Subjek bahasa Arab penulis dan kawan2 sekelas ambil sangat menarik kerana kami bukan sahaja didedahkan dengan penggunaan bahasa Arab dalam kelas tetapi juga di dalam seminar2 yang pensyarah kami ikuti. Kami sangat teruja saat pembentang2 kertas kerja membentangkan peri pentingnya bahasa Arab dalam memahami isi al-Quran.
Ini mengajar penulis dan kawan2 untuk lebih mencintai bahasa Arab memandangkan kami dalam bidang bahasa Arab. Sungguh kami benar2 tertarik dengan bahasa yang bukan hanya untuk kami memahami bahasa Al-Quran tetapi juga untuk menambah penguasaan bahasa arab yang kami sepatutnya kuasai sejak dari tahun pertama pembelajaran di universiti. Nak tengok gambar pensyarah penulis yang bernama Dr. Mahmood,
Lagi penulis teruja, hampir empat tahun belajar di universiti akhirnya penulis sudah punya sahabat dari Jordan yang bernama Wazeerah. Hasrat penulis untuk mempunyai sahabat dalam kalangan orang Arab tercapai. Sekurang2nya persahabatan kami boleh mengerat ukhuwwah antara dua negara.
Penulis cukup gembira...alhamdulillah, kerana impiannya mahu punya teman berbangsa arab telahpun tercapai walau hanya seorang. Moga suatu saat semakin bertambahlah teman @ kawan @ sahabat penulis dalam kalangan orang Arab. Nak tengok gambar dia, jom!
Akhir qalam, tambahkan ilmu, tambahkan rasa cinta kita pada bahasa Arab agar kaita bisa memahami setiap hukum ALLAH dan isi al-Quran. Salam kasih buat insan pencinta ALLAH.
No comments:
Post a Comment