Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Salam Jumaat kareem...al-Hamdulillah, ALLAH
masih memberi ruang kepada penulis untuk meneruskan penulisan blognya.
Al-Hamdulillah...berkat kasih sayangNya, penulis diberi kekuatan untuk terus
memegang amanah sebagai muslimah, hamba & khalifahNya.
Al-Hamdulillah...iman masih tersemat kemas di dada, mendorong diri untuk
sentiasa mendekatiNya. Peluang & ruang ini takkan pernah penulis sia-siakan
untuk terus mendekati ALLAH Pencinta sejatinya. Jom sahabat kita jadi pencinta
setia Ilahi bukan hanya pencinta manusiawi!
Al-Hamdulillah...hari ini penulis masih dapat
bercerita, bercerita tentang ‘king cobra’. ULAR...Siapa kat sini suka ular?
Sahabat semua nak tahu penulis sangat suka ular. Cuma hanya waktu ini penulis
berkesempatan bercerita tentangnya. Kenapa? Kenapa suka pada ular, sedangkan
banyak lagi haiwan lain? Dia sukakan kelainan itulah diri penulis. Sudah
beberapa kali dia menyaksikan pertunjukan ular & dalam banyak-banyak
haiwan, ular antara yang menarik perhatiannya.
Ular juga haiwan ciptaan ALLAH, punya
keistimewaannya yang tersendiri, cuma ramai manusia memusuhinya kerana haiwan
ini berbisa & sangat merbahaya kepada manusia. Macam mana penulis boleh
suka pada haiwan yang bernama ular ini? Ya, penulis mengakui dia sangat takut
pada ular ini & pernah menjadi fobia pada dirinya kerana suatu ketika dulu
di rumah lamanya, ular sering menampakkan dirinya di mana-mana hingga pernah
membahayakan adik perempuannya yang ketika itu sedang tidur.
Di dapur, di bumbung rumah, di celah-celah
kayu, di belakang rumah, di tempat letak kereta, apatah lagi di pokok. Mungkin
kebiasaan itu menukarkan penulis daripada fobia kepada jatuh cinta. & dia
seringkali mengumpamakan dirinya seperti ular yang menjalar.
Sukar untuk didekati tetapi punya warna yang
menarik & pelbagai jenis nama saintifiknya. ‘King Cobra’ antara jenis ular
yang dikagumi oleh penulis. Bukan hanya rupanya yang berbeza tetapi kerana
berbisanya ia hanya mengambil masa 5 mimit untuk melumpuhkan sistem saraf
manusia. Ular hanya menyerang bila merasakan dirinya terancam dengan
persekitaran. Ular ini unik, ia tidak punya kaki, tetapi masih bisa bergerak
dengan menjalar.
Al-Hamdulillah sudah dua kali penulis
bergambar dengan haiwan ini, memegang & meletakkannya di bahu menghilangkan
rasa geli penulis padanya. Apa yang unik tentang ular? Ular punya pelbagai
warna, berkilat, membelit kuat, berbisa, rupanya pun berbeza, sukar untuk dijangka
bagaimana ia, & itulah penulis. Sukar dijangka sikapnya bagaimana, suatu
masa sifat & karekter ular itu menjadi sebahagian daripada dirinya.
Melihat diri pada penciptaan haiwan unik ini
mengingatkan penulis pada kebesaran ALLAH Yang Maha Kuasa. Betapa hebatnya
ALLAH menciptakan haiwan bernama ular untuk diteliti penciptaannya. Bagaimana
ia hidup, bagaimana ia bergerak, makan, menikmati kehidupan sebagi ular &
bagaimana ia mengakhiri kehidupannya?
Setiap penciptaan ALLAH tidak pernah dicipta
sia-sia. Teringat penulis pada lagu bangau oh bangau yang sering didendangkan
semasa kecilnya.
Bangau oh bangau
Kenapa engau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Rumput
panjang sangat 2X
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan
aku 2X
Kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku
sakit 2X
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi
mentah 2X
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu
api basah 2X
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa
aku 2X
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu?
Macam mana aku tak turun
Katak panggil aku 2X
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2X
Ular oh ular
Kenapa engkau nak makan ular
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku 2X
Kisah
ini bertepatan dengan kisah hidup manusia yang terkadang sering menyalahkan
insan lain dalam kehidupannya sehingga akhirnya si ular mengaku katak itu
memang makanannya. Usah kita sibuk menunding jari, mencari salah siapa, angkara
siapa semua ini terjadi! Cukup untuk kita menilai diri kita, memuhasabah &
bermujahadah, bagaimana aku bila bertemu ALLAH nanti? Cukupkah bekalan aku
untuk menemui ALLAH di alam sana nanti? Apa sumbanganku untuk memastikan Islam
terus bertapak di bumi ini?
Jadilah
seperti ular yang tidak laju menyalahkan haiwan lain, dia mengakui kesalahan
dirinya, bertindak menceritakan hal yang sebenarnya biar pahit ibarat hempedu
untuk ditelannya. Bila bercerita sisi buruk haiwan bergelar ular ini, tidak
elok untuk manusia bermimpi tentang ular. Ular antara haiwan buas yang mengikut
perubatan Islam tidak elok untuk kita mendekati ular. Ular membawa makna yang
tidak baik jika diikutkan orang tua-tua zaman dahulu. Itu penulis kurang jelas
bagaimana & mungkin ada sahabat-sahabat yang bisa menjelaskan tentang
status ular atau boleh bertanya pada pakar tentangnya.
Tidak
salahkan untuk penulis merasai kehebatan & keesaan ALLAH bila dia memerhati
& mencurah rasa suka pada ‘king cobra’ ini? Ular sememangnya unik! Cuma
kita terkadang silap mentafsirkannya. Usah kita terus memandang hodoh, buruk
& jahatnya hingga kita lupa ia juga ciptaan ALLAH yang patut kita ambil
pengajaran daripadanya. Umpama manusia, usah kita terus menyangka manusia ini
jahat, masuk neraka, buruk padahal kita tidak tahu disebalik kejahatannya
tersirat sejuta kebaikannya. Ini hanya pendapat, pandangan & perkongsian
rasa penulis dalam blog ini. Jadi terpulang pada semua pembaca yang disayangi
kerana ALLAH untuk menilai & menelitinya. Baik atau buruk?
Wallahu’alam...siiru ‘alaa barakatillah. Moga artikel ini bisa memberi manfaat
pada ummah walau secebis dari sejuta ilmuNya.
No comments:
Post a Comment