Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang
Al-Hamdulillah
Ya Rabb...Tuhan telah memberi ruang kepada penulis dan semua sahabat untuk
meneruskan kehidupan ini. Salam Jumaat kareem buat semua yang singgah &
meminjamkan mata untuk menatap bait kata dari qalamwardahzinnirah ini. Ucapan
syukur tidak terhingga kerana dengan izinNya penulis masih bisa menghirup
udaraNya secara percuma tanpa perlu bayaran berlipat kali ganda. ALLAH bagi kat
kita semuanya percuma, jadi susah sangat ke kita nak jadi manusia yang
bersyukur dengan nikmat pemberianNya? Tepuk dada tanya iman kita...
Hari
ini hari Jumaat terakhir penulis berada di kampung halaman tercinta, bumi
serambi Makkah. Hari ini hari ke-3 terakhir sebelum penulis berangkat
meneruskan kerjayanya di bumi bernilai. Sungguh masa yang singkat berada di
kampung halaman menghilang seketika rasa rindu penulis pada ahli keluarganya.
Maklum sahaja dia puteri sulung dalam keluarganya. Rindu pada ‘hero-hero’ yang
menghiasi kehidupan keluarganya bakal datang bila kembali bergelar musafir di
perantauan nanti. Teringat penulis pada ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 216
yang bermaksud:
216. kamu Diwajibkan berperang (untuk
menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada
sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui
(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Ya, benar dan tepat sekali ada ketikanya apa
yang kita benci itu adalah yang terbaik bagi kita & apa yang kita suka
terkadang membawa keburukan kepada diri kita. Penulis mengambil contoh
penghijrahan & musafirnya keluar negeri untuk mengambil pengalaman bekerja
di negari orang adalah sesuatu yang sukar untuk diterima jiwanya , tetapi
digagahkan diri untuk menghadapinya. Mana tahu inilah yang terbaik untuk diri
penulis. ALLAH tahu kemampuan hambaNya dek kerana itu ALLAH mengujinya dengan
cara berjauhan dengan keluarganya. Ya bila berjauhan rasa rindu itu lebih
bermakna, rasa sayang itu semakin menebal dan tiada terpadam.
Sekarang cuti sekolah, erm...memang
‘hero-hero’ penulis ada berkampung di rumah, Fadzil Hanapi & Ahmad Hambali
Cuma mungkin masa bersama mereka hanya seketika. Sebelum terlambat izinkan
penulis mengucapkan selamat bercuti kepada adik-adik yang masih bersekolah. Gunakan
masa cuti kalian dengan sebaiknya ya. Cuti musim tengkujuh di bumi serambi
Makkah sungguh menyeronokkan, yalah dapat meluangkan masa lebih mengenali &
mendekatkan diri dengan keluarga.
Tak sempat lagi penulis meneruskan hasratnya
membedah buku untuk pengisian dalam blog ini, hanya perkongsian kata-kata dalam
blog ini memungkinkan ia terus meriah dengan kata-kata. Persinggahan di blog
ini sangat mengujakan penulis, biarpun tiada yang membacanya, seolah-olah kita
sedang bercerita dan meluahkan rasa. Ini baik untuk perkembangan akal diri
penulis dan mengurangkan tekanan yang terkadang menekan hidupnya. Yalah, nama
lagi manusia tidak dapat lari dari ujianNya, hanya kita yang butuh kekuatan
untuk meneruskan kehidupan dan tidak lari dari masalah yang terkadang
mencengkam jiwa. Membaca buku, melayari blog, menjenguk ‘facebook’, menulis,
melayan karenah adik-adik lelaki, membantu mama di dapur, jalan-jalan menjenguk
bandar Kota Bharu, bermain badminton & bola sepak, membasuh baju &
sebagainya menjadi rutin harian penulis bila bermastautin di kampung.
Perkara yang paling menyeronokkan penulis
apabila dapat jalan-jalan menemani mama ke bandar. Nikmat ALLAH yang sangat
penulis syukuri adalah mandi dan tidur. Kenapa mandi & tidur? Bila air
yangdingin menyentuh badan subhanallah kesegarannya sangat nikmat tak terbayang
dek kata-kata. Ya, mandi adalah salah satu terapi menghadapi tekanan &
kemarahan. Ya, badan kita disejukkan oleh air yang mengalir tanpa henti. Tidur
pula hobi yang sangat menyenangkan. Hanya baca doa, ambil bantal & lelapkan
mata. Nikmat tidur malam adalah nikmat yang subhanallah hanya ALLAH Yang Maha
Tahu. Tambah-tambah bila musim hujan menyimbah kampung penulis, lagi ‘best’
tidurnya. Tidur & mandi itu akan jadi ibadah bila diniatkan kerana ALLAH.
Barakahnya juga ada bila kita tidur & menyucikan diri mengikut sunnah Nabi
Muhammad s.a.w.
Hari Jumaat ini kita digalakkan menambah
selawat pada baginda s.a.w. Bukan susah hanya gerakkan bibir & tenangkan
hati. Jadi perbanyakkan selawat kita pada baginda s.a.w. Izinkan penulis
menamatkan entrinya kali ini dengan sebuah puisi yang bertajuk ‘Sedingin Hati’.
Ayuh kita nikmati bersama-sama! Maaf ya jika tidak bisa memenuhi kehendak
pembaca semua. Ia kerana kewujudannya hanya untuk perkongsian hati penulis
sahaja tidak lebih dari itu. Sebarang komen bisa berhubung dengan penulis J J
Sedingin
Hati
Hati ini
Sentiasa bertingkah
Terkadang baik terkadang buruk
Melawan hawa sekuat tenaga
Pernah jatuh menyembah bumi
Bisa berdiri kembali
Kerana cinta
Ilahi
Hati ini
Fitrahnya berbolak-balik
Bukan memaksa diri sentiasa berbuat baik
Namun mengajak diri menjadi hambaNya yang baik
Baik bukan bermakna tak pernah buat jahat
Pernah melakukan kejahatan
Pernah terjatuh di lembah kegelapan
Namun dia bisa kembali ke jalan terang
Bila menemui cinta Tuhan di hujung jalan
Ubati hatimu
Andai ia teruk menghampir mati
Andai ia tidak mengenal siapa rajanya
Andai ia keras bak hempedu
Pinta hatimu yang bersih
Agar hidupmu penuh terarah
Agar dirimu kenal CintaNya
Bukan hanya kenal
Bahkan terus mendekat padaNya
Sedingin hati
Begitu juga diri
Harus sentiasa diubati
Bukan ubat semata di farmasi
Ubatnya datang dari Ilahi
Cuba mujahadah...tazkiyatun nafsi
Gali keikhlasan hati
InsyaALLAH
Hijrahmu bakal terisi.
No comments:
Post a Comment