Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...dengan nama ALLAH, penulis
memulakan tulisan ini selepas lama blog ini menyepi, sunyi dari kata-kata.
Mungkin ada yang nak dikongsi tetapi hanya berlegar di imaginasi. Alhamdulillah,
dengan namaNya salam Jumaat kareem buat semua pembaca setia blog ini. Terima
kasih yang tidak terhingga buat semua insan yang menyokong kewujudan blog yang
serba kekurangan ini.
Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat,
penulis ucapkan salam Jumaat kareem kepada semua sahabat. Moga Jumaat kali ini
memberi ruang & peluang kepada penulis & sahabat-sahabat untuk
mendekatkan lagi diri kepada ALLAH. Tidak kiralah apapun pangkat kerja kita di
dunia, kita tetap sama pada pandangan ALLAH yang membezakan hanyalah TAQWA.
Walau berjuta ujian yang kita tanggung, percayalah itu tanda ALLAH amat
menyayangi kita. Bersangka baiklah dengan ALLAH.
Izinkan penulis bercerita tentang sebuah
kisah yang tentu disukai oleh ramai manusia terutamanya insan-insan yang
menghargai kewujudan makhluk ALLAH yang lain. Tentu ramai yang menyukai haiwan
bernama rama-rama. Teringat penulis pada salah satu kata-kata sahabatnya
tentang rama-rama. “Rama-rama tak pernah tahu warna sayapnya, tetapi orang
tahu betapa indahnya dia. Dia juga seperti dirimu, kamu tidak tahu betapa
indahnya dirimu, tetapi ALLAH paling tahu betapa istimewanya dirimu di mataNya
ketika engkau taat & patuh pada suruhanNya, ikhlas dengan semua yang engkau
alami, tersenyum tika saat sukar, tegar dalam ujian, & tetap teguh dalam
iman yang engkau miliki. Semoga kalian adalah insan terpilih& terindah di
hadapanNya.”
Ya ingin sekali penulis menjadi si rama-rama
yang indah bukan hanya luarannya cantik tetapi juga indah dalam hatinya.
Pagi-pagi tadi penulis bersama-sama anak muridnya seramai 25 orang sempat
menikmati video tentang kitaran hidup rama-rama sambil mendengar suara merdu
anak-anak menyanyikan lagu si rama-rama. “Dari ulat jadi kepompong, tidur
lena dalam kelongsong, tidak lama kepompong pecah, jadilah rama-rama yang
indah, rama-rama terbang merata, sungguh indah aneka warna, hisap madu di taman
bunga tapi sayang hidup tak lama.”
Subhanallah...ciptaan ALLAH Maha Hebat
mengatasi akal fikiran manusia. Kehadiran & kewujudan rama-rama bukan
sekadar untuk menghiasi bumi & bertasbih pada ALLAH semata, tetapi
kehadiran mereka memberi peluang kepada manusia untuk sentiasa berfikir akan
kebesaran ALLAH. Biarpun hidup sang rama-rama tidak lama, dia tetap memberi
nikmat buat insan yang mencintai keindahannya. Kisah si rama-rama yang indah
bermula dari hanya seekor ulat, bertukar dalam kepompong & berubah menjadi
rama-rama yang sangat cantik mengingatkan kita pada kisah kelahiran manusia
bermula dari bayi, kanak-kanak, dewasa, tua hinggalah meninggal dunia. Kitaran
hidup ini adalah sunnatullah yang hakikatnya membuatkan kita semakin mendekat
pada ALLAH.
Jika
berpeluang ingin sekali penulis menjejakkan kaki ke taman rama-rama yang
dipenuhi dengan rama-rama yang indah & pasti menenangkan jiwanya. Menikmati
keindahan alam adalah pengalaman yang paling berharga buat penulis, kerana
dengannya penulis dapat merasakan ALLAH sangat dekat denganNya. Tergambar
betapa ALLAH sangat menyayanginya dengan mengurniakan pelbagai macam nikmat.
Pandanglah rama-rama dengan pandangan kasih sayang dah tentu kita akan temui
ketenangan, pandanglah ujian & mehnah dengan pandangan redha sudah tentu
akhirnya kita temui titik penyelesaian & tenang dalam membuat keputusan.
Ketepikan dahulu ego kita, jauhkan hati dari
buruk sangka kata nak jadi macam rama-rama yang indah & baik dalaman serta
luarannya. Rama-rama sangat indah, & tengok ia suka mendekati keindahan
iaitu bunga yang cantik. Samalah seperti kita fitrah penciptaan manusia adalah
indah & sangat suka mendekati keindahan. Bohong jika kita sukakan keburukan
& busuk. Wujudnya rama-rama menghias alam sama seperti manusia kewujudannya
menambah seri dunia bukan untuk memusnahkan bumi.
Mari kita tengok puisi apa yang sempat
penulis rakam untuk kisah kita hari ini? Puisi bertajuk ‘Bicara Sang Rama-rama’
bakal menghiasi blog kali ini. Jom baca sama-sama!
Dirimu
lahir
Menghias
keindahan dunia
Menyeri
bersama si bunga
Walau
mulamu
Penuh
kehodohan terselit
Sejuta kecantikan rama-rama
Si
cantik rama-rama
Ingin
aku terbang
Sebebas
dirimu menjelajah alam
Hinggap
menghisap madu
Melebar
keindahanmu
Walau persinggahanmu sebentar
cuma
Dirimu
Kurang
mengerti
Adakah
aku cantik penciptaanya
Hingga
ada mahu menangkapku
Benarkah
aku makhluk kecil
Memberi
makna manusia memikir
Aku
tahu
Mengabdi
serta bertasbih padaNya
Tuhan yang menciptaku
Duhai
manusia
Kalian
bertuah
Lahir
punya akal fikiran
Punya
kasih sayang
Punya
sifat kehambaan
Punya
segala-gala
Sedang
aku si rama-rama penuh kekurangan
Bakal menempuh saat kematian
Bicara
sang rama-rama
Tentang
manusia tak pernah henti
Tentang
diri bukan memuji
Mahu
menjentik hati insani
Memikir
semula cinta Ilahi
Tak
pernah padam pada makhluk-makhlukNya.
Setakat ini dahulu perkongsian penulis pada
hari Jumaat yang mulia ini. Moga memberi manfaat buat diri yang merindui saat
bertemu Ilahi. Moga kehadiran artikel ini memberi peluang kepada penulis untuk
menelan tazkirah pengisian rohani. Ya ada masa senggang blog ini yang
dibukanya. Meneliti kembali apa yang pernah penulis coret dalam blog ini.
Sebelum terlupa izinkan penulis ucapkan selamat menyambut tarikh kemerdekaan
Malaysia kali ke-57. Moga kemerdekaan ini memberi makna & pengajaran
berharga buat kita.
Usah lupa mengucap syukur pada ALLAH yang
telah mengurniakan nikmat keamanan pada negara kita, negara Malaysia. Kita
masih mampu melakukan segala kerja kita, kita juga masih mampu menikmati
kebahagiaan bersama-sama keluarga, bisa bercuti, bisa membuka jendela tanpa ada
tujahan bom-bom dari musuh. Usah lupa untuk mengucap syukur padaNya atas segala
nikmat & anugerah ALLAH kepada kita semua. Ada masa kita berjumpa lagi pada
masa akan datang, insyaALLAH...
Siiru ‘alaa barakatillah. May ALLAH bless all
of the Muslim.
Alhamdulillah,indahnya Bahasa,semoga Allah SWT merahmati kamu dan pembaca sekalian amin. <3 dari saya.
ReplyDelete