Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan
nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Al-Hamdulillah...udara
nyawan kampung tersayang, kicauan burung-burung yang menghiasi alam, keindahan
kampung yang menghijau serta keramahan jiran yang sangat didambakan oleh
penulis membuatkan dia leka dengan kelebihan yang ALLAH anugerahkan pada tanah
kelahirannya, Kelantan. Al-Hamdulillah penulis akhirnya bisa menziarahi
kampungnya dengan mengambil cuti setelah lama berpraktikal. Akhirnya terubat
juga rindu penulis pada ayah setelah sampai di rumah & menyalami tangan
ayah. Berbicara panjang lebar dengan adik bongsu penulis, Ahmad Hambali &
melayan karenahnya. Al-Hamdulillah Ya ALLAH...nikmat terindah yang Engkau
berikan pada penulis walau sebentar cuma.
Baiklah,
hari ini penulis nak bercerita pasal majalah SOLUSI isu ke 67 yang bertajuk “Kenapa
Tidak Seintim Nabi & Anak Yatim”. Sungguh buku ini menabrak jiwa penulis.
Menghentam hati penulis yang tak pernah berfikir tentang anak yatim. Bagaimana
mereka? Apa yang anak yatim ini buat setelah ketiadaan ibu & ayah? Pernah penulis
terfikir bagaimana keadaan mereka? Sepatutnya penulis mendekati mereka, sayang
peluang belum dicari, usaha belum memenuhi mimpi. Kasih sayang ayahanda &
bonda terus lesap sama hilangnya dengan kehilangan kedua ibu bapa mereka.
Majalah
SOLUSI terus memberi solusi pada masyarakat bagaimana mahu berdepan dengan
anak-anak yatim ini. Kita boleh bidup bahagia sedangkan si yatim hidupnya
menderita. Kita boleh tersenyum senang dengan kemewahan yang kita dapat tapi
kita terlupa pada anak yatim yang seharian hidupnya hanya dipenuhi air mata
yang sentiasa mengalir. Penulis terjaga dari mimpi yang lena. Ya benar dia tak
pernah berfikir tentang anak yatim sampailah buku SOLUSI ini membuka hatinya,
menembak tepat pada jiwanya betapa sukarnya si yatim mahu meneruskan kehidupan
tanpa ibu ayah di sisi. Si yatim ini dipinggir malah dibenci oleh ramai manusia
hanya kerana dia yatim.
Penulis
memetik kata-kata yang terlakar pada muka hadapan buku majalah SOLUSI isu ke 67
yang berbunyi: “Yatim hakiki adalah apabila miskin akhlak & budi. Maka sekiranya
kau mengabaikan anak yatim, hakikatnya dirimu itulah yang yatim – sunyi &
sedih! Ketika itu kau harus menangisi nasib diri. Kerana kau sebenarnya lebih
yatim berbanding seluruh anak yatim di dunia ini!” Allahurabbi...sungguh diri
penulis terketuk. Kata cinta pada Nabi Muhammad s.a.w tapi penulis jarang
mendekat pada insan yang yatim. Bagaimana tu?
Kata
sayang pada Nabi Muhammad s.a.w tapi tak pernah cuba menyayangi insan yang
kehilangan ibu & ayah. Ya ALLAH manusia jenis apa penulis ini? Terima kasih
Ya ALLAH kerana Engkau telah menyedarkan penulis dengan membaca & meneliti
buku majalah SOLUSI isu ke-67 ini. Moga selepas ini penulis ada usaha untuk
mendekatkan dirinya pada insan-insan seistimewa si yatim kerana Rasulullah
s.a.w juga dilahirkan dalam keadaan yatim. Pantas rasulullah s.a.w sangat
menyayangi siyatim kerana baginda s.a.w memahami situasi mereka. Ya, jika
berpeluang penulis mahu merasai manisnya mengikat tali persaudaraan dengan
anak-anak yatim. Tentu banyak perkara yang diperoleh penulis.
Ha...ini
kelebihan bila kita menyemai minat membaca buku. Selain banyak perkara yang
kita dapat tanpa sedar kita boleh melatih diri menjadi lebih baik dari sudut
pembacaan & bahasa. Tak adalah kita selalu nak guna bahasa rojak sebab kita
tahu kepentingan bahasa. Tak adalah kita selalu nak buat jahat sebab buku2 yang
ada banyak mengajar kita jadi lebih baik. Pengaruh buku sebagai teman rapat.
Banyak
tajuk perbincangan yang dibahaskan dalam buku SOLUSI ini. Antaranya, ‘Beduk di
Ketuk: Sabar yang Dinamik’, ‘Mithali: Hangatkan Cinta Sepanjang Usia’, ‘Selebriti:
Safiyurrahman al-Mubarakfuri Pakar Sirah Keturunan Sahabat’, ‘Zikra: Mancari
Mati yang Sempurna’, ‘Kembara: Menjejak Islam di Auckland’, dan banyak lagi
tajuk tersenarai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Setakat
ini dahulu coretan dari penulis untuk hari ini. Siiru ‘aalaa barakatillah.
No comments:
Post a Comment