Kala ini
Kesunyian mengulit
diri
Terasa kosong
seolah hilang sesuatu
Saat diri
dihimpit berjuta dugaan
Aku mencari di
mana teman
Hanya untuk beban di
bahu ringan
Sahabatku
Selama ini senang
bersama
Selama ini
berkongsi duka
Selama ini
tersenyum ceria
Hilang seketika
pada pandangan mata
Bukan kerana apa
Kerana masa
mencemburui kita
Kerana tugas bertimpa
tersusun
Pinta dilaksana tanpa
ragu
Saat berjauhan
Diriku diserang
kerinduan berganda
Rindu pada senyum
manismu
Rindu pada kata
nasihatmu
Rindu pada ketenangan
wajahmu
Hatiku
memberontak persoal
Jika benar kita
bersahabat sampai syurga
Kenapa sampai
demikian rupa
Pengorbanan kita?
Air mataku berbicara
sendu
Saat dirimu
mengadu padaku
Saat dirimu mula
berterus terang padaku
Saat dirimu penat
menitis air mata laju
Saat itu diriku
tersedar
Rupanya hidupmu
diuji hebat
Rupanya tenangmu
diserang resah nan dahsyat
Teman
Kita bersahabat
sampai syurga
Kita menanamnya
dengan kasih sayang
Kita menyiramnya
dengan rasa memahami
Usah risau
Andai pada
akhirnya nanti jasad kita terpisah
Kerana yakinlah
Insan bersaudara
Bercinta kerana
ALLAH
Natijahnya bersama
sampai syurga…
QalamWardahZinnirah
(2JUN 2013)
No comments:
Post a Comment