Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang…
Al-Hamdulillah syukur tidak terhingga
kepada ALLAH kerana dengan rahmat & kasih sayangnya dapat penulis
meneruskan lagi usaha penulisannya walau dihambat masa yang dipenuhi dengan
rutin hariannya sebagai muaddibah. Al-Hamdulillah dengan kuasa ALLAH dia masih
bisa berdiri & merasai nikmat terbesar sebagai individu muslim iaitu nikmat
iman & Islam. ALLAH tidak sesekali meninggalkannya keseorangan Cuma dia
yang terkadang leka dengan dunia.
Tahu tak apakah nikmat terbesar yang sebenarnya menghiasi kehidupan kita sebagai muslim? Ya, nikmat punya Tuhan iaitu ALLAH di sisi kita. Ya, bila kita ada rasa bertuhan usah risau pada semua ujian yang bakal mendatang kerana ALLAH ada di sisi kita. Bila sedih ada ALLAH yang mengubat, bila rindu ada ALLAH yang menghilangkan rasa rindu yang hadir, bila suka ada ALLAH yang menghiasi rasa suka kita dengan syukur, bila marah ada ALLAH yang meredakan hati kita yang merah menyala kerana marah, bila-bila masa ALLAH sentiasa ada bersama kita cuma terkadang kita terleka dalam langkah. Ayuh sahabat kita ucapkan rasa syukur dengan kurniaan terbesar di sisi kita punya ALLAH yang menemani. Al-Hamdulillah...
Al-Hamdulillah November ini memberi makna
& rasa syukur yang menggunung tinggi pada ALLAH. Al-Hamdulillah penantian
selama hampir 4 tahun berakhir di gerbang pengijazahan universiti. Hadiah
terindah November 2014, Hari Konvokesyen 16.11.2014 & menunggu detik
30.11.2014 tarikh kelahiran semula penulis ke-24.
Ucapan syukur meniti laju saat melihat
wajah bahagia mama & adik-beradik melangkah masuk ke bumi USIM sebagai
jemputan Majlis Konvokesyen ke-12 USIM. Semangat menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi makin tersemat kukuh di hati & bakal
dilaksanakan kelak, insyaALLAH. Diakui zaman belajar di universiti adalah zaman
yang paling menyeronokkan bagi penulis.
Majlis Konvokesyen USIM ke-12 mengangkat
tema yang begitu hebat bertemakan burung Hud-Hud atau burung belatuk yang
disebut ALLAH dalam surah an-Naml ayat 20-22 yang bermaksud:
20. dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan
burung (yang turut serta Dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa Aku
tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka Yang tidak hadir?
21. "Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya
Dengan seksa Yang seberat-beratnya, atau Aku akan menyembelihnya, kecuali ia
membawa kepadaKu alasan Yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia
tidak hadir)".
22. burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas
itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat
mengetahui secara meliputi akan perkara Yang Engkau tidak cukup mengetahuinya,
dan Aku datang kepadamu dari negeri Saba' Dengan membawa khabar berita Yang
diyakini kebenarannya.
Hebat kisah burung hud-hud ini! Memberi ibrah kepada para mahasiswa USIM
yang bergraduasi supaya kami mengorak langkah ke hadapan seperti tingkah burung
hud-hud yang bijak dalam membaca suasana. Bertemakan burung hud-hud majlis
konvokesyen yang ke-12 USIM berjalan lancar.
Mengenang detik bergraduasi di pentas universiti, penulis dikelilingi
oleh ahli keluarga yang membantunya menyarung jubah konvokesyen. Perasaannya ketika
itu bercampur baur gembira, sebak, bahagia, takut, berdebar semua ada. Melangkah
masuk ke dewan besar USIM, kaki ringan mengorak langkah, “Al-Hamdulillah…Terima
kasih Ya ALLAH.”
bila adik posing dgn baju jubah konvokesyen kakak...
Dewan besar USIM ini baharu sahaja disiapkan & kami adalah ‘batch’
pertama yang merasmikan Majlis Konvokesyen di dalam dewan ini. Cantik &
menarik punya ciri-ciri sebagai tempat konvokesyen graduan-graduan universiti. Menanti
detik beraksi di pentas, penulis memerhati sekeliling, di belakang ada ibu ayah
yang setia menunggu anak-anaknya bergraduasi. Ayah penulis tidak dapat hadir
kali ini, masalah kesihatan mengehadkan pergerakannya. Apa pun, penulis pasti
ayah sedang bergembira dengan kejayaan anaknya yang ke-3 ini.
Tamat sudah zaman bertungkus-lumus di kampus. Ingin sekali penulis
mengulang kembali kenangan-kenangan bergelar seorang mahasiswa universiti yang
sibuk dengan kerja-kerjanya. Tamat sudah zaman dia bersusah payah semasa
bergelar pelajar universiti, tamat juga masa untuk penulis berjalan kaki
merentasi setiap destinasinya di USIM. Tamat juga zaman manis berinteraksi
penuh suka duka dengan kawan-kawan sekelas yang datang dari pelosok negeri. Namun,
belajar & terus belajar mendapatkan ilmu kerananya tidak boleh terhenti
setakat ini sahaja. Langkah ini harus diteruskan.
Beratur menanti giliran dipanggil nama, penulis berselawat panjang,
memperbetulkan niat kerananya, memuhasabah diri yang penuh dengan noda. Tetiba hati
di singgah sedih mengingatkan sahabat-sahabat yang tidak dapat bersama-sama
dalam majlis konvokesyen ini. Cuma iringan doa moga kalian kuat menghadapi
ujian ini. Moga ujian yang datang ini memberi hikmah terindah buat kalian,
sahabatku.
Mana tahu, ALLAH menganugerahkan ujian sebesar ini untuk bagi rezeki
yang lagi baik untuk sahabat-sahabat. Kalian kena kuat & berfikiran
positif. Memang penulis tidak berada di tempat kalian, betapa peritnya ujian
ini kalian yang menanggungnya, penulis hanya mampu memerhati & berdoa moga
sahabat-sahabat yang terpilih ini diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap
ujian. Rezeki ALLAH ada di mana-mana, usah kita risau. Apa pun, penulis
sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat, sebab doa buat sahabat
saudara seIslam itu mustajab di sisiNya.
Namanya bergema dipanggil, bergetar hatinya seolah namanya dipanggil di
padang mahsyar. Bagaimana bekalnya nanti? Seketika berteleku. “Tahniah
Haryanti!” ucap NC USIM. “Terima kasih” kata penulis tersenyum penuh
kesyukuran. Masih terkejut kerana sepanjang hayatnya jarang ada yang memanggil
namanya dengan panggilan Haryanti. Kegembiraan yang hanya sebentar, tetapi cukup
mendatangkan rasa syukur kepada penulis.
Setakat ini sahaja coretan hati penulis yang pernah bergelar sebagai
seorang pelajar. Bukan untuk dibanggakan kisahnya, bukan untuk menjaja cerita
sendiri tetapi hanya mahu berkongsi proses pembelajaran itu seharusnya
berterusan kerana kita sebagai muslim punya tanggungjawab & amanah sebagai
hamba ALLAH & khalifahNya.
Siiru ‘alaa barakatillahJJJ
No comments:
Post a Comment