Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah syukur padaNya penulis masih
punya kesempatan untuk membuat coretan pada blog kesayangannya ini.
Al-Hamdulillah setelah lama menyepi sibuk dengan tugas sebagai anak di kampung
menyambut hari raya Aidilfitri bersama-sama keluarga kini penulis punya
kesempatan & kekuatan untuk meneruskan penulisannya. Penulis mengakui agak
janggal meninggalkan dunia blognya dalam tempoh masa yang agak lama. Maaf buat
semua sahabat yang mengharapkan sesuatu dari blog ini. Kekangan internet yang
lambat menyukarkan penulis untuk berblog.
Apa pun alasannya, al-Hamdulillah dia
akhirnya bisa mengisi blognya kembali. Moga ALLAH terus memberinya kekuatan,
kemampuan & ilham untuk berkongsi semua perasaannya dalam blog ini. Waktu ini
penulis masih berada di kampung & bakal bergelar musafir untuk kali yang
ke-10 mungkin apabila dia berhasrat meneruskan pemusafirannya bukan setakat
untuk belajar tetapi untuk merasa pengalaman bekerjaya di perantauan.
Belum terlambat rasanya bagi penulis untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 9 Syawal 1435H ini. Al-Hamdulillah,
setelah sebulan kita berpuasa akhirnya kita melangkah masuk ke bulan Syawal,
bulan kemenangan untuk umat Islam. Bulan Syawal bukan hanya bulan untuk kita
berpakaian serba baru, tetapi bulan di mana kita boleh meningkatkan ketaqwaan
kita kepada ALLAH setelah sebulan menghadapi madrasah bulan tarbiah bulan
Ramadhan.
Bagaimana hari raya sahabat-sahabat sekalian?
Tentu meriah sambutannya kan? Penulis? Al-Hamdulillah, walau tak semeriah tahun-tahun
sebelumnya, kami masih punya kesempatan untuk menyambut bulan Syawal. Usai sahaja
solat sunat hari raya Aidilfitri penulis bersama-sama keluarganya menuju ke
kubur menziarahi kubur allahyarhamah nenek & ibu saudara. Pagi itu
dirasakan sangat sayu menyentuh hati mengingatkan penulis pada detik
kematiannya nanti. Kemudian seperti biasa kami akan berhari raya di rumah
saudara-mara yang ada.
Bulan Syawal ialah bulan kita kembali kepada
fitrah. Fitrah manusia yang dekat pada kebaikan. Fitrah manusia yang dekat pada
Tuhan sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Fitrah manusia yang suci dari
dosa, hatinya ibarat kain putih yang langsung tidak tercemar dengan suasana
sekeliling. Fitrah manusia yang sangat sukakan kasih sayang & penuh dengan
cinta. Syawal adalah bulan kasih sayang, bulan menyebar kebaikan & bulan
kemenangan bagi umat Islam yang berjaya berpuasa selama sebulan di bulan
Ramadhan.
Hari ini sebenarnya penulis nak bercerita
tentang kelahiran seorang insan penting dalam kehidupannya. Hari raya kita dah
cerita jadi jom kita masuk tajuk kita hari ini, ‘Hadiah buat Mama’. Tanggal 5
Ogos 1961 lahirlah seorang bayi perempuan bongsu dalam keluarganya. Kelahirannya
di sambut meriah oleh keluarga & insan sekeliling. Dia membesar menjadi
insan yang baik & penuh kesopanan.
Bayi perempuan ini membesar seperti
kanak-kanak lain, menjadi muslimah yang insyaALLAH didambakan oleh syurga
abadi. Ibu & ayahnya mencorakkannya menjadi muslimah yang mentaati agama. Hinggalah
dia berkerjaya setelah tamat pembelajaran di sekolah agama Maahad Muhammadi
Perempuan Pasir Pekan.
Dia bergelar pekerja di KEMAS sebagai pemaju
masyarakat KEMAS(Kemajuan Masyarakat) di bahagian pejabat pengurusan. Dia bertemu
jodohnya pada usia 24 tahun melangsungkan perkahwinan pada 24 Februari 1990, tahun
yang sama dia melahirkan puteri sulungnya pada tarikh 30 November 1990. Kini usianya
telah mencecah umur 53 tahun. Punya anak seramai lima orang. Punya suami yang
penyayang & setia serta bertanggungjawab. Punya sebuah kereta kancil berwarna
biru DAD 7579 yang banyak berbakti sepanjang kehidupannya. Dia juga pernah
mendapat anugerah khidmat cemerlang dalam kerjayanya. Tak banyak yang penulis
tahu tentang dia, tapi penulis yakin insan ini adalah insan kesayangannya.
Insan ini yang telah melahirkannya pada tahun 1990. Insan ini yang telah
membesarkannya & membentuknya menjadi manusia seperti sekarang.
Dia ialah mama. Insan itu adalah insan yang
dipanggil mama. Selamat ulang tahun kelahiran ke- 53 buat mama tersayang. Anakmu sangat menyayangimu kerana ALLAH. Cepat
benar masa berlalu, umur mama dah menjangkau 53 tahun. Moga ALLAH terus memberi
kekuatan & kebahagiaan buat mama dunia & akhirat. Mama punya banyak
keistimewaan sebab itu mama adalah insan berharga bagi anak-anaknya.
Mama & Chik
Penulis sangat berharap suatu saat penulis
dapat berbakti sepenuhnya kepada mama yang banyak berkorban untuk kami. Pengorbanan
mama tak pernah hilang, kasih sayang mama sentiasa mekar walau terkadang kami
tak tahu mama sayang kami atau tidak. Mama sangat pandai memasak & bagi
penulis mama adalah tukang masak terbaik dalam kehidupannya. Kebolehan memasak
mama sangat mengujakan penulis & adik-adik kerana kami bisa makan apa
sahaja yang kami nak dah tentu mama akan masakkan untuk kami. Bukan hanya
pandai memasak, mama juga pandai menjahit. Kebanyakan baju anak-anak
perempuannya, mama yang menjahitnya. Setiap kali hari raya ada sahaja baju
baharu yang mama jahit sendiri untuk anak-anak perempuannya.
Mama, you are the best for me! Believe me
that my mum is the best person that I have forever and ever. So, mama happy
birthday to you for the 53 years. I always love you because of ALLAH &
absolutely I proud with you my dear mum. I praise to ALLAH because I had mum
just nice like you. Thank you mum for all love, all sacrifice that you have
done for me and my siblings and all kinds that you gave to us. May ALLAH always
bless you, my dear mum. I only can talk and write in my blog hope that one day
you will read it my dear mum.
Hari ini hari ulang tahun kelahiran mama,
jadi penulis ada hadiah untuk mama melalui susunan kata yang dikait indah
menjadi bait-bait kata penuh makna melalui puisi yang dibuat khas untuk mama
bertajuk, ‘Hadiah Buat Mama’. Mari kita baca bersama-sama!
Mama,
Kiriman
doa buat mama
Tak
pernah sesekali putus
Menghiasi
onak badai kehidupan
Mama
insan hebat
Berjasa
terusan pada kami
Pengorbanannya
maha hebat
Kasih
sayangnya
Ibarat
aliran air sentiasa mengalir
Ibarat laut indah terbentang
Mama,
Kau
anugerah terindah
Kau
heroin kami
Membelai
saat disunti kesedihan
Menasihati
saat dipersalah
Memujuk
saat sendiri
Tersenyum bahagia saat kami
gembira
Ibarat
burung
Sifatnya
terbang bebas
Membelah
langit nan biru
Demi
sesuap makanan buat anak
Pengorbanan
dipertaruh
Risiko ditempoh penuh sabar
Ingin
aku
Hadiah
burung kebebasan
Buat
insan sehebatmu mama
Hadiah
burung ketenangan
Buat
insan seistimewamu mama
Hadiah
burung kebahagiaan
Buat
insan seindah nama mama
Mama,
Hadiah
kejayaan puterimu
Menanti
buat mama
Selamat
hari lahir ke-53
Buat
mama tersayang
Limpahan
kasih sayang ALLAH
Sentiasa
menemanimu duhai mama.
Setakat ini dahulu coretan hati luahan rasa
penulis untuk perkongsian kali ini. Moral terbaik di sini hargailah insan-insan
yan menyayangi kita tak pernah rugi pun. Terutamanya ibu yang sentiasa mencurah
kasih sayang pada kita. Apa salahnya kita apriseasikan rasa cinta itu walau
hanya dengan penulis, sekurang-kurangnya kita tak sesekali membenci dia walau dia
pernah melakukan kesilapan. Walau bagaimana pun ibu & ayah kita, mereka
tetap insan yang melahirkan kita. Jadi kesempatan yang ada ini penulis mahu
memohon jasa baik sahabat-sahabat yang membaca ‘entri’ ini untuk menghadiahkan
surah al-Fatihah & doa khususnya buat mama penulis & seluruh umat Islam
di dunia ini terutamanya saudara-saudara seIslam kita di Gaza, Syiria, Afghanistan,
Iraq, Somalian & seluruh dunia. Moga memberi manfaat pada ummah, moga
menjentik hati kita untuk terus menghargai insan-insan yang ada di sekeliling
kita.
Siiru ‘alaa barakatillah...
No comments:
Post a Comment