Bismillahirrahmanirrahim….
Al-Hamdulillah…ucapan
syukur yang tak pernah putus di ucap oleh seorang Muslim mengingat dia pada
ALLAH Yang Maha Kuasa. Terima kasih kerana masih setia meneliti penulisan di
blog ini. Penulisan yang biasa cuma memenuhi minat menulis penulis daripada
membuang masa & membiarkan blog ini sunyi tanpa apa2 apa cerita yang
menarik, baik penulis mengambil peluang ini menulis mungkin bakal dilihat
cucu-cicitnya nanti. Baiklah kita berbalik pada kisah ke dua yang ingin penulis
ceritakan di sini.
Kisah
Ke dua penulis mahu bercerita tentang seseorang yang sangat istimewa dalam jiwa
penulis, yang membawa penulis mengenal cinta ALLAH, yang membawa penulis menjadi insan berguna saat ini. Siapa mereka? Kekasih? Dah tentu ibu & ayah
penulis. Lelaki pertama yang menanam cinta pada penulis. Wanita pertama yang
bertakhta di hati penulis.
24
Februari 1990 tarikh keramat buat kedua-dua insan yang bernama Yaakob bin Seman
& Mek Nab binti Ibrahim. Mereka sah bergelar suami isteri pada terikh ini
dan pada tahun ini juga lahirlah puteri sulung merangkap anak sulung mereka
bertarik 30 November 1990. Tarikh 24 Februari 2014 adalah hari ulang tahun
perkahwinan ke-24 bagi kedua-dua insan
yang istimewa di hati penulis ini.
Selamat
ulang tahun perkahwinan yang ke-24 buat mama & ayah penulis. Penulis doakan
moga kalian berbahagia hingga ke syurgaNya. Moga rahmat dan kasih sayang ALLAH
sentiasa bersama-sama kalian. Kami mendoakan yang terbaik untuk mama & ayah
tersayang. Penulis & adik-adik sayang mama & ayah kerana ALLAH.
Bila
bercerita tentang ibu & ayah sebak mulai menemani diri penulis. Kalian
sahabat-sahabat semua pernah ucap selamat ulang tahun perkahwinan kat mak ayah?
Kalian pernah mendoakan yang terbaik untuk insan yang banyak berkorban untuk
kita sebagai anak-anaknya? Ucapan itu hanya sebagai tanda kita kita menghargai
kewujudan mereka. Banyak lagi sebenarnya cara yang terbaik untuk kita
menghargai ibu & ayah. Antaranya, sentiasa menghubungi mereka bila
berjauhan, memberikan hadiah dan yang paling penting sentiasa mendoakan yang
terbaik untuk ibu & ayah.
Nak
tahu apa reaksi mama penulis bila ucapan selamat ulang tahun perkahwinan itu
sampai ke tangan mama melalui sms? “Terima kasih. Ada juga orang yanga tolong
ingatkan.” Tergambar wajah senyum mama & ayah penulis ketika itu. Wah
bahagianya penulis ketika itu! Senyum bonda banyak memberi rahmat & hikmah
tersembunyi yang membahagiakan penulis.
Jadi,
penulis mahu mengajak diri sendiri & sahabat-sahabat sekalian marilah kita
menghargai kewujudan insan yang bernama ibu & ayah di sisi kita. Gunakanlah
masa yang ada untuk menghargainya sebelum terlambat. Usah kita sibuk dengan
cinta berlainan jantina sedang cinta kita terhadap ibu & ayah masih belum
sempurna. Usah kita mengharap pada cinta lelaki jika cinta kita belum terbaik
dianugerahkan buat ibu & ayah. Sejujurnya cinta pada ALLAH, Rasulullah
s.a.w, ibu dan ayah itu adalah cinta yang paling utama yang perlu dikejar oleh
penulis dan sahabat-sahabat.
Bila
diselak semula kisah kasih serta sayangnya ibu & ayah terhadap kita,
sanggupkah kita terus melukai hati ibu & ayah tercinta? Mereka sudah banyak
berkorban untuk kita semata-mata mahu melihat kita berjaya di dunia &
akhirat. Segalanya dikorbankan ibu & ayah. Harta, perasaan, tidur, makan,
duit, keringat yang tertumpah kerana apa? Mahu anak-anaknya membesar dengan
bahagia walau perit terpaksa di telan oleh ibu & ayah.
Di
kesempatan ini penulis mahu memohon jasa baik semua sahabat yang membaca warkah
‘Dedikasi Cinta Buat Bonda dan Ayahanda Tersayang’ untuk menghadiahkan surah
al-Fatihah buat ayahanda penulis yang sedang diuji kesihatannya. Moga ALLAH
memberi kesembuhan pada ayah penulis berkat kiriman doa & al-Fatihah
daripada sahabat-sahabat.
Salam kasih sayang kerana ALLAH....
No comments:
Post a Comment