Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah nikmat kasih sayang ALLAH
masih menghiasi kehidupan penulis & sahabat-sahabat. Bersyukurlah, kita
dilahirkan dalam keadaan Islam sempat mendengar ayah mengalunkan azan &
iqamah di telinga kita sebaik sahaja kita menjengah dunia. Bertambah syukur
kerana kita dilahirkan di Malaysia yang aman. Mungkin kita tidak ingat momen
itu, tapi bila menyambut kelahiran bayi dalam keluarga @ sanak saudara kita,
hati mulai berbicara, “Agaknya beginilah suasana waktu ibu melahirkanku dulu.” Apa
pun dahulukan kehidupan kita dengan ucapan al-Hamdulillah.
Salam Jumaat kareem buat semua pembaca blog
ini. Al-hamdulillah sampai juga kita di penghulu hari, hari mulia dalam
banyak-banyak hari yang ada. Perbanyakkan doa, selawat kepada baginda
rasulullah s.a.w, zikrullah & sediakan sedikit masa untuk membaca surah
al-Kahfi di pagi Jumaat. Semalam penulis ada membaca sebuah buku bertajuk, ‘Angguk
Geleng Himpunan Kisah Dakwah Satira’ karangan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi &
Husna Hassan. Tertarik dengan kata aluan Ustaz Pahrol yg berbunyi, “Kita
melakukan kebaikan bukan kerana kita sudah baik, tetapi inilah jalan atau usaha
untuk kita terus menjadi orang baik.” Jadi semua orang fitrahnya memang baik
& mahukan kebaikan cuma terkadang suasana & orang sekelilingnya atau
diri sendiri yang mencemarkan fitrah tersebut.
Baiklah, hari ini penulis nak kongsi cerita
apa yer? Isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang. & kita tak tahu bila
peperangan ini akan berakhir. Isu keganasan tentera Zionis terhadap rakyat Gaza
Palestin sehingga mengakibatkan lebih 1 800 orang rakyatnya terkorban. Tak
termasuk lagi kerugian & kemusnahan yang dihadapi oleh Gaza. Sifat
kemanusiaan dalam diri tentera Zionis agaknya telah lama hilang hingga mereka
suka hati membunuh insan-insan yang bernyawa.
Baguslah, ramai masyarakat dunia yang mulai
sedar akan keganasan tentera Zionis dengan memboikot produk-produk Israel yang
menjadi penyumbang utama kemusnahan Gaza, Palestin. Teruskan memboikot Israel
agar mereka terdiam tanpa kata, agar terhenti segala derita Gaza. Sejak 2009
lagi penghuni Gaza dihantui bom-bom & bedilan-bedilan yang meragut keamanan
mereka. Kanak-kanak menjadi mangsa utama sedangkan mereka tidak mengenal dunia,
kanak-kanak tidak berdosa. Bagaimana penghuni Gaza menghadapi ujian ini? Bagaimana
dengan kanak-kanak yang kehilangan keluarganya? Bagaimana dengan ibu bapa yang
kehilangan permata hatinya?
Moga rakyat Gaza terus tabah & kuat untuk
menghadapi Israel laknatullah. Sedih terakam setiap kali membaca surat khabar
tentang Gaza, sayu hati saat menatap gambar-gambar yang menayangkan para
mujahid & mujahidah syahid di tanah air sendiri kerana kekejaman Israel
tentera Zionis. Moga ALLAH membantu rakyat Gaza untuk terus menentang kejahatan
Israel.
Setiap kali membaca cerita tentang Gaza,
penulis dihinggap rasa bersalah yang amat dalam, sebak tak terhingga kerana dia
tak mampu untuk membantu dari sudut kuasa @ berjuang di sana. Hanya doa yang
sentiasa basah di bibirnya buat saudara-saudara seIslamnya di Gaza khususnya
& negara-negara lain yang bergolak. Penulis yakin ALLAH sentiasa membantu
hamba-hambaNya kerana kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Bahkan Israel
laknatullah pun pasti kalah dengan kuasa Maha Besar ALLAH.
Pada rakyat Gaza, ada bahagian kita sebagai
umat Islam kerana kita bersaudara. Cubit paha kiri paha kanan terasa tau.
Berdoa & teruskan berdoa wahai sahabat semua. Andai kita tak mampu
menyumbang tenaga, andai kita tak mampu memberi harta, cukup kita ambil peduli
tentang saudara-saudara seIslam kita dengan sentiasa mengirim doa & al-Fatihah
buat mereka. Bukankah doa itu senjata bagi mukmin?
Andai penulis diberi peluang olehNya, penulis
punya impian untuk syahid di Gaza, Palestin. Mahu merasai nikmat keimanan
sebenar bila berdepan dengan musuh-musuh Islam seperti tentera Zionis ini. Mahu
memberi segala-gala yang ada padanya. Ingin sekali penulis membalut luka-luka
anak-anak Gaza, menenang hati kanak-kanak Gaza, mencurah kasih sayang tidak
terhingga buat anak-anak Gaza. Biar mereka turut merasai walau sedetik cuma
rasa aman & sejahtera. Usahlah risau, amanlah kalian di alam sana bersama
ALLAH Yang Maha Esa. Biar kematian dunia mengejar kalian, kalian tak risau
kerana mendamba pertemuan abadi dengan Tuhan.
Izinkan penulis merekayasa sebuah puisi
bertajuk, ‘Doa Buat Gaza’ untuk tatapan pembaca blog ini. Moga menjentik
hati-hati untuk terus memikirkan tentang saudara-saudara kita di Gaza. Biar
penulisan ini menjadi saksi kepedulian penulis pada saudara-saudara seIslamnya
yang disayangi kerana ALLAH. Ini luahan rasa kegelisahan jiwa tentang Gaza tersayang.
Sungguh penulis tidak tegar hanya memerhati setiap tubuh rakyat Gaza dimamah
senjata...tumbang satu persatu dek kekejaman Israel nan binasa.
Gaza
Perit
penghunimu
Menelan
keganasan tiada belasan
Merobek
kasar segala keamanan
Membunuh ummah pembela agama
Gaza
Dirimu
bermandi darah sejuta kali
Kerana
usahamu melepas diri
Belenggu
kejahatan meratah hati
Yang
tidak berdosa mati dalam sepi
Kesedihan
bumi turut meratapi
Setiap
jasad mengharap penuh abdi
Kuasa
ALLAH mengatasi nanti
Segala kebatilan musnah ditelan
bumi
Gaza
Kami
bersamamu
Mengirim
doa penguat Mukmin
Tak
pernah lelah qunut nazilah
Kalian
saudara kami
Pantas dibantu walau sukar
ditempuh
Doa buat Gaza
Ya
ALLAH...Ya Rahim
Sesungguhnya
kami meletakkanMu
Di
batang-batang leher musuh-musuh kami
&
kami berlindung denganMu
Dari segala kejahatan mereka
Ya
ALLAH...Ya Kareem
Hancurkan
kumpulan mereka
Ya
ALLAH...pecahkan pakatan mereka
Ya
ALLAH...leburkan pendirian mereka
Ya
ALLAH...musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingMu kepada
mereka
Ya
ALLAH Yang Maha Pemaksa
Ya
ALLAH Yang Maha Perkasa
Ya
ALLAH Yang Bersifat Murka
Ya ALLAH...Ya ALLAH...Ya ALLAH
Wahai
Tuhan
Yang
menurunkan al-Quran
Yang
menggerakkan awan
Yang
menewaskan tentera Ahzab
Kalahkan
mereka...kalahkan mereka...kalahkan mereka
& menangkan ke atas kami.
Setakat ini dahulu coretan panjang penulis
khusus buat Gaza. Gaza yang menjentik hatinya untuk menterjemah sifat
kemanusiaan. Gaza yang memberinya peluang untuk menyusun idea yang bergelumang
di dada buat tatapan semua. Gaza yang membuat penulis menghargai insan-insan di
sampingnya. Gaza yang menyedarkan penulis betapa kasih sayang ALLAH &
kebergantungan padaNya adalah yang utama. Moga membuka mata kita untuk sedar
betapa keamanan yang kita dapat selama ini perlu dihargai. Moga memberi manfaat
pada ummah walau hanya penulisan biasa.
Moga kita diberi kesempatan untuk berjumpa
lagi dalam ‘post’ akan datang kerana ajal maut itu suratan & takdirNya.
Andai tulisan blog ini terhenti di sini, ketahuilah duhai sahabat-sahabatku
hadiah al-Fatihah dari kalian bakal menambah ketenangan penulis.
Siiru ‘alaa barakatillah...
Salam ukhti..good job..penulisan yg baik..=)Moga kita sama-sama berdoa untuk keamanan dan keselamatan saudara-saudara kita di sana..Jangan lupa follow n komen blog saya juga http://secebiscoretanqalbi.blogspot.com/
ReplyDelete