Tarikh 2
Disember 1998 lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Fadzil Hanapi.
Bertambah meriah keluarga itu dengan kehadiran seorang lagi anak lelaki.
Kelahirannya di nanti oleh seorang kakak. Yalah, siapa tak suka ada adik yang
ramai bakal menghiasi kehidupannya sebagai anak sulung. Terima kasih Ya ALLAH
kerana Engkau telah mengurniakan kepada penulis seorang adik lelaki lagi. Jadi,
penulis sekarang punya 3 orang adik lelaki yang sangat dia sayang. Walau
terkadang sayang itu terselindung di balik kemarahan di atas kenakalan
adik-adik lelakinya.
Fadzil
Hanapi adalah adik ke tiga penulis. Dia memang seorang adik yang pelik. Bila
datang rajinnya, dia akan melakukan semua kerja yang disuruh, tetapi bila
datang masa dia malas dia hanya mampu duduk dan mendengar kakak-kakaknya
membebel dek kenakalannya. Biasalah budak baru nak kenal dunia.
Dia juga
antara adik yang sukar dimengertikan sikapnya. Sekejap baik, sekejap kurang
baik. Dia pernah ponteng dari sekolah dan keluar dari asrama tanda protes tidak
suka dimasukkan ke sekolah tersebut. Puas ibu memujuk akhirnya, dia sendiri
memilih sekolah yang mahu dia belajar. Dia memang kuat memberontak jika
hajatnya tidak dipenuhi tapi dialah antara adik yang senang disuruh buat
sesuatu. Memang masa nak buat, dia akan membebel tapi dia tetap buat.
Contohnya, penulis suka suruh dia buat air milo, sebab dia suka mintak penulis
buat air teh. Tengah buat memang dia marah, tapi dia buat je. Lama-lama
marahnya sejuklah.
Dia antara
ahli keluarga kami yang lahir paling akhir. Kalau nak sambut kelahirannya,
dialah yang paling ‘last’. Dia pelik daripada adik-beradik yang lain. Perkara
yang paling dia suka adalah suka mengusik adik yang bongsu sampai nangis. Dah
nangis nanti ada yang kena marah. Walau bergaduh macam mana pun diorang
akhirnya berbaik semula. Masa baik Ya ALLAH…macam belangkas, tapi bila dah gaduh
seharian tak bertegur sapa. Penulis paling suka tengok Fadzil Hanapi &
Ahmad Hambali main. Semangat kesukanan mereka tinggi. Paling ‘best’ adik ke
tiganya ini suka buat lawak walau terkadang dia jarang buat lawak dalam
keluarga penulis.
Sempena
hari kelahirannya yang ke-15 yang tak sempat penulis sambut pada tahun ini, esok lusa sudah tarikhnya, penulis nak ucapkan selamat hari lahir buat Fadzil Hanapi moga di kelahiran
kamu ini ada keberkatan yang ALLAH kurniakan buat kamu. Moga kamu jadi anak
soleh yang sentiasa di dambakan oleh ma & ayah. Ingatlah Fadzil walau ke
mana pun kamu pergi jangan lupa salasilah keluarga mu. Kak yong akan sentiasa
mendoakan yang terbaik buat kamu. Maaf tidak sempat membeli sebarang hadiah
untuk Fadzil cukup mungkin kak Yong sedekahkan Al-Fatihah untukmu duhai adik
yang disayangi kerana ALLAH.
Dia antara
adik penulis yang sangat sukar di ambil gambarnya, tapi bila dah depan kamera,
amboi ‘posing’nya mengalahkan model majalah. Biarlah penulis dedikasikan rasa
cinta & sayangnya pada adik2 melalui penulis blog. Mana tahu lepas ni lagi
ramai orang yang akan sayang pada keluarganya.
Bila cerita
fasal keluarga teringat penulis pada surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu
dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang
diperintahkan.
No comments:
Post a Comment