Bismillahirrahmanirrahim
Al-hamdulillah
berkat kasih sayang & cinta ALLAH pada makhlukNya, penulis masih bisa
bermain ‘key board’ milik ‘note book’nya. Berkat cinta & kasih sayang
Rasulullah s.a.w juga membuatkan penulis & sahabat semua bisa menikmati
nikmat terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat Islam & iman. Mari kita
sama-sama berselawat kepada baginda s.a.w sebelum penulis meneruskan penanya!
Baiklah
pagi ini penulis mahu bercerita tentang apa yer? Semalam syok duk membelek buku-buku
yang ada kotlah ada lagi buku yang masih belum habis dibaca dan boleh diulas
pembacaannya dalam blog ini. Belek punya belek ada sebuah buku yang mengimbau
kembali kenangan penulis dengan adik usrah kesayangannya. Buku tentang
Rasulullah s.a.w.
Buku
itu bertajuk, “Indahnya Cinta Rasulullah karangan Harun Arrasyid Haji Tuskan
terbitan grup buku Karang Kraf.” Alhamdulillah ada juga buku yang mengingatkan
penulis pada baginda s.a.w. yalah kebanyakan koleksi buku penulis telah kemas
tersimpan di rumah abang sebapanya. Jadi ini sahaja buku yang ada.
Subhanallah...betapa
hebatnya cinta Rasulullah s.a.w bisa mengubah api menjadi air, bisa mengubah
amarah jadi tenang, bisa mengubah jahat jadi baik, bisa mengubah benci jadi
cinta. Sifat & peribadi indah Rasulullah s.a.w ini yang sepatutnya di
contohi oleh semua umat Islam. Bila di baca semula buku ini sungguh penulis
berlipat kali ganda jatuh cinta pada Rasulullah s.a.w.
Peribadi
baginda s.a.w sangat mulia tidak kira kepada siapa pun, sahabat, keluarga, isteri,
anak, kanak-kanak, jiran tetangga, orang tua, orang muda, saudara yang jauh,
malah musuh turut dilayan dengan baik oleh Rasulullah s.a.w. padanlah ramai
yang jatuh cinta pada Nabi Muhammad s.a.w. Ingin sekali penulis mencontohi
sifat & peribadi mulia baginda s.a.w.
Antara
peribadi mulia Nabi Muhammad s.a.w yang tersenarai dalam buku ini adalah,
mencintai dengan telus & ikhlas, bersikap amanah, bersikap kesetiaan, sopan
& beradab, rendah hati, tawakal, sukakan kebersihan & wangian, menanam
kasih sayang, gemar berzikir & beribadah, sentiasa melakukan amar makruf
& nahi mungkar serta banyak lagi contoh yang diberikan dalam buku ini.
Terima
kasih kepada penulis buku ini kerana menyedarkan penulis betapa Rasulullah
s.a.w terlalu mencintai umat baginda s.a.w. Kerna cinta itu indah Nabi Muhammad
s.a.w mentafsirkan & menzahirkan kecintaan pada semua insan yang ada tidak
kira bagaimana pun keadaannya. Bisakan kita berbuat demikian? Tepuk dada tanya
iman kita.
No comments:
Post a Comment