Salam Imtihan PMR
Musim peperiksaan PMR bakal bermula hari ini. Bakal
menjadi penunjuk arah pada calon2 PMR ke mana kaki mereka bakal melangkah.
Walaupun hanya peperiksaan PMR, persiapan rapi sangat diperlukan terutamanya
oleh semua calon PMR.
Calon PMR termasuk salah seorang dari adik lelaki
penulis yang bernama Fadzil Hanapi bin Yaakob. Penulis doakan moga adiknya bisa
menjawab dengan tenang dan penuh berhikmah. Seorang kakak tentunya mengharapkan
yang terbaik untuk adiknya walau terkadang adiknya pernah menimbulkan banyak
masalah. Biasalah sudah nama adik lelaki mesti terserlah sedikit kenakalannya.
Apa pun dia tetap menjadi adik kesayangan penulis.
Waktu kelahirannya, 2 Disember 1998 penulis berumur
dalam lingkungan 8 tahun. Masih belum mengerti apa2. Cuma bisa menutur kata
sayang pada adik & kadang2 mengusik adiknya sehingga menangis. Mungkin
sebab Fadzil Hanapi ketika itu sangat comel. Dia kadang2 sukar untuk difahami
dan kadang2 mudah untuk memahami dia.
Bila dia rajin semua benda dia nak tolong. Basuh
motor, tolong mama kat dapur, tolong ayah mesin rumput, tolong ajar adik
bongsunya belajar subjek bahasa Inggeris & Matematik dan banyak perkara
yang dia buat…membuatkan sejuk perut ibu mengandungkannya.
Bila dia kurang rajin, ha… ‘time’ ni usahkan suruh
kita larang pun dia buat tak tahu. Dia satu-satunya adik lelaki penulis yang
tidak suka bergambar. Dia lebih suka ambik gambar orang daripada posing depan
kamera. Dia pelik sikit maklumlah adik lelaki penulis yang ‘second last’. Apa
pun dia tetap adik penulis. Penulis doakan moga dia dapat melakukan yang
terbaik untuk peperiksaan PMRnya kali ini.
Moga dipermudahkan segala urusan adikku sayang. Usah
risau doa abang2 & kakakmu sentiasa menemanimu terutama doa mama & ayah
untuk Fadzil Hanapi. ALL THE BEST MY DEAR YOUNGER BROTHER FADZIL HANAPI.
Kak Yong sayang Fadzil Hanapi Yaakob kerana ALLAH…
No comments:
Post a Comment