Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...kita
bersambung lagi untuk ‘post’ yang seterusnya. Al-Hamdulillah penulis masih bisa
merasai nikmat berada di kampung walau hanya beberapa hari. Hari ini hari
terakhir dia bangun menghirup udara pagi kampung dihiasi dengan burung-burung
yang berkicauan. Sungguh menenangkan. Pesanan untuk semua sahabat jika
berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman jangan lepaskan peluang itu yang
tak mungkin datang berulang kali. Ini peluang untuk kita berbakti pada ibu
bapa. Ini peluang untuk kita bedah tadhiyah kita, setinggi mana bila dapat tahu
bonda @ ayanhanda sakit di kampung.
Hari
ini penulis suka untuk berkongsi tentang sebuah buku yang telah lama dibeli di
Kuala Lumpur saat menziarahi sahabatnya di sana. Buku yang menarik untuk di
kongsi khusus buat wanita muslimah & bacaan lelaki muslim yang mahu
mengetahui situasi sebenar seorang muslimah. Yalah, lelaki pun perlu baca buku
ini sebab disekelilingnya juga ada perempuan ibu, kakak, isteri, adik
perempuan, & saudara-saudara perempuan. Apa yang penting buku ini hadir
untuk menghargai kehadiran wanita muslimah & berkongsi soal jawab tentang
isu aurat wanita Islam.
Lupa
pulak nak bagitau, buku ini bertajuk, “Auratku, Maruahku. Menjawab kemusykilan
si gadis berkaitan penghijrahan & syariat berhijab – Karangan Siti Nur
Fatimah Hasan & Mohd Solleh Ab. Razak.” Penulis-penulis buku ini penulis
pernah mengenali mereka di alam persekolahan ketika menyertai program2 sekolah.
Sudah jadi penulis sekarang, tahniah kepada Ummu Mujahid & Abu Mujahid. Al-Hamdulillah...
Moga
kalian dapat terus berbakti untuk ummah. Baiklah, soalan pertama kenapa penulis
mahu membeli & membaca buku ini? Pertama sebab penulis mengenali penulis
buku ini. Ke-2 sebab penulis mahu melihat bagaimana berhadapan dengan
persoalan-persoalan yang berkaitan dengan aurat wanita Islam. Isu aurat ini
sentiasa di pertikaikan oleh manusia terutamanya umat Islam sendiri. Padahal ALLAH
dah buat hukumNya cantik untuk kita sebagai hamba & khalifahNya.
Ringkas
& padat, konsep soal jawab yang berwarna penuh, betul-betul menarik minat
penulis untuk bukan setakat membaca tetapi turut menghabiskan pembacaannya. Surah
al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
59. Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak
diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat al-Quran di atas jelas lagi bersuluh
tentang pensyariatan menutup aurat. Al-Hamdulillah, penulis bersyukur kerana
ALLAH masih & sentiasa memberi ruang kepadanya untuk terus istiqamah
menetapkan prinsip dalam menutup aurat dengan sempurna. Moga penulis bisa
istiqamah lagi. Banyak dalil daripada al-Quran & hadith yang telah
diselitkan dalam setiap persoalan yang timbul dalam buku ini yang mana
mempunyai 150 halaman.
Prinsip menutup aurat dengan sempurna
sepatutnya dimiliki oleh semua wanita muslimah di dunia ini. Sekurang-kurangnya
kehadiran buku ini akan menyedarkan wanita muslimah tentang kepentingan menutup
aurat & memperbetulkan salah faham sesetengah wanita yang menganggap
menutup aurat hanyalah dengan memakai tudung semata.
Pelbagai persoalan dirungkaikan secara logik
akal beserta dalil-dalil yang bertepatan demi mengajak para muslimah untuk
terus menutup aurat dengan sempurna. Cubalah kalian baca isinya, sudah tentu
kalian bakal tertarik untuk memenuhi suruhan ALLAH dalam penutupan aurat ini.
Di kesempatan ini, penulis mahu berkongsi
salah satu alasan yang nombor 9 iaitu, ‘Tunggulah...belum dapat hidayah’ pada
halaman 45 buku ini. Alasan ini sering timbul bila mana ada yang mengajak
wanita Islam menutup aurat secara sempurna. Benar hidayah adalah milik ALLAH,
tetapi kita juga harus berusaha untuk mendapatkan hidayah ALLAH.
Dekatkanlah diri pada ALLAH dengan salah satu
caranya menutup aurat nescaya ALLAH akan menganugerahkan hidayahNyapada kita. Tutuplah
aurat, hidayah ALLAH pasti bersamamu. Mari penulis bawa contoh benar dari
akhbar Sinar Harian bertarikh 9 MEI 2014 (Jumaat) halaman 21 tentang berita ‘Hidayah
buat Felixia Yeap’. Dia bakal mengucapkan kalimah syahadah menjelang Ramadhan
ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan dan dia tidak
sabar-sabar untuk melaksanakan ibadah puasa.
Apa yang membuatkan Felixia Yeap yang
berbangsa Cina ini mendapat hidayah ALLAH. Ya, dengan memulakan langkah menutup
aurat seperti muslimah. Tidak malukah kita sebagai muslimah tetapi masih terus
tidak menutup aurat dengan sempurna. Dia sendiri mengakui bila mana dia
bertudung & memakai pakaian yang menutup aurat dia tidak lagi dikacau
sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rugi kita tidak merebut peluang untuk terus
menutup aurat kerana wanita Islam itu sangat berharga lebih tinggi nilainya dari
permata, emas malahan harta.
Ketika asyik membaca buku ini, satu analogi
telah menjentik hatinya, “Ingatlah, megahnya layang-layang terbang bebas di
angkasa kerana talinya terikat kukuh di bumi.” Analogi yang bijak untuk
manusia, manusia bisa ‘terbang’ bebas di bumi ALLAH dengan syarat drinya masih
terikat dengan hukum-hukum ALLAH.
Percayalah muslimah serikandi Islam ALLAH
menghadiahkan hikmah terindah buat kalian! Pensyariatan menutup aurat bukan
sesekali untuk menyeksa wanita tetapi untuk memelihara maruah wanita Islam. Analogi
barang kemas yang tertutup rapi & terpelihara dalam peti besi lebih
bernilai tinggi harganya berbanding barang kemas yang di tayang umum lebih
jelas dalam kondisi wanita Islam sekarang. Sahutlah seruan untuk menutup aurat.
Jadi, nak tahu lebuh jelas tentang auratku, maruahku, kalian boleh dapatkan
buku ini dengan kadar segera.
Siiru’alaabarakatillah...sebelum terlupa terima
kasih penulis ucapkan pada kalian di atas doa & surah al-Fatihah yang
kalian kirimkan buat ayahanda penulis. Al-Hamdulillah, penulis bisa melihat kembali
ayahnya berjalan & tersenyum bahagia dengan kepulangan anak sulungnya ke
kampung halaman. Moga doa kalian akan terus mewarnai kehidupan kita sebagai
seorang muslim. Al-Hamdulillah.
No comments:
Post a Comment