Dilema dalam kehidupan
bila punya sahabat yang ramai dalam senarai hati kita. Manusia tidak mampu
hidup keseorangan itu di akui oleh semua insan yang di kurnia perasaan mahukan
teman. Tidak kira apa fungsi yang di bawa oleh seorang sahabat, mereka tetap dambakan
sahabat di sisi mereka termasuklah penulis.
Ya penulis suka melebarkan
sayap persahabatannya dengan semua orang. Walau ketika hanya dia seorang yang
mampu tersenyum melihat sahabat bahagia di kejauhan. Namun, sahabat ini punya
perasaan, perasaan yang perlu dijaga & dibelai. Perasaan memahami antara
satu sama lain dan menaruh kepercayaan.
Ya ALLAH…sukarnya untuk
menjaga hati sahabat sedangkan kita pernah menuturkan janji bahawa persahabatan
kita hanya kerana Ilahi. Penulis harus bersikap bagaimana bagi menjamin tiada
seorang pun sahabat yang sakit hati atau terasa dengan sikapnya? Tiada seorang
sahabat pun yang mempertikaikan kasih sayangnya. Tiada seorang sahabat pun yang
memaling muka dari melihatnya. Aku ini harus bagaimana? Khabarkan kepada ku
sahabat…aku ini harus bagaimana? Rintihan hati kecil yang mahukan penjelasan
dari seorang insan yang bernama sahabat.
Adakah kerana salah hatiku
dalam menilai sebuah persahabatan? Mungkin juga kerana penulis susah memahami
apa yang terjadi pada diri sendiri. Penulis terlebih dahulu perlu menyalahkan
hati sendiri daripada menyalahkan orang lain dalam bab sahabat ini. Inilah
fitrah manusia dan fitrah sebuah persahabatan pasti ada di sana ujian untuk
menguji sejauh mana keberkesanan sebuah persahabatan.
Jika benar kita ini bersahabat
kerana ALLAH kenapa harus setiap perkara kita mudah terasa? Jika benar kita
sahabat kenapa harus di pertaruh perasaan sayang antara kita? Penulis ingin
memahami isi hati sahabat-sahabatnya sampai satu masa tiada ruang dan waktu
untuk dia fikir tentang isi hatinya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang
terbuku di ruang sudut kecil hatinya.
Penulis juga hanya insan
biasa yang punya perasaan. Namun bila difikirkan kembali hadis Rasulullah
S.A.W, dia cuba memujuk hatinya yang sayu dengan sikap sesetengah sahabatnya
yang mudah terasa. Penulis cuba berlapang dada dengan apa yang telah
dilaluinya.
Daripada
Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW,
Baginda bersabda:
“Seseorang
kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana
dia mengasihi dirinya sendiri.”
Hadis riwayat
al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment