Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Hamdulillah...salam Jumaat Kareem buat
semua sahabat-sahabat yang sudi singgah & menyenangkan mata melihat blog
ini. Terima kasih & sekalung penghargaan buat sahabat-sahabat yang
sudi melayan blog yang serba kekurangan
ini. Al-Hamdulillah...terima kasih Ya ALLAH Engkau masih memberi penulis
peluang yang sangat berharga ini punya idea & ilham yang mahu di kongsi
bersama-sama untuk peringatan diri sendiri & untuk semua sahabat.
Pagi ini penulis mahu bercerita pasal buku
yang telah di bacanya iaitu, ‘Air Mata Di Jalan Dakwah- Karangan: Umar Hidayat,
terbitan Darul Uswah, Yogyakarta, 2012 Cetakan pertama’. Pertama sekali buku
ini adalah dalam bahasa Indonesia. Al-Hamdulillah, banyak juga perkataan
Indonesia yang kurang difahami oleh penulis.
Antaranya, ‘sebel’, ‘kultus’, ‘mumpung’, ‘ruwet’,
‘infiltrasi’, ‘jeblos’, ‘ulet’, ‘canda’, ‘sambat’, ‘butuh’, ‘mayoritas’, ‘gembok’,
‘terjal’, ‘jeda’, ‘evaluasi’, ‘sarana’, ‘kantor’, ‘geret’, ‘linglung’, ‘kerangkeng’,
‘ambisi’, ‘asupan’, ‘ringkih’, ‘penasaran’, ‘sepele’, dan sebagainya. Buku ini
sangat menyeronokkan hadiah (kado) buat semua yang bergelar pendakwah. Air mata
di jalan dakwah menceritakan pahit manis sebuah perjuangan Islam. Memetik
kata-kata dalam buku ini pada halaman 67:
“Air mata di jalan dakwah dalam tangis yang
mengajarkan, mengingatkan kita ketika telah terlanjur berbuat kesalahan maka
jangan teruskan. Sedarilah, & berhentilah dari terus melakukan kesalahan
serta segeralah ikuti perbuatan salahmu dengan perbuatan baikmu.”
Perkongsian bersama penulis terlupa nak
bagitau halamannya, lima syarat dalam penyampaian dakwah, ikhlas, cepat, tepat,
kualiti & kesinambungan. Pada halaman 133 buku ini juga penulis mahu
berkongsi tentang sifat air 1) Knsentrasi penuh @ fokus diri. 2) Ulet & tak
mudah menyerah. 3) Tenang @ lembut. 4) Istiqamah 5) Adaptasi & fleksible
(boleh jadi apa pun). Em, jom kita sama-sama bersifat seperti sifat air yang
tak lekang dek panas, tak lapuk dek masa. Lagipun air menjadi keperluan utama
manusia dalam badan kita pun kebanyakan ada air.
Sebelum penulis melangkah jauh, ada baiknya
penulis kongsikan intisari tajuk yang ada pada muka akhir buku ini:
“Jika menangis itu sihat, maka menangislah
lantaran di jalan dakwah agar engkau merasakan sihat fizik &
maknawiyyahnya. Jika menangis itu melepaskan segala asa agar hati lega, maka
menangislah di jalan dakwah sehingga kehidupanmu tidak hanya lega di dalam
dada, tetapi juga yang lega bersambung ke syurga. Jika menangis itu membuktikan
kemanusiaan kita, maka menangislah di jalan dakwah tidak sekadar manusia,
tetapi juga manusia yang terpilih mengembang warisan risalahNya.
Jika menangis itu disebabkan sedih, maka
menangislah di jalan dakwah kerana kesedihan itu akan menaklukkannya. Jika menangis
itu disebabkan gembira, maka menangislah di jalan dakwah kerana kegembiraan itu
menjeda mengingatkan kita agar tetap taat di jalanNya. Jika menangis itu
disebabkan keabadian, maka menangislah di jalan dakwah kerana keabadian itu ada
yang tertunda menghasilkan karya bersejarah yang mengabadi keranaNya.
Meski kesedihan mendera, air mata di jalan
dakwah menaklukkannya untuk tetap tidak bercumbu dalam kesedihan. Sebaliknya,
mengajar kita mengubahnya untuk tetap dalam ketaatan kepada ALLAH. Air mata di
jalan dakwah, mengajak kembali ke jalan dakwah. Bersama-sama membangun bangsa
ini dengan pilar dakwah agar tercipta kehidupan & peradaban madani yang
selalu kita idamkan.
Alangkah bahagianya andai air mata membasuh
hati kita, menghapus dosa-dosa kita, & melejitkan semangat maknawiyah &
potensi kita. Maka, mari kita sama-sama meniti jejak pengembaraan dalam bentara
hikmah air mata di jalan dakwah.”
Sungguh jalan dakwah ini sukar untuk di lalui
kerana manis syurga tidak mudah untuk digapai kecuali dengan rasa syukur &
redha bersama-sama menyatu dalam hati. Sungguh buku ini membuka mata penulis
untuk terus membaca walau kurang memahami bahasa Indonesianya. Indah bila
berjuang kerana ALLAH kerana dalam buku ini telah terselit beraneka macam
kisah-kisah teladan zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat berjuang menegakkan
Islam.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah ar-ra’d ayat
11 yang bermaksud:
11. bagi
tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan
dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan
perintah Allah. Sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk
menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang
ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi
mereka selain daripadanya.
Terang lagi bersuluh, ALLAH mengatakan hambaNya
tidak akan berubah selagi mana mereka sendiri mengubah & berusaha ke arah
kebaikan. Halaman 241 dalam buku tersebut menjelaskan, “tekad yang kuat
& bulat yang akan mencetak jiwa yang siap mengharungi perjuangan yang
panjang. Tekad yang kuat & bulat yang akan memberikan daya tahan atas waktu
& jarak yang harus di tempuh seseorang dalam mencapai harapan &
cita-cita.”
Pada halaman 253 dalam buku ini perenggan
dua, “di sinilah pintu kebahagiaan. Bukan di luar sana. Di dalam hati kita. Jika
seorang muslim ingin memperoleh kebahagiaan sejati cukuplah hanya dengan jalan
mendekatkan diri kepada ALLAH. Melalui amal kebaikan & kesolehan. Cubalah bertanya
pada hati kita masing-masing, bagaimana kondisi hati saat-saat kita sedang
bermunajat jiwa kepada ALLAH? Di mana kau letakkan ALLAH di hatimu? Bagaimana suasana
qalbu kita saat melaksanakan perintahNya.”
Solusinya, mari kita sama-sama membaca buku ini yang membuka kita ke arah kebenaran
Islam. Dakwah itu untuk semua tidak terhenti pada umat Islam sahaja. Jadi, jom
luaskan dakwah kita pada semua! & ingat dakwah bukan sesuatu yang bert
serta dakwah bukan hanya tugas seorang individu Muslim sahaja.
No comments:
Post a Comment