Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...dengan kuasa ALLAH penulis
diberi nafas yang panjang menikmati nikmat terbesar dalam kehidupannya sebagai
muslim iaitu nikmat iman & Islam. ALLAH Maha Besar kuasanya mengatasi
kekuatan & kekuasaan hambaNya.
Al-Hamdulilllah kesempatan hari ini penulis
nak bercerita tentang alam ciptaan ALLAH Yang Maha Hebat. Dah lama penulis
tidak memerhati alam terutamanya, pantai, air terjun, hutan, kehijauan &
kebiruan alam yang sangat mengasyikkan & membuat fikiran berfikir tentang
alam. Rindu pada keindahan alam yang sangat menenangkan. Menghilang dari
tekanan hidup. Hari ini kita nak bercerita tentang matahari. MATAHARI makhluk
ciptaan ALLAH yang sangat berguna untuk alam.
Malam ini penulis tak nak bercerita panjang
mungkin boleh kita ekspresikan setiap bait kata dalam bentuk puisi. Puisi kata
indah yang sangat mudah untuk di bina bila ada minat & ilham dari ALLAH.
Jom kita hayati puisi tersebut yang bertajuk ‘Seni Sang Mentari’.
Matahari
Cahayamu
menerangi alam
Tersirna
keagungan Tuhan
Melangkau
pelusuk bumi
Menyimbah
kepanasan menghias alam
Bersama cahaya bergemerlapan
Matahari
Inginku
tiru dirimu
Memantul
cahaya pada semua
Walau
diri panas terbakar
Mewarna
kehidupan manusia
Walau
diri terkorban akhir
Anugerah matahari tiada taranya
Duhai
muslimah
Berlagaklah
seperti matahari
Cahayanya
mampu menunduk pandangan
Mampu
mencair hati yang kering
Memberi
harapan buat ummah
Tanpa
cahayanya gelaplah dunia
Tanpa matahari dunia hilang seri
Matahari
Ciptaan
ALLAH Maha Agung
Kehadirannya
bukan menyeksa
Bukan
hanya memanas dunia
Kehadirannya
bersemi hikmah
Buat
hambaNya mendekat pada ALLAH
Buat
khalifahNya jauh merenung
Merenung kebesaranNya
Matahariku
Tetaplah
engkau di situ
Berjasa
pada penduduk
Hingga
nanti ALLAH memanggilmu
Berhenti
melaksana tugas muliamu
Kembali pada Tuhan
Setakat ini dahulu coretan penulis untuk hari
ini, moga memberi manfaat pada ummah. Moga kita sentiasa tidak lupa untuk memerhati
& berfikir tentang alam. Mohon maaf atas kekhilafan untuk ‘post’ kali ini. Gayanya
ringkas hanya mahu menyampai hasrat di hati mahu terus menikmati keindahan alam
ini. Alam ALLAH banyak mengajar penulis untuk terus bersyukur dengan nikmat
& musibahnya.
Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment