Dedikasi kasih & cinta buat adik tersayang
Tanggal 5 September 1995 telah lahir seorang bayi
lelaki yang diberi nama Asraf Wajdi bin Yaakob menambah bilangan adik si
penulis menjadi dua orang. Mama akhirnya tersenyum di anugerah seorang anak
lelaki. Dia penyeri keluarga penulis. Mana taknya dia antara adik yang sangat
periang dan suka buat lawak. Riuh satu rumah bila dia mulai berbicara. Penulis dan
keluarga memanggilnya dengan panggilan Chik, selepas lahirnya dua orang adik
lelaki yang lain.
Dia membesar sebagai seorang yang periang, tetapi
kadang-kadang sikap panas barannya datang bila ada yang tidak kena pada
matanya. Dia pelerai bila adik-adik sedang bergaduh, dia penenang kala hati
tengah resah, dia buat penulis dan keluarga tak kering gusi, dia menolong bila
diperlukan, dia ringan tulang bila meminta bantuan.
Masa kecilnya agak nakal. Biasalah anak lelaki, tetapi
didikan ayah bisa mengatasi kenakalannya. Dia belajar di Sekolah Menengah Agama
Bustanus Saadah berdekatan dengan rumah selama tiga tahun. Kemudian dia nekad
memilih Sekolah Menengah Teknik Bachok Kelantan. Hari-harinya di sekolah
berasrama penuh menjadikan dia seorang insan yang mula berdikari.
Sekarang dia telah berumur 18 tahun. Penuntut Diploma
Kejuruteraan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Bergelar seorang remaja yang
bersikap ingin mencuba segala-galanya menambah kerisauan di hati seorang kakak.
Namun perasaan itu cuba ditepis bila memandang pada sudut positif adiknya. Kadang-kadang
si kakak cuba menasihati adiknya dengan gaya dan tingkah yang berhemah. Satu perkara
yang dia suka adalah dia sangat gemar bergambar. Ha..ni gambar dia:
Chik bersama adik bongsunya bernama Ahmad Hambali bin Yaakob
Hari ini Isnin 20 Oktober 2013 adik kandung penulis
yang ke-2 sedang menjalani peperiksaan akhir semester satu pelajar Diploma
Kejuruteraan Politeknik Shah Alam, Selangor. Doa seorang kakak akan sentiasa
buat Asraf Wajdi bin Yaakob. Moga dia diberi kekuatan dan ketajaman akal dalam
menghadapi peperiksaannya. Moga dia bisa menjawab soalan dengan tenang tanpa
ada gangguan dan moga kebergantungannya dengan ALLAH sentiasa kuat.
ALL THE BEST FOR YOUR FINAL EXAM, CHIK!
Tergamam dengan ayat ‘sms’ dari Chik saat meminta
tolong darinya, “most welcome. Takdop hal lah. Kito adik-beradik susoh seney
skali. K.yong tlg Chik, Chik tlg K. yong.”
Bertuah benar insan yang bernama Asraf Wajdi bin
Yaakob ini walau terkadang dia marah, tapi dia cepat sejuk. Moga ALLAH sentiasa
merahmati Asraf Wajdi bin Yaakob. Penulis beruntung punya adik-adik yang sangat baik berkat didikan ibu dan ayah tercinta.
No comments:
Post a Comment