Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah…dengan nama ALLAH penulis
punya waktu untuk menjengah blog yang biasa tapi memberi kesan mendalam buat
insan yang bergelar hamba ALLAH ini. Ya ALLAH…peluang ini penulis perlu guna sebaiknya
untuk sebarkan sebanyak mungkin kebaikan kepada semua makhluk cuma penulis
masih & sentiasa memerlukan bimbingan dan kekuatan daripada ALLAH.
Pagi ini penulis mahu berkongsi cerita
tentang ujian @ masalah @ mehnah @ tribulasi yang wujud menghiasi kehidupan
manusia. Manusia memang fitrahnya tidak dapat lari dari menghadapi ujian sama
ada sedikit atau banyak. Kehidupan ini ibarat tanpa warna jika tiada ujian.
Cuba kita bayangkan jika kita buka mata tiada warna pada setiap penjuru rumah
hanya hitam tanpa keceriaan warna, adakah seronok? Bahagia? Tenang?
Jom kita telusur ujian apa yang melanda
insan makhluk ALLAH yang berada di bumi Malaysia ini! Apa ya, cuba teka?
Sahabat semua kan hebat? Umat Islam mesti hebat dan peka dengan apa yang
berlaku di sekeliling kita. Orait, kita sambung cerita. Ujian yang heboh
diceritakan dalam akhbar & semua media. Isu ketiadaan air terutama di empat buah negeri seperti di Selangor, Johor, Kedah & Negeri Sembilan.
Air…keperluan asas manusia. Bila tak de
air susah, semua mengeluh marah, nak mandi pun payah apatah lagi nak basuh kain
dengan bersih, nak ambik wudhuk lagi lah susah bila air makin susut. Semua
orang susah hati. Itu bab air. Air…air…air isu yang sangat sensitif dalam
kalangan kita pengguna tegar air. Tanpa air hidup kita tak keruan umpama
manusia tanpa oksigen tentu kita tak boleh hidup walau sedetik pun.
Bagaimana jika manusia kehilangan cinta
ALLAH? Bagaimana jika manusia menjauh dari
ALLAH? Tadi penulis bercerita tentang air, ibaratkan air yang kita
sangat perlukan, tiba-tiba tiada begitulah sepatutnya yang kita rasa bila kita
berjauhan dengan cinta ALLAH. Bayangkan bila kita sentiasa dilimpahi kasih
sayang ALLAH tiba-tiba kerana kita banyak bergelumang dengan dosa, kasih
sayangNya hilang tanpa kita pinta. Malah cinta ALLAH yang lebih penting dari
segala-galanya. Jom kita muhasabah diri bersama!
Kenapa manusia sekarang lebih sukakan
dunia dari mencintai ALLAH? Tepuk dada tanya iman kita… penulis suka bercerita
untuk dirinya juga sebagai pengajaran kenapa dirinya terkadang sukakan nikmat
dunia? Ya betul kerana iman manusia ada naik dan turunnya. Terkadang suasana
& sahabat mempengaruhi kita.
Perlu penulis & sahabat sekalian tahu
di sini bahawa ujian yang ALLAH anugerahkan untuk kita adalah tanda ALLAH
menyayangi kita. ALLAH tidak sesekali membiarkan hambaNya bersendiri saat di
uji. Buktinya kita selak kisah peristiwa yang berlaku di sekeliling kita
bagaimana sifat orang yang meletakkan ALLAH nombor satu dalam hatinya. Buat apa
pun dia mesti mengaitkannya dengan ALLAH. Apa berlaku pada insan ini? Sudah
tentu hidupnya terarah…bila di uji dia
bersikap redha, bila senang dia bersyukur itu sifat sebenar seorang Muslim kan?
Ada hikmah di sebalik ujianNya. Ada hikmah
tersembunyi di sebalik ujian ketiadaan air & kemarau yang melanda negara
kita ini. ALLAH mahu kita berfikir apa hikmah terbaik untuk hambaNya. ALLAH
mahu kita menjadi manusia yang menghargai. ALLAH mahu kita hidup dengan
berjimat cermat dalam penggunaan air. Rasa susah buat kita lagi dekat dengan
ALLAH, betul tak?
Setiap kali bicara tentang cinta ALLAH
& ujianNya penulis suka berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang ayat Quran
yang menjadi ayat penguat semangat penulis, yang menjadi batu loncatan untuk
penulis terus mengejar cinta ALLAH walau apa pun jadi nanti, walau apa pun kata
manusia di sisi, ALLAH menjadi pilihan hati di dunia lebih lagi di akhirat yang
kekal abadi. Biar hanya cinta ALLAH yang mewarnai hidupnya, penulis mampu
tersenyum bahagia. Percayalah.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah at-Thalaaq
ayat 2 & 3 yang bermaksud:
2. Kemudian, apabila
mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk)
Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan
adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau
melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan
persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut
diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat; dan sesiapa
Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala
perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak
terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah
telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Percayalah cinta ALLAH ada di
mana-mana. Terpulang pada kita mahu menghargainya atau mahu dibiarkan sahaja.
Bersabar sahaja dengan dugaan & ujian dariNya dan jangan dilupa berusaha
sama untuk menyelesaikannya. Segala yang baik datang daripada ALLAH &
segala yang buruk datang dari kelemahan penulis sendiri hakikatnya datang dari
ALLAH dan disandarkan kepada penulis. Penulisan kerana ALLAH.
Salam kasih sayang kerana ALLAH…
Di kesempatan ini penulis mengambil peluang mencatat bacaan air di
negeri Selangor untuk beberapa kawasan yang mengalami catuan air. Sumber di
peroleh dari akhbar Berita Harian bertarikh 26.2.2014.
BIL
|
TEMPAT (Selangor)
|
Paras Maksimum
|
Paras Normal
|
Paras Minimum
|
Paras Semasa
|
Baki
|
1
|
Empangan Langat
|
220.96m
|
220.96m
|
204.21m
|
216.18m
|
11.97m
|
2
|
Empangan Sungai Selangor
|
192.5m
|
220m
|
184.63m
|
197.9m
|
12.27m
|
3
|
Empangan Tasik Subang
|
38.56m
|
38.56m
|
34.75m
|
38.13m
|
3.38m
|
4
|
Empangan Sungai Tinggi
|
48.9m
|
59.5m
|
45.03m
|
55.98m
|
10.95m
|
No comments:
Post a Comment