Bismillahirrahmanirrahim…
Al-Hamdulillah...ucapan
syukur tak pernah putus menutur di bibir merasai nikmat iman & nikmat Islam
yang sangat indah, masih bisa bangun berdiri, mengerjakan suruhanNya, menghirup
udara segar anugerah ALLAH & yang pasti masih mampu mencoret suatu kenangan
di blog ini. Al-Hamdulillah...
Hari
ini penulis ingin berkongsi satu hari sebuah buku setelah membeli beberapa buah
buku menggunakan baucer buku yang diperoleh penulis. Buku ini dibeli di Pustaka
Mukmin, Kuala Lumpur berdekatan dengan Jalan Masjid India. Buku bertajuk, ‘The
Power of Ummi- Dahsyatnya Ucapan & Doa Seorang Ibu karangan Misbah Em
Majidy’ menjadi bahan bacaan penulis dalam beberapa hari yang telah lalu.
Buku
ini dibeli sebelum penulis & sahabat-sahabat bersiar-siar di Kuala Lumpur
City Centre (KLCC). Akhirnya, penulis & sahabat2 dapat tengok menara
berkembar Kuala Lumpur yg sebelum ini mereka hanya lihat & pandang dalam TV
sekarang berada di depan mata. Al-Hamdulillah...seronok juga dapat tau pasal
negara sendiri. Dapat melancong & merasai nikmat bermusafir di negeri
sendiri sebelum meneruskan impian bermusafir di luar negara. Ameen. Penulis
mahu keluar dari tempat kebisaan penulis.
Sebenarnya,
mereka ziarah KL berobjektif bukan semata-mata mahu seronok @ menghabiskan masa
serta duit tetapi mereka nak menghubungkan ukhuwwah dengan sahabat-sahabat
universiti. Al-hamdulillah...sambil menyelam minum air.
Berbalik
pada buku tersebut sungguh kehadiran buku ini mengingatkan penulis pada mama
& allahyarhamah neneknya. Buku yang mempunyai 451 halaman ini sarat dengan
mesej penting untuk menyedarkan masyarakat bahawa ibu adalah insan paling
berjasa dalam kehidupan seorang manusia.
Yalah,
ibu sanggup bersusah payah dari mula mengandung, melahirkan & menyusukan
anaknya daripada anak sulung hinggalah anak bongsunya. Penting di sini lelaki @
ayah tidak mampu melakukan sebarang kerja ibu @ mengambil alih tiga tugas utama
ibu.
Firman
ALLAH S.W.T dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:
15. dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan
menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh
menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai
ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur
empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan
kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh
Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam
jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya
Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
Buku ini menyenaraikan 7 bab utama dalam
penghasilannya iaitu Bab 1: Syariat Islam Memuliakan Ibu, Bab 2: Bentuk
Penghargaan Islam Bagi Seorang Ibu, Bab 3: Ini Ibadah Adalah Doa, Bab 4: Ucapan
Seorang Ibu Didengar Allah, Bab 5: Dahsyatnya Doa Seorang Ibu, Bab 6: Doa2 Ibu
Yang Tercatat Dalam Tinta Sejarah, & Bab 7: Hikmah Ketuhanan Di Sebalik
Dahsyatnya Doa Seorang Ibu.
Memetik
kata bicara dalam buku ini pada halaman 130 yang berbunyi:
“Maka ciumlah tangan ibumu, selagi engkau masih boleh bersalam
dengannya. Pulanglah kepadanya, selagi engkau masih dapat menemuinya.
Dampingilah dia selama engkau masih boleh berada di sisinya. Penuhi
keinginannya & keperluannya selama engkau sanggup memenuhinya. Tersenyumlah
padanya, selagi matanya yang sarat dengan kasih sayang itumasih boleh memandang
wajahmu. Dengarkan curahan hatinya dengan sepenuh hati & jiwa. Agar dia
merasa bermakna di hadapanmu. & ungkapkanlah cintamu, selagi dia masih ada.
Pulanglah ke rumah ibumu untuk menemuinya, sebelum kesempatan itu hilang.
Apa
yang jelas,buku ini menghadirkan dalil-dalil yang kukuh dari al-Quran &
hadith serta kisah-kisah sejarah berkenaan kuasa doa seorang insan yang
bergelar ibu. Ya, doa seorang ibu mampu mengurnia kebahagiaan & ketenangan
kepada anak-anaknya. Ucapan ibu juga bisa mendatangkan kecelakaan, keburukan
& pengakhiran yang buruk pada si anak.
Pasal
buku yang kita bedah hari ini, nak tahu lagi apa yang menariknya dalam isi buku
ini, cubalah dapatkan buku ini atau pinjam sahaja dengan penulis. Itupun jika
diizinkanNya. Jadi, penulis mengajak diri & sahabat semua di samping kita
sibuk membaca buku-buku akademik, buku-buku pembentukan diri muslim, buku-buku
ilmiah lain ajaklah diri untuk turut membaca buku-buku berkenaan ibu. Mana tahu
dengan tergeraknya hati kita membaca buku-buku tentang ibu kita akan menjadi
anak yang lebih menghargai kehadiran ibu.
Usah
kita kata kita sayang ibu, jika jalan dakwah sanggup kita tempuh ranjau durinya
sedang ibu dahagakan kasih kita. Usah kita khabarkan pada dunia kita sayang ibu
tetapi tindakan kita, pernah menunjuk rasa sayang pada ibu? Kita terkadang
sibuk dengan urusan sendiri, sibuk menuntut ilmu sampai tidak tahu bagaimana
kondisi ibu, sampai tidak mengerti ibu dah terlalu banyak berkorban untukmu.
Usah kita kata kita ini sayang pada ibu jika hati naluri ibu tak pernah untuk
kita cuba fahaminya. Percayalah bicara dari hati penulis yang kerdil ini.
Bukan
penulis nak membantutkan jenis pembacaan buku-buku sahabat tetapi penulis hanya
mahu diri & sahabat-sahabat menjadikan amalan membaca bukan sekadar hobi
semata & tidak hanya membaca buku-buku tertentu. Pelbagaikan bahan bacaan
kita supaya kita jadi orang yang berilmu & bermanfaat terutamanya pada
agama yang kita anuti sekarang sehingga kita bergelar muslim.
Setakat
ini sahaja coretan hati & perkongsian penulis untuk hari ini. Segala yang
baik datang dari ALLAH, segala yang buruk juga datang dari ALLAH yang
disandarkan pada kelemahan penulis sendiri. Terima kasih.
Siiru
‘alaa barakatillah.
No comments:
Post a Comment