Bismillahirrahmanirrahim....
Al-hamdulillah...dengan
nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang memberi penulis ruang untuk
terus hidup di dunia ini menghirup oksigenNya percuma tanpa bayaran. Salam
Jumaat kareem buat semua sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog ini juga pada
bakal generasi penulis, insyaALLAH mewarnai dunia Islam suatu hari nanti.
Hari
ini, dengan nama ALLAH penulis mahu bicara tentang guru. Insan mulia yang
sentiasa singgah dalam kamus kehidupannya daripada dia mulai melangkah masuk
alam persekolahan tadika hinggalah bakal bergelar graduasi USIM pada penghujung
tahun 2014 ini. Semuanya dengan jasa curahan guru. Kenangan bersama-sama guru
masih segar di ingatan. Insan yang dimuliakan selepas ibu & ayah.
Ya,
selayaknya guru mendapat pujian atas usahanya mendidik anak bangsa. Tanpa khidmat
bakti seorang guru insan takkan mudah bertapak atas dunia ini. Kita belajar
sesuatu perkara baru semuanya melalui guru tak kiralah dia memang seorang guru
atau hanya pelajar biasa. Guru pertama yang mengajar penulis menggunakan
komputer, Cikgu Sue dan Cikgu Hajar dua orang guru yang mengajar penulis hingga
kenal menggunakan email, gmail, melayari internet & sebagainya. Walau hanya
beberapa bulan tapi kenangan bersama mereka sangat bermakna.
Guru
mengajar penulis menjadi manusia. Manusia yang mendamba kasih ALLAH dalam
hayatnya. Guru mendidik penulis menabur kebaikan pada semua makhlukNya &
tidak pilih kasih dalam menjalin hubungan persahabatan. Tugas guru maha besar
bukan hanya mendidik akademik pelajarnya juga memimpin pelajarnya menuju
keredhaan ALLAH Yang Maha Kuasa.
Sempena
kehadiran 16 Mei 2014 penulis memberi ruang pada blognya untuk mencoret sesuatu
tentang guru, ustazah, cikgu, ustaz & seumpamanya. Selamat Hari Guru buat
semua guru yang pernah mengajar penulis & sahabat-sahabat. Jasa kalian
sentiasa di hati. Moga semua guru sentiasa dirahmati & dianugerahkan
kebahagiaan dunia & akhirat.
Sebelum
menutup kata di blog ini izinkan penulis memaparkan nasyid bertajuk “Lilin
Seorang Guru” dari Inteam.
Dr. Ayad (tengah) pensyarah & satu kelas penulis...
Pernah
langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai
lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun
tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo…
aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan… beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam
ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
No comments:
Post a Comment