Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah…syukur padaNya pagi yang
indah tenang dan penuh rahmat ALLAH pada hari segala penghulu, hari Jumaat hari
bahagia bagi Muslim yang mendamba cinta ALLAH dalam kehidupannya. Peluang
menulis di blog menjadi saat yang paling penulis tunggu dan nantikan. Selawat
dan salam penulis kirimkan kepada baginda s.a.w. yang banyak berkorban dan
menyatakan rindu pada umat Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak dilupa hadiah surah
al-Fatihah buat semua sahabat-sahabat
baginda s.a.w dan sahabat2 penulis semuanya.
Jaza kumullah khaira jaza’ buat semua
sahabat-sahabat yang tidak lekang membaca artikel di blog ini. Maaf andai kata
penulis, andai bicara & senda guraunya mengguris luka di hati kalian semua.
Baiklah di pagi Jumaat ini penulis ingin berkongsi cerita tentang kenangan
terindah di bumi jelapang padi. Teka di mana? Tepat sekali negeri Kedah Darul
Aman.
Masih segar di ingatan penulis saat kaki
menjejak bumi Kedah. Penulis terus jatuh cinta pandang pertama pada… usah salah
sangka, penulis bukan jatuh cinta dengan manusia. Cinta halal hanya milik suami
bila sah bergelar isteri nanti. InsyaALLAH. Penulis jatuh cinta pandang pertama
pada sawah padi yang menghijau terbentang luas di hadapan halaman rumah sahabat
baik penulis, Nurul Mardiah Fadzil. Kebetulan, kehadiran penulis ke Kedah
adalah untuk memenuhi jemputan undangan perkahwinannya.
Seronok bercampur bahagia, al-Hamdulillah
kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk menyaksikan sendiri betapa meriah dan
bahagianya sahabat bila sah bergelar isteri di sisi suaminya. Lengkap sudah
separuh imannya. Penulis tak cemburu ke? Adalah sikit rasa cemburu tapi dapat
di halang dengan mengirim doa moga pengantin baru ini berkekalan hingga ke
syurga.
Penulis pun bakal melayari alam
perkahwinan cuma sama ada perkahwinan di dunia atau ‘perkahwinan’ di akhirat. Manusia
memang bijak merancang tetapi ingatlah ALLAH yang menentukan terbaik untuk kita
& ALLAH sebaik-baik perancang. Bila nak kahwin? Itu persoalan yang bakal
terjawab nanti bila ALLAH kata kahwin maka kahwinlah penulis. Buat masa ini
penulis perlu fokus pada belajar dahulu, penulis perlu fokus untuk jadi hamba
ALLAH yang terbaik di sisNya, penulis perlu fokus untuk memberi yang terbaik
untuk ibu dan ayah serta fokus untuk memperbaiki diri & masyarakat di
sekeliling kita, biar kita menyebar sayang & kebaikan pada semua.
Berbalik pada kisah sawah padi yang indah
& saujana mata memandang, betul2 buat penulis rasa tenang dan rasa
kebesaran ALLAH bila tengok padi yang menghijau. Andai hari-hari penulis dapat
abadikan di hadapan sawah padi yang terhampar menghijau pasti ketenangan
miliknya. Pasti setiap hari mengabadikan keindahan yang memuaskan hati
penulis. Seronok berbicara dengan alam.
Bahagia mendekatkan diri serta mengingatkan kita pada Penciptanya Yang Maha
Hebat.
Penulis sempat merakamkan kenangan di sawah
padi bersama dua orang sahabatnya, Nurul Mardiah Fadzil & Nur Hidayah
Hussain. Jom tengok gambar di bawah,
Pengajaran yang penulis mahu ‘highlight’
kan di sini adalah hargailah dan nikmatilah alam yang telah dianugerahkan ALLAH
kepada kita. Penulis jika berpeluang mahu membawa diri berhijrah &
melancong ke mana-mana sahaja yang dia mahukan agar bertambah keimanannya, agar
semakin dekat dirinya dengan ALLAH, agar bertambah ilmunya tentang Rabb, dengan
merenung alam yang mengasyikkan dan mendamaikan.
Sebelum terlupa mari kita meriahkan hari Jumaat yang mulia dengan membaca surah al-Kahfi. Jangan lupa yer! Jumpa lagi minggu hadapan bersama qalamwardahzinnirah.
Salam kasih sayang buat semua sahabat.