Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah
sekali lagi ucapan syukur dipanjatkan kepada ALLAH Rabbul Izzati yang telah
banyak memberi anugerah kepada penulis untuk bermain dengan blog dan memenuhi
hobi kesukaannya. Tidak salah untuk kita berkongsi perkara yang baik kan? Lagi
pun perkara yang baik seharusnya disebarkan pada semua manusia biar tiada lagi
kejahatan yang bermaharajalela.
Penulis
bukanlah seorang yang fanatik mahu bercerita tentang dirinya cuma seperti
kebiasaan tujuannya satu, mahu mengajak diri dan sahabat-sahabat yang singgah
di blog ini untuk sama-sama kita ingat pada ALLAH Sang Pencipta manusia dan
alam keseluruhannya. Ingat kepada ALLAH tak semestinya masa kita solat, puasa,
zakat atau haji semata tapi dalam setiap gerak kerja & tingkah laku kita
sentiasa mengingatiNya.
Jom,
kita telusuri kisah dalam buku majalah Solusi edisi 63 pulak! Buku majalah yang
sangat menarik untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat. Isu bernombor 63
ini menceritakan tentang amalan rosak kerana riyak. Riyak & sum’ah antara
amalan buruk yang jarang di ambil kisah oleh kebanyakan umat Islam kerana ia
berbentuk amali.
Nak
tau lebih lanjut tentang riyak? Ha...apa kata kita beli buku majalah ini.
Menurut buku majalah ini, riyak adalah tindakan kita yang berpaling daripada
ALLAH, untuk menghadap kepada selain ALLAH (manusia) dalam niat &
pelaksanaan sesuatu ibadah. Sum’ah pula bermaksud, memperdengarkan (audio)
sesuatu amalan kepada manusia lain (menceritakan, menghebahkan, &
menguar-uarkan amalan yang telah dibuat sama ada secara lisan atau tulisan
kepada orang lain).
Maaf
dikirim jika sepanjang tulisan penulis ini berbau tidak enak seakan-akan sum’ah
atau riyak. Namun ini sahaja cara yang penulis punya untuk meneruskan
penulisannya. Nak tulis tentang pengalaman sendiri itu lebih baik rasanya dari
menulis sesuatu yang kita tak tahu hujung pangkalnya. Betul tak?
No comments:
Post a Comment