Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...ucapan
syukur sentiasa bermain di bibir saat peluang diberi ALLAH kepada penulis untuk
bermain dengan kata bicara hatinya di ruang blog QalamWardahZinnirah.blogspot.com. Al-hamdulillah walau kini sudah bergelar
pelajar praktikal kesempatan dan peluang menggunakan internet yang ada cukup memberi
kepuasan kepada penulis untuk meneruskan hobi penulisannya.
Sebenarnya
hari ini penulis terlalu merindui persahabatan yang dibinanya semasa di alam
universiti. Merindui saat penulis bersama-sama sahabat menghabiskan
‘assignment’, sibuk dengan badan induk universiti, sibuk dengan tanggungjawab
sebagai naqibat & banyak lagi jika nak dihitung semuanya. Sungguh saat
manis itu bermain di mindanya sekarang. Rindu juga pada kolej kediaman dan
penghuninya yang sentiasa memberi sesuatu yang baru pada penulis sepanjang
keberadaannya di sana.
Kenangan
menuntut ilmu bersama sahabat-sahabat & bergaul dengan sahabat-sahabat yang
solehah betul-betul membuatkan penulis terharu. Penulis kembali terfikir betapa
seorang sahabat memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu.
Baik sahabatnya, baiklah juga dirinya. Teringat penulis pada satu hadith
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya perumpamaan orang yang berdamping dengan teman yang
baik atau jahat, ialah seperti berkawan dengan penjual minyak kasturi atau
tukang besi. Penjual minyak kasturi itu ada kalanya akan memberikan minyak
wangi kpdmu @ kamu dapat membeli minyak wangi daripadanya. Jadi, setidak-tidaknya
kamu akan memperoleh wangian kasturi daripadanya. Adapun peniup api yang
membakar besi kadang2 akan membuatkan pakaianmu terbakar, atau setidak-tidaknya
kamu akan memperoleh bau busuk daripadanya.”
(HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI &
MUSLIM)
Jadi,
penulis abadikan 2 buah lirik nasyid untuk semua yang pernah menjadi sahabat
penulis (sahabat dunia akhirat) yang bakal membawa kita berjumpa di Jannah
nanti, InsyaALLAH...Hargailah sahabat2 wujud dalam kamus hidup kita jika itu
yang kita mahu dari sahabat kita. Fahami, hargai, berlapang dada, berbaik
sangka, saling memaafkan.
Sahabat - Devotees
Ku
Biarkan kerinduan di lautan memori
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman
Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih
Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku
saat yang manis
akan berulang kembali
Sahabat....
Luahan Rindu- Devotees
Terkenang
masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan
Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur
Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita
Kenanganku..
Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu
Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka
Teringat daku kembali
Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji
Di waktu persekolahan
Yang penuh impian
Kita memburu harapan
Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita
Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya
Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempadan
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya
Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya.
No comments:
Post a Comment