya sahabat-sahabat juga seperti itu.
Limpahan kasih sayangNya mengajar penulis
untuk terus menghargai setiap detik kehidupannya walau terkadang pahit untuk
ditelan. Bukan hanya pahit tetapi berat untuk dilaluinya, hanya kebergantungan
kepada ALLAH bisa membuat langkah penulis tak pernah berhenti dalam menghadapi
ujian dariNya. Hubungan dengan ALLAH yang erat memaniskan perjalanan hidupnya
sebagai muslimah. Bukan nak kata penulis blog ini sempurna, tidak sesekali.
Penulis blog ini juga manusia biasa.
Cuma hubungan dengan ALLAH menjadikannya
lebih kuat dalam hidup ini. Masih basah di ingatan penulis bagaimana pesan
ayahnya, “Hidup di dunia ini kita kena kuat & sabar. Bila ada sahaja ujian
datang bertimpa-timpa ingat, ALLAH menguji hambaNya kerana ALLAH nak kita dekat
denganNya bukan ALLAH nak bagi bebanan kat kita.” Dek kerana itu penulis
sentiasa perhatikan watak ayahnya yang apa pun yang ayah buat mesti ada ALLAH,
ayah kuat setiap kali ujian datang padanya. Hidup ayah tak pernah sunyi dari
musibah, daripada kecil hilang kasih sayang ibu ayah hinggalah tua sering
sakit, namun apa ayah buat? Dia sabar & redha, semangatnya tinggi.
Baik, hari ini nak bercerita tentang ‘Warkah
Buat Dia’. Warkah dengan kata lain surat. Buat dia untuk siapa? Ya untuk bakal
pendamping penulis yang bergelar suami. Suami yang punya matlamat membawa
keluarga hingga ke syurga. Moga memberi inspirasi kepada muslimah-muslimah di
luar sana yang mendambakan seorang suami yang bertanggungjawab & beragama.
Moga memberi jentikan hati pada muslimin-muslimin di luar sana yang mendambakan
seorang isteri yang penyayang & memahami tingkah si pejuang agama. Mari
baca warkah di bawah!
♡ Aku hanya perempuan yang
lemah. Fitrahnya mahu mencintai & dicintai. Namun aku tidak mahu ambil
jalan mudah terjebak dengan cinta monyet & ‘couple’ semata kerana aku tahu
ALLAH melarang aku menghampiri zina...bukan jalan ini yang aku ambil untuk
berada dalam keredhaan ALLAH... aku menjaga diriku untuk seorang lelaki yang
aku panggil suami & amaran ALLAH ‘jangan hampiri zina’ sentiasa menghantui
aku...
♡ Ya ALLAH andai aku diberi
pilihan memilih Islam atau suami sudah tentu aku memilih Islam. Jika kehadiran
suami akan menambahbaik laluanku dalam perjuangan Islam ini, aku terima
kehadirannya Ya ALLAH. Ini kerana aku berkahwin bukan pada rupa @ hartanya
tetapi pada KEINDAHAN & PERJUANGAN ISLAM yang terpamer pada dirinya...
♡ Andai ditakdirkan aku tidak
punya jodoh di dunia ini, aku redha Ya ALLAH, kerana aku lebih mengharap
pertemuan di syurgaMu yang lebih indah...
♡ Bila kehadirannya hanya
mendatangkan keburukan pada aku & dirinya, jauhkan kami Ya ALLAH agar kami
bisa menjaga maruah & agama kami terpelihara. Aku tidak mahu menjadi fitnah
pada Islam...agama yang aku cinta...
♡ Antara dua hati, hati mana
yang harus aku jaga Ya ALLAH? Aku tidak mahu melukai mana-mana hati kerana aku tidak
mahu dibenci olehMu Ya ALLAH. Takdirkanlah yang terbaik untukku & dia Ya
ALLAH...
♡ Andai istikharah itu
melahirkan ketenangan dalam kehidupanku biarkan sahaja aku leka dengan cintaMu
Ya ALLAH. Cinta yang abadi kekal hingga ke syurga firdausi...
♡ Membina rumah tangga &
perkahwinan itu bukan perkara yang mudah, bukan semudah kalian mengucap kata
cinta...ia butuh kekuatan hati, kekuatan cinta pada Rabb, persiapan mental,
fizikal & rohani. Membina keluarga yang mendapat keredhaan ALLAH bukan
semudah aku membina mahligai di dunia...
♡ Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya, tidak membawa KEBAIKAN
padanya,maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka...
♡ Aku punya matlamat & impian ke bintang mahu melahirkan
generasi-generasi yang menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w, yang
kuat bisa meneruskan perjuangan Rasulullah UNTUK MENYEBARKAN ISLAM KEPADA SEMUA
MANUSIA...jadi bila impian setinggi bintang, kena laksana sampai cemerlang. Bukan
sekadar ibarat melepas batuk di tangga terus jatuh kecundang...
♡ Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya..maka Kau
jauhkanlah aku darinya..
♡ Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari
agamanya, maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA…
♡ Pesanan terakhirku dalam ‘Warkah Buat Dia’ usah sibuk MENCARI
siapa yang terbaik untuk menghiasi bahtera perkahwinan aku, tetapi cubalah
MENJADI yang terbaik dalam kalangan muslimin @ muslimat yang ada...
♡...kerana ketahuilah, ajal maut, rezeki & JODOH pertemuan itu
adalah rahsia ALLAH. Jodoh memang kita boleh usaha cari tapi ALLAH sebaik-baik
perancang. Allah dah tentukan yang terbaik untuk setiap hambaNya, usah risau...
♡ Aku bukanlah manusia yang sempurna cuma mengharap perkahwinan
yang bakal terbina menyempurnakan keimanan & menambah cintaku pada ALLAH
yang menciptakan CINTA.
Setakat ini sahaja coretan hati luahan rasa
penulis untuk 11 Syawal 1435H. Mohon maaf atas segala kekhilafan dalam ‘post’
kali ini yang mungkin merobek rasa pembaca sekalian kerana ia hanya luahan rasa
yang mahu dikongsi penulis dalam blog kesayangannya. Moga hati kita terus terisi
dengan cinta ALLAH. Usah leka benar kita dengan cinta manusia kerana cinta
manusia tak kekal lama yang kekal adalah cinta ALLAH Yang Esa. ♡
Siiru ‘alaa barakatillah. Biitaufiq wannajah ♡♡♡
No comments:
Post a Comment