Subhanallah…rindu
itu bertamu lagi pada adik2 yang di sayangi terutama pada gelagat yang paling
penulis rindu iaitu Ahmad Hambali bin Yaakob. Saban hari dia sentiasa
menghantar mesej pada kakak sulungnya bertanyakan khabar bila kakak mahu
pulang. Sebak di dada tiada tertahan saat memandang setiap kata mesej dari adik
bongsunya. Tambahan mereka sangat rapat. Bila sahaja penulis pulang ke kampung
halaman sudah tentu banyak aktiviti mereka luangkan bersama.
Ni antara gambar2 yang merakam gelagat lucu adik bongsu penulis. Sungguh rasa rindu itu makin menebal.
Antara
aktiviti yang mereka luangkan bersam-sama pada waktu petang biasanya penulis
akan meluang masa bermain badminton, atau bola dengan adik bongsunya di halaman
rumah. Lepas maghrib, penulis dan adik bongsu biasanya membaca & mentadabbur
al-Quran bersama-sama. Lepas isyak pula mereka lebih senang bersama-sama sama
ada tengok drama atau menyiapkan kerja-kerja sekolah si adik. Mungkin masa yang
sangat terhad di gunakan sepenuhnya oleh seorang kakak untuk bersama-sama si
adik menyebabkan mereka mudah akrab dan rasa kehilangan bila sudah berjauhan.
Sungguh
rasa rindu itu tidak tertahan, ingin sahaja penulis pulang ke kampung halaman
mendakap dan mengkhabarkan betapa hatinya sudah rawan menunggu masa bertemu si
adik yang di rindui. Itulah penangan cinta adik-beradik. Bila berjauhan rasa
rindu mula membekas di jiwa. Bila nampak di mata mudah sahaja mencari gaduhnya.
Dialog adik
bongsu masih penulis simpan kemas dalam ‘handphone’ nya. Nak tau apa rasa bila
baca mesej dari adik bongsu? Jom kita baca dialog di bawah:
Adik: “Kak yong apo khabar?”
Penulis: “Chat alhamdulillah.
Hambali?”
Adik: “Hambali chat. Kak yong wat
gapo tu?”
Penulis: “Kak yong duk wat kijo
sekolah banyok. Hambali duk wat gapo?”
Adik: “Hambali po kalo, duk tengok
tv, cerito kartun kesukaan Hambali.”
Penulis: “Hambali rindu & sayang
kak yong dok?”
Adik: “LOVE.”
Penulis: “Ingat tak ‘birthday’ kak
yong bilo?”
Adik: “Ingatlah.”
Penulis: “Hambali nok bagi hadioh
gapo ko kak yong?”
Adik:
“Erm…mesej…hehehe. Kak yong bilo nok balik kampung, nati Hambali boleh bagi
hadioh ko kak yong?”
Terus
penulis terkedu tanpa bahasa, hanya hatinya yang berbicara, Kak Yong banyak
kerja yang nak di selesaikan di sini. Tak dapat nak balik selalu. Sebak lagi.
Lagi bertambah sedih bila adik perempuan penulis yang selalu telefon keluarga
di kampung mengkhabarkan adik bongsunya bertanya bila kakak sulungnya nak balik
kampung.Itulah realiti bila berjauhan dengan keluarga, itu juga yang di hadapi
oleh ramai mahasiswa universiti.
Salam sayang dari kakakmu.
No comments:
Post a Comment