Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Al-hamdulillah
ALLAH masih memberi kekuatan & keberkatan masa kepada penulis untuk
meluangkan waktunya bermain dengan pena di laman blognya. Al-hamdulillah juga dengan
nikmat terbesar yang ALLAH kurniakan & anugerahkan kepada penulis iaitu
nikmat iman dan Islam, penulis menjadi seorang Muslimah beragama Islam yang
mahu mengamalkan Islam waktu hayatnya.
Bersyukurlah,
jika kalian dilahirkan sebagai seorang Muslim. Bersyukurlah jika pada kad pengenalan
kalian ada tertulis kalian ini beragama Islam. Bersyukur juga jika ibu ayah dan
keluarga kalian adalah insan yang beragama Islam. Tentu kalian hidup gembira kan?
Mana taknya bila seorang Muslim gembira & senang dengan kehidupannya, dia
menjadi hambanya yang bersyukur. Bila sahaja ujian datang bertimpa-timpa dalam
kehidupannya, dia bukan malah menjadi insan yang sedih tetapi dia menjadi hambanya
yang sabar & bersyukur dengan nikmat & ujian yang diberikan kepadanya.
Ini kerana dia yakin ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.
Firman
ALLAH S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 2, 3, & 4 yang bermaksud:
2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu
(yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan
sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka
ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah
mereka berserah. 3. Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang
mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka. 4. merekalah
orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat
pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah
kurnia Yang mulia (di Syurga).
Sifat sebegini lah yang patut ada pada seorang
Muslim barulah di benar-benar bergelar seorang Muslim. Sifat yang bagaimana?
Orang-orang yang beriman itu akan sempurna imannya bila mereka gementar &
takut saat nama ALLAH disebut. Bila mereka membaca ayat2 ALLAH yakni al-Quran
mereka lantas bertambah imannya. Siapa orang beriman itu? Orang beriman itu
ialah orang yang mendirikan solat & orang yang mendermakan sebahagian
hartanya buat manusia & makhluk lain.
Pagi tadi asyik membelek gambar-gambar bayi dan
kanak-kanak dalam ‘page’ – ‘Cutes Babies Photos Collection’. SubhanaALLAH,
sungguh tertarik penulis dengan gambar-gambar bayi tersebut. Mereka sangat
comel. Semua sahabat mesti dah lupa bagaimana kita membesar dulu kan? Kita juga
pernah jadi bayi yang tidak tahu apa-apa. Hanya tahu menangis dan tahu main
sahaja. Daripada bayi kita membesar menjadi kanak-kanak. Kanak-kanak Islam
dididik dengan ajaran Islam, itu pun jika orang tuanya mengambil berat tentang
didikan agamanya. Kita tahu serba sedikit mana yang baik dan mana yang buruk.
Indah ciptaan ALLAH terhadap manusia, sejak
kita lahir kita sudah terkenal dengan keindahan wajah kita. Tak percaya try
tengok koleksi2 gambar dari page Facebook ‘Cutes Babies Photos Collection’.
Ya ALLAH...sungguh indah penciptaanMu. HambaMu bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna akal & fizikal serta rohani yang bertunjangkan Islam.
Moga penulis dianugerahkan anak-anak mujahid & mujahidah Islam secomel dan seindah ini. Anak-anak yang bakal membumikan Islam dalam diri & orang sekelilingnya. Ameen. Doakan juga moga2 sahabat2 sekalian bakal dianugerahkan anak-anak yang soleh & solehah menghiasi bahtera perkahwinan anda.
Firman ALLAH S.W.T dalam surah as-shafaat ayat
100 yang bermaksud:
100. " Wahai Tuhanku! kurniakanlah
kepadaKu anak Yang terhitung dari orang-orang Yang soleh!"
Firman ALLAH S.W.T lagi dalam surah al-Furqan
ayat 74 yang bermaksud:
74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu
ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah
Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang
menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang
Yang (mahu) bertaqwa.
No comments:
Post a Comment