Ujian oh Ujian!
Al-Hamdulillah, ALLAH
masih memberi kekuatan & kesempatan kepada penulis untuk menarikan sebentar
penanya menenangkan hati yang terkadang penuh dengan masalah & ujian.
Seminggu sudah penulis tidak berkesempatan menjenguk blognya, ya kekangan masa
memungkinkan segala-galanya berlaku. Biasalah bila bergelar pelajar tahun akhir
di universiti semua perkara nak dikejar terutamanya ‘thesis’ yang memerlukan
penumpuan penulis.
Namun, al-hamdulillah pada
akhirnya hari ini ALLAH mengurniakan kesempatan kepada penulis walau hanya
sebentar untuk mencoret sesuatu pada blognya. Setiap bait kata yang terlakar
pada blog ini menjadi saksi penulisannya. Blog ini di rekayasa bukan untuk penulis
memegah diri, bukan juga untuk meluah perasaan yang terkandung dalam qalbu
semata, bukan juga mahu menunjuk nikmat apa yang ALLAH berikan pada penulis,
tapi kehadiran blog ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memenuhi tuntutan
ALLAH dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
125. Serulah ke
jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan
cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui
akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan
orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
Penulis tiada niat nak membangga diri dengan
menceritakan segala pengalaman atau perasaannya cuma penulis mahu berkongsi ‘sharing
is caring’ dengan semua sahabat. Manusia fitrahnya ada perkara yang disukai dan
ada perkara yang manusia tak suka. Jadi, penulis meraikan semua bersikap
terbuka dan berfikiran positif bahawa setiap manusia ada pandangan &
pendapat yang berbeza mengikut apa yang difikirkannya.
Nak jadi pendakwah tak semestinya kena pandai bercakap
je, lagipun penulis bukannya jenis yang petah berkata-kata, tersusun bicaranya
tapi penulis lebih suka menyampaikan sesuatu dengan cara menulis tak kiralah
bagaimanapun bentuk penulisannya.
Jom, kembali pada isi kita malam ini tentang ujian. Bila
bernama manusia kita tak dapat lari dari ujian @ mehnah @ masalah @ apa sahaja
yang terkadang mengganggu emosi dan perasaan kita. Terkadang kita
tertanya-tanya, kenapa aku diuji? Kenapa aku pulak yang kena tempuh masalah
ini?
Pernah tak kita terfikir semua ujian ini mengajar kita
menjadi hambaNya yang mendekat dengan ALLAH? Pernah tak kita berfikir bahawa
setiap ujianNya banyak mengajar kita menjadi insan yang matang & bersabar?
Pernah tak kita rasa bila ALLAH uji kita, kita nampak ALLAH sangat sayang kita
sebab kita antara hambaNya yang terpilih.
Sungguh ALLAH tak pernah membebankan hambaNya walau sedikit
pun. ALLAH Maha Tahu setiap kemampuan hamba-hambaNya. Jadi tak perlulah kita
risau atau mengeluh saat kita diuji. Memang cakap senang yang merasanya adalah
orang yang diuji. Bukan senang tau nak sabar bila diuji, bukan senang tau nak
berfikiran positif & fikir ada hikmah di sebalik ujian ini. Belajarlah
untuk menerima ujian dengan merasakan ALLAH nak kita dekat dengannya.
Penulis terkenang zaman dia asyik menghabiskan masa di
surau. Walau hanya surau yang kecil tapi masih bisa menanam ketenangan di hati
penulis. Ini kerana bilik itu adalah rumah ALLAH yang memberi sejuta kebaikan
kepada penghuninya. Persekitaran @ biah yang baik serta solehah kadang-kadang
mempengaruhi hati & perbuatan kita sendiri. Kita tengok macam mana orang
sekeliling kita menghadapi ujian dengan cara bersabar atau melatah, kadang2
kita pun bertindak seperti itu.
Penulis pasti akan merindui saat manis bersama-sama bidadari-bidadari syurga tetamu ALLAH ini. Kenangan manis yang tak mungkin penulis lupakan sepanjang hayatnya berada di suniversiti. Terima kasih sahabat-sahabat bidadari-bidadari tetamu ALLAH.
Kesimpulannya, jadilah hamba ALLAH yang redha , syukur
& sabar dengan ujian-ujian yang menimpa hidup kita. Anggap sahaja ujian
adalah hadiah & anugerah dari ALLAH yang mahu hambaNya lebih mendekati
ALLAH. Memang cakap senang tapi mujahadah diri itu yang penting.
No comments:
Post a Comment