Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah, penulis masih berdiri di bumi
ALLAH...masih dapat menghirup udara Islam sekelilingnya...masih punya kekuatan
untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Al-Hamdulillah, nikmat Islam
& iman tersemat kemas di hati bukan hanya Islam di I/C mesti perlu Islam
keseluruhan mukmin sejati.
Kali ini penulis suka berkongsi tentang
situasi yang di hadapinya sekarang. Ya mungkin boleh memberi pengajaran kepada
diri ini yang lemah & hina selain memberi gambaran kenangan kepada
generasi-generasi penulis akan datang bagaimana kehidupan nenek moyangnya dulu.
Sekarang dia bergelar muaddibah atau dengan kata lain pendidik di Negeri
Sembilan bumi bernilai. Di sini penulis memulakan langkah sebagai mahasiswi
universiti. Di sini penulis kenal banyak perkara baru dalam kehidupannya.
Kali ini dia kembali ke bumi bernilai bukan
sebagai mahasiswa semata tetapi sebagai bakal graduasi universiti mencari
sedikit pengalaman untuk di bawa bekal dalam kehidupan. Muaddibah kerjaya
pertama penulis bersama-sama dengan 3 orang sahabat satu universiti. Seronok
bergelar sebagai muaddibah atau pendidik dalam tempoh ini. Berhadapan dengan
pelbagai ragam anak-anak yang comel berumur seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun.
4 tahun di universiti banyak mengajarnya
menjadi manusia yang bukan hanya memikirkan keperluan & urusan sendiri
tetapi juga memikirkan situasi masyarakat sekeliling. Setelah hampir seminggu
berada di sini & mendapat gelaran muaddibah penulis & sahabat-sahabat sekerja
mendapat taujihat serta tausiyat daripada senior di tempat kerja kami.
Mari kita teliti apa kata-katanya hingga
penulis bertekad mahu menghabiskan masanya selama 3 tahun di sini. InsyaALLAH
itupun jika ALLAH memberinya kesempatan tersebut. Pendidikan yang mahu di bina
di pusat asuhan ini bukan hanya pendidikan biasa tetapi pendidikan yang
berteraskan matlamat membina peradaban manusia. Dek kerana itu bukan gelaran
cikgu, ustazah, atau ‘teacher’ yang digunakan
di sini tetapi gelaran muaddibah untuk mereka yang mengajar di sini. Muaddibah
ini bertujuan mendidik hingga melahirkan pelajar-pelajar yang beradab dalam
kehidupan mereka.
Beberapa isi penting yang sempat dirakam oleh
penulis semasa mendengar taujihat daripada seniornya antaranya seperti berikut:
1) Pesanan untuk muaddibah menjaga hubungan
baik dengan ibu bapa & sahabat-sahabat sekerja.
2) Sebenarnya kerja muaddibah ini adalah
salah satu kerja untuk para muaddibah melatih diri berorganisasi.
3) Mengamalkan konsep saling membantu &
bekerjasama dalam setiap kerja yang di amanahkan oleh ALLAH.
4) Muaddibah yang ada adalah PILIHAN ALLAH
untuk menyambung perjuangan Islam dalam dunia pendidikan. Ini kerana pendidikan
awal kanak-kanak bakal membentuk peribadi muslim yang sebenar.
5) Adab pergaulan & ikhtilat perlu dijaga
untuk memelihara keindahan Islam.
6) Pesanan terakhir & penting adalah
MELETAKKAN ALLAH DI HADAPAN DALAM SEMUA PERKARA YANG DIHADAPI OLEH SETIAP
INDIVIDU MUSLIM.
Ya inilah penangan bila kita meletakkan
ikhlas kerana ALLAH dalam perjuangan, segala-galanya baik bagi diri kita. Sungguh
kata-kata sahabatnya membekas di hati, paling berbekas bila mana sahabatnya
menyebut letak ALLAH di hadapanmu.
Dalam keasyikan meneliti setiap bait kata
nasihat sahabat penulis mendengar beberapa isi matlamat kewujudan pusat asuhan
ini. Pertama, anak-anak yang dididik di sini mestilah boleh berbahasa Inggeris
& bahasa Arab. Ke dua, anak-anak mestilah dalam proses pendidikan berterusan
iaitu membentuk mereka mempunyai adab yang baik. Ke tiga, anak-anak &
muaddibah mesti mengamalkan salam kepada semua orang. Ke empat, menonjolkan
kewibawaan & bakat-bakat baru dalam kalangan anak-anak didik muaddibah
seperti petah berbicara, aktif dalam pertandingan kalam jamai’e, nasyid,
syarahan, bercerita & sebagainya.
Nasihat yang sangat membekas di hati penulis
hingga membuat dia tersentap seketika ialah, muaddibah belajar menjadi ibu sebelum
menjadi ibu. Ya, kami berdepan dengan anak-anak yang ramai & sudah tentu
mempunyai pelbagai ragam. Kami perlu melayan mereka dengan kasih sayang tetapi
terselit ketegasan. Segala tindak-tanduk kami menjadi tontonan & ikutan
anak-anak yang comel ini. Sangat bahagia bersama-sama dengan kanak-kanak yang
suci dari dosa, tidak pandai menipu dalam kata-kata, suka sangat berterus
terang, suka bercerita & mahu di ambil perhatian.
Muaddibah yang membentuk peribadi anak-anak
ini. Al-hamdulillah penulis belajar mendidik anak sebelum dia bakal bergelar isteri
& ibu, sekurang-kurangnya pengalaman ini memberi gambaran awal kepada penulis
tentang kehidupannya nanti. InsyaALLAH, akan ditajdid niat keberadaan penulis
menjadi muaddibah di sini. Dia punya matlamat & impian tersendiri. Jika
berkesempatan nanti kita bercerita pula tentang impiannya. Buat masa ini
penulis ingin sekali membantu ibu
bapanya dari sudut kewangan dek kerana itu dia mahu bekerja walau terpaksa
berjauhan dengan keluarga. Namun, niat utamanya agar dia tidak terus senyap
dalam perjuangan Islam ini. Jika jalan ini yang memberi penulis ruang untuk
terus berjuang & berjuang hidup dalam perjuangan Islam, jalan ini yang
penulis terima & kenan redha serta ikhlaskan hati. Sungguh hatinya takut
untuk menghadapi harinya yang mendatang sebagai muaddibah. Muaddibah bukanlah
tugas yang mudah membentuk anak-anak menjadi manusia yang beradab &
mengamalkan Islam dalam kehidupan.
Penulis terpanggil untuk meluahkan rasanya
dalam bentuk bait kata indah bernama puisi. Mungkin dengan cara ini
sahabat-sahabat pembaca boleh menghayati & menelusuri kehidupan penulis
sebagai muaddibah baharu. Karya bertajuk, “Tingkah Sang Pendidik” bakal
menghiasi ‘entri’ kali ini:
Kasih
sayangmu
Mencurah
melimpah anak bangsa
Bangga
melihat keberadaannya
Bahagia
menuntut keperitan
Menduga
iman nan menggugah
Tingkah sang pendidik
Pendidik
itu
Ibarat
sang mentari
Terus
memberi sinaran
Terus
menyumbang kejayaan
Walau
perit menelan
Duri tajam datang menikam
Kini
Baru
ku mengerti
Harus
bagaimana tingkah pendidik
Membimbing
insan cerdik
Bukan
hanya akal malahan rohani
Mencorak
ketinggian budi bangsa
Berkorban
itu lumrahnya
Sabar
itu senjatanya
Penyayang
itu sifat zahirnya
ALLAH
itu kekuatannya
Tegas itu tersirna disebalik
kelembutannya
Tingkah
sang pendidik
Tak
pernah patah berjuang
Melahir
anak bangsa cemerlang
Berpaksi
pada Tuhan
Hidupnya
penuh duri
Dilalui
tanpa keluhan
Tersemat
kemas
Matlamat
menuju ALLAH
Memberi
terus memberi
Buat kesejahteraan ummah
Penulis tinggalkan sahabat-sahabat pembaca
dengan puisi di atas moga memberi manfaat buat insan yang mendambakan keredhan
ALLAH dalam kehidupannya. “Just go through what happen to me now, even though
it is so hard to accept it.” Setakat ini dahulu coretan perkongsian penulis
dalam blog untuk hari ini. Penulis doakan moga sahabat-sahabat pembaca blog ini
sentiasa dilimpahi kasih sayang & dianugerahkan HIDAYAH ALLAH dalam
kehidupan agar hidup kita sama-sama terpandu dalam Islam. Biarlah indah kita
dengan Islam, biarlah cantik kita dengn hiasan akhlah Islamiyyah.
Siiru ‘alaa barakatillah...
Menarik sangat entry ni...sangat bermakna bg mantan muaddibah macam saya...semoga pengorbanan muaddibah ada nilainya di sisi Allah...
ReplyDeleteTerima kasih kepada saudari sudi singgah & membaca blog ini. Blog ini hanya sekadar perkongsian pengalaman ana yg butuh kekuatan & kesabaran.
ReplyDelete