Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah…kita masih diberi waktu untuk
terus menjadi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya di setiap detik penciptaan
kita sebagai hambaNya & khalifah ALLAH S.W.T. Al-Hamdulillah, masa cuti 2
hari memberi peluang kepada penulis untuk menambah idea & merekayasa
sesuatu untuk dititip dalam blognya. Peluang yang cukup berharga bagi penulis
terutamanya bila penulis berpeluang menghabiskan masa cutinya dengan sepupu
sahabat karib penulis.
Pagi ini ada dua cerita yang penulis ingin
abadikan dalam blognya. Pertama tentang minatnya terhadap buku. Ke dua penulis
mahu bercerita tentang seseorang yang sangat istimewa dalam jiwa penulis, yang
membawa penulis mengenal cinta ALLAH, yang membawa penulis menjad insan berguna
saat ini.
Masa cuti penulis tidak disia-siakan. Dia
berkesempatan menghabiskan masa dengan buku novel Islami bertajuk, “Tautan
Hati- Karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd”. Buku
milik Nurul Mardiah Fadzil menjadi tatapannya kali ini. Terima kasih Ayu kerana
telah memberi peluang kepada penulis mendapat sesuatu mutiara ilmu dari buku
ini. Siapa kata baca novel tak menambah ilmu? Siapa kata baca novel hanya
membuang masa? Siapa kata baca novel hanya melayan imaginasi semata? Semua
kata-kata itu langsung disapu bersih dari penulis. Asal minat membaca semuanya
memberi manfaat.
Teringat penulis pada kata-kata seorang
pengacara rancangan “Al-Khawater di TV AL-HIJRAH”, “Sesiapa yang berjaya adalah
orang yang banyak membaca. Sesuatu tamadun berjaya dan membangun bila rakyatnya
adalah rakyat yang suka pada ilmu pengetahuan serta menambahnya dengan membaca
buku2.” Sudah berkali penulis membaca buku novel bertajuk Tautan Hati ini.
Penulis buku ini bijak dalam meletakkan permulaan cerita, klimaks dan penamat
cerita ini.
Perkara yang paling menarik hati penulis
ialah halaqoh atau kata lainnya usrah @ liqa’ antara aktiviti yang diselitkan
dalam novel ini. Sungguh novel ini mengingatkan penulis pada adik-adik
usrahnya, sungguh novel ini mengingatkan penulis pada ukhuwwah yang pernah
dibinanya di universiti dahulu. Sekarang kisah itu hanya menjadi kenangan manis
yang sentiasa diingati penulis. Kisah manisnya punya usrah berkongsi sedih dan
bahagia bersama…meniti saat bahagia bila dapat berusrah bersama-sama walau susah untuk mengajak orang
sama-sama merasai manisnya bila berkongsi tentang Islam.
Penulis suka memetik salah satu kata2 Asiah
Yusra sewaktu bersama-sama temannya yang betul2 mengesan hati penulis dalam
novel tersebut muka surat 575 &576:
“Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita…
Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar berdating dalam
halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam
sembunyi,
Di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh
dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi &
terang, tanpa takut & bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah
berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih
atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landansan ukhuwahfillah,
bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa
sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan
apa sahaja kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga
hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak &
pekerti sesama,
Saling menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakn dunia ini mereka
yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini
ALLAH yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan
harta, keluarga & maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi
cinta agungNya,
Dalam masa yang sama mencintai keluarga &
memelihara maruah setingginya.
Itulah
betapa manisnya persahabatan kerana ALLAH. Kini hampir sebulan penulis di sini
bergelar sebagai pelatih di bumi Kuala Langat, Banting, Selangor. Sungguh
sahabat-sahabat adalah antara orang yang sangat dirindui penulis. Gelagat,
keletah, ketawa, nasihat mereka terngiang-ngiang pada pandangan penulis. Dan
blog ini memberi ruang kepada penulis untuk mengatakan rasa rindunya kepada
sahabat-sahabat. Sekurang-kurangnya terubat sedikit bila ada sahabat yang sudi
menjengah blog ini.
Biarlah
buku apa pun yang kita suka baca asalkan banyak membantu kita mengingati ALLAH
dan memberi peluang kepada kita untuk terus menyebarkan kebaikan Islam kepada
semua mahklukNya. Betul tak bicara penulis ini? Kalian bisa menilainya sendiri.
Minat terhadap buku banyak memberi suatu ilmu baru kepada penulis. Penulis
bukan setakat mendapat ilmu baru bila bertemankan buku, pengalaman baru,
memberi pengajaran berharga buat penulis, membentuk diri penulis untuk menjadi
lebih baik dari yang sebelum ini. Tak percaya? Ha…kalian boleh mencuba baca
buku dan jadikan buku sebagai sebahagian kecintaan kalian.
No comments:
Post a Comment