Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah,
hari ini adalah hari ke-4 penulis bergelar sebagai pelatih di PPD Kuala Langat
bersama-sama sahabat setia penulis. Alhamdulillah di kesempatan ini ALLAH
memberi waktu kepada penulis untuk menggunakan masa terluangnya di pejabat
dengan membaca buku.
Hanya
dengan membaca penulis dapat menghilangkan kebosanan & kengantukannya. Hari
ini penulis telah menghabis sebuah buku yang bertajuk ‘Berjalan-jalan Di sini.
Karangan: S. Othman Kelantan’. Jarang sekali penulis dapat membaca
cerpen-cerpen sastera yang berbentuk seperti ini. Buku ini dijumpai di rak buku
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat Unit Akademik.
Pada
mulanya penulis agak bosan membaca isi buku tersebut kerana bahasa yang
digunakan sangat tinggi & terlalu sastera bagi penulis. Namun, penulis
merasakan penulis buku ini sangat hebat dari sudut karya penulisan kreatifnya
berbentuk cerpen. Bahasa sastera yang digunakan memerlukan pemerhatian &
peneletian penulis yang tiada asas satera ini. Cerita-cerita yang dipaparkan
adalah menarik tetapi sukar difahami jika penulis hanya membaca selayang
pandang.
Alangkah
gembira & bersyukurnya penulis jika suatu hari dia bisa jadi seperti
sasterawan negara Dr. Syed Othman Syed Omar, penulis buku ini. Menghargai
kewujudan bahasa Melayu & memartabatkan penggunaannya dalam penulisan
tersendiri. Penulis mengimpikan suatu detik impiannya menjadi penulis bakal
terkabul walau pada permulaanya penulis hanya menulis dalam blognya sahaja.
Bila
di baca buku-buku sastera banyak perkataan baharu yang didapati oleh penulis
& cerita-ceritanya juga memerlukan pembaca berfikir & memahami isi
mesej penyampaian S. Othman Kelantan.
Seronok berkerja sambil membaca buku-buku yang ada. Jadi tahun ini
bolehlah penulis menghadamkan beberapa buah buku sebelum bergraduasi, insyaALLAH.
Dulu
dek kerana sibuk dengan belajar penulis kurang waktu untuk membaca &
menghadamkan buku-buku yang menjadi koleksi indahnya terutamanya buku-buku
berkaitan penulisan sastera kreatif yang boleh meningkatkan kemahirannya
menulis & menggunakan kepelbagaian perkataan dalam suatu penghasilan
penulisan. Sekarang, alhamdulillah peluang itu telah ALLAH hadiahkan kepada
penulis supaya masa yang ada dapat digunakan dengan sebaiknya dengan membaca.
Membaca
adalah aktiviti yang wajib dilakukan oleh semua makhlukNya yang bernama
manusia. Tidak kira dia berpangkat atau tidak, dia bahagia atau derita, dia
senang atau susah semuanya perlu membaca. ALLAH sendiri telah menggalakkan
hambaNya untuk membaca dalam surah pertama yang turun kepada Rasulullah s.a.w
ALLAH S.A.W berfirman dalam surah al-‘Alaaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:
1. Bacalah
(Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Dia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah,
dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang
mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. Dia
mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
Terang lagi bersuluh tentang kepentingan
& suruhan membaca yang digarap dalam Kalamullah untuk manusia-manusia yang
berfikir dan menghargai kasih sayangNya. Ya ALLAH...moga Engkau masih memberi
kesempatan kepada kami untuk terus menimba ilmuMu & mengamalkan segala
suruhanMu dengan sebaiknya.
Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian &
untaian kata dari penulis buat sahabat-sahabat yang setia meringankan mata membaca
isi yang terdapat dalam blog ini. Moga kehadiran penulisan di blog ini dapat
memberi manfaat kepada semua. Salam kasih sayang kerana ALLAH. Sebarkan
kebaikan pada semua orang kerana semua orang berhak merasai kebaikan Islam.
No comments:
Post a Comment