Bismillahirrahmanirrahim...
Al-hamdulillah,
dengan nikmatMu penulis dan sahabat-sahabat masih bisa bergerak di bumiMu. Ya
ALLAH...Engkau Maha Mendengar segala permohonan hambaMu yang lemah lagi tidak
berdaya. Ya ALLAH...Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu cuma kami yang
leka dengan nikmat dunia hingga terkadang lupa mencintaiMu melebihi
segala-galanya.
Al-hamdulillah...dengan ujian ‘sim card’ tak dapat dibuka,
terus hilang perhubungan penulis dengan ahli keluarga & sahabat-sahabat. Telefon
bimbit yang selama ini menemani penulis tak dapat berfungsi kerana ‘sim card’
rosak. Oh, Tuhan sungguh menguji iman penulis ketika ini.
Buntu
memikir cara, tapi al-Hamdulillah dia masih punya rasa untuk mengarang pena
bermain dengan kata-kata. Biar hilang nombor telefonnya usah biar kata-katanya
hilang bicara untuk dinukil dalam blognya. Teringat penulis pada surah
At-Talaaq ayat 2 & 3 yang bermaksud:
2. Kemudian,
apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka
(rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan
adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau
melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan
persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut
diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat; dan sesiapa
Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala
perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak
terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada
Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah
telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Sungguh imannya diuji dengan kehilangan ke
semua nombor sahabat dalam telefon & sim card lamanya. Untung sahaja
satu-satunya nombor yang diingati adalah nombor bonda tersayang. Masih buntu
memikir cara & gaya menyelesai masalah yang timbul, penulis memilih
bertenang serta berfikiran positif. Ada hikmah di sebalik yang terjadi. Doakan penulis
ya! Doa sahabat itu terus di makbul oleh ALLAH. Tak percaya? Ha, cubalah buat. Doakan
kat sahabat.
Baiklah, hari ini kita akan berdiskusi
tentang dengan gelaran hamba kita (umat Islam) meminta pada ALLAH Yang Maha Esa
& dengan gelaran khalifah kita menjadi pemberi pada semua makhlukNya. Jelas
di sini individu muslim mesti mempunyai hubungan dengan ALLAH & hubungan
dengan manusia lain yang sangat erat.
Seorang Muslim bila tanpa hubungan dengan
ALLAH, dia akan hidup tanpa arah, kosong tanpa tujuan ibarat kenderaan tanpa
pemandu yang cekap & mahir. Dia hilang segala-galanya di dunia ini apatah
lagi di akhirathanya kerana dia jauh dengan ALLAH. Seorang Muslim tanpa
hubungan dengan manusia, dia sunyi hidup bersendirian, tanpa sahabat baik yang
bakal memimpinnya ke syurga. Dia resah sendirian, ada kasih sayang tapi kabur
di perjalanan. Hidupnya tiada erti yang memaknai sebuah kehidupan.
ALLAH tidak sesekali menciptakan manusia
dengan sia-sia. Muslim itu punya tanggungjawab & amanah sebagai hamba ALLAH
& khalifahNya bukan hanya untuk menikmati keindahan dunia semata. Bila kita
menjadi hamba ALLAH sepanjang hayat kita, cuba pastikan kita sentiasa
mendekatkan diri pada ALLAH dengan pelbagai cara yang mudah antaranya
zikrullah, solat-solat sunat, membaca & mentadabbur isi al-Quran, berdoa di
samping amalan-amalan wajib yang telah terpikul di bahu setiap individu Muslim.
Bila kita jadi hamba ALLAH, kita banyak
meminta denganNya...kita banyak mengadu, berharap, memohon & berbicara
denganNya. Kita seolah insan yang sangat kerdil di hadapan ALLAH. Kita ibarat
kanak-kanak yang tidak tahu banyak perkara tetapi mahu meminta segalanya dengan
ibu ayah kita. Ya, kita butuh kasih sayang dariNya agar kita bisa berdiri teguh
di dunia & lurus kehidupan akhiratnya.
Gelaran sebagai khalifah pula, kita gunakan
sebaiknya dengan menjadi seorang muslim yang berguna pada agama & bangsa. Kita
bersikap ramah dengan semua manusia & kita sering memberi berbagi rasa
dengan insan-insan yang wujud di sekeliling kita. Tidak kira apa pun bentuk
pemberian kita sama ada harta, ilmu, kebaikan, jawatan, pertolongan &
sebagainya hingga mampu membuat orang lain tersenyum & bahagia dengan
keberadaan kita.
Jadilah, hamba ALLAH yang sentiasa meminta
padaNya & jadilah khalifah ALLAH yang sentiasa memberi bukan kerana
mengharap puji atau sanjungan semata tapi kerana mahu memberi atas dasar amanah
khalifah ALLAH di muka bumi ini. Tentu hidup kita bahagia dunia & akhirat
kan? Sifat ini yang penulis cuba lakarkan dalam kanvas peribadinya sebagai
seorang muslimah memegang ajaran agama Islam.
Memang, diakui sangat sukar & penuh ujian
untuk menjadi seorang muslim yang baik tetapi itulah hakikat perjuangan
mujahadah diri ( bersungguh-sungguh melakukan sesuatu). Manis takkan datang
tanpa pahit dahulu yang kita perlu berhadapan. Bukan senang nak jadi hamba
ALLAH & khalifahNya pada dunia akhir zaman ini, tapi percayalah sukar
itulah ada manisnya seperti firman ALLAH dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang
bermaksud:
1. Bukankah
Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan
iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami
telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang
memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam
melaksanakannya)?
4. dan Kami
telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan
berbagai kemuliaan)?
5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. kemudian
apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka
bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan
kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan
ingini).
Biar penulis tinggalkan hati-hati sahabat
dengan ayat-ayat suci al-Quran yang memberi penawar pada keresahan jiwa kita. Biar
penulis tinggalkan sahabat-sahabat & pembaca dengan alunan merdu kalam
ALLAH yang terus membuai diri kita mencintaiNya. Siiru ‘alaa barakatillah...
Meneliti & membaca hikmah tersirat di sebalik penciptaan alam.
No comments:
Post a Comment