Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah…pagi Jumaat yang indah
untuk dinikmati oleh semua umat manusia & makhluk ALLAH keseluruhannya.
Al-Hamdulillah…ALLAH telah mengurniakan peluang untuk penulis masih menghirup
& bersyukur dengan kasih sayangnya dia masih bisa menikmati hari Jumaat.
Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta semua sahabat
& keluarga kaum kerabat baginda
s.a.w. Mari kita banyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w pada hari yang penuh
kemuliaan ini.
Bila bicara tentang hari Jumaat tentu kita
akan terfikir satu surah yang biasa kita amalkan pada hari Jumaat iaitu surah
al-Kahfi. Hari ini kalian dah baca surah al-Kahfi? Bagaimana seronok? Faham tak
terjemahan yang ada dalam al-Quran terjemahan kita? Atau hanya membaca surah
tersebut? Selain kita membaca digalakkan untuk kita memahami segala bacaan ayat
al-Quran moga kita dapat mengambil ibrah (pengajaran) berguna buat diri kita.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Kahfi ayat 107 – 110 yang bermaksud:
107. Sesungguhnya
orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka
Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
108. mereka kekal di
dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
109. Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis
Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis
Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang
sebanding dengannya, sebagai bantuan".
110. Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu,
sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun Dalam
ibadatnya kepada Tuhannya".
Penulis suka meneliti maksud ayat di atas. Moga memberi manfaat buat
diri yang hina & sahabat-sahabat yang disayangi ALLAH.
Ha…sebelum terlambat suka untuk penulis berkongsi tentang isu semasa
yang melanda Malaysia sekarang. Cuba teka apa? Sahabat yang cerdik & peka
terhadap masyarakat pasti akan tahu serta ambil peduli terhadap manusia
sekelilingnya kan? Isu kemarau yang melanda Malaysia betul2 memberi pengajaran
buat hamba-hambaNya yang berfikir.
Kemarau maksudnya tiada kuantiti hujan yang turun hingga membuatkan
empangan, tasik & tempat yang membekalkan air untuk semua masyarakat
semakin menurun dan mencapai tahap kritikal. Risau tak, bila kita bangun pagi
tiada air yang nak diguna untuk mandi, apatah lagi basuh baju? Semalam
terdengar perbualan sahabat yang kata, “Tak ada elektrik boleh tahan lagi, tapi
kalau tak ada air susah sangat. Kita kan menggunakan sepenuhnya air yang ada.”
Mari kita renung bersama-sama! Baiklah
setakat ini dahulu coretan ringkas penulis dalam blog kesayangannya. Dua hari
akan datang adalah masa untuk penulis bercuti seketika mencari & memerah
idea untuk di isi pada blognya minggu depan. Terima
kasih kerana telah sanggup & sudi membaca serta singgah di blog milik insan
biasa ini. Maaf atas segala khilaf jika sepanjang kalian membacanya, banyak
tulisan penulis yang mengguris atau dirasakan tidak perlu menceritakannya. Sahabat2
sekalian boleh memberi sebarang komen & cadangan penambahbaikan pada
penulis sama ada melalui email atau komen di blog ini. Salam kasih sayang
kerana ALLAH. Ilalliqa’ ma’aa salamah.
No comments:
Post a Comment