RAMADHAN DI PERANTAUAN
Pejam celik esok lusa dah nak
masuk bulan Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu secepat air terjun yang
mengalir laju walau penghalangnya adalah batu. Sebelum terlambat penulis mengucapkan
selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Moga ALLAH mengurniakan keberkatan
kepada umat Islam keseluruhannya dalam menjalankan ibadah puasa tahun 1434H
ini.
Bicara tentang puasa
masing-masing ada pengalaman tersendiri dalam menjalankan ibadah puasa.
Kenangan manis tentunya berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga tersayang.
Betul tak? Sayangnya, tahun ini penulis tidak dapat menyambut 1 Ramadhan 1434H
bersama-sama keluarga. Kenapa yer?
Penulis mengambil keputusan
menyambut Ramadhan bersama-sama sahabat-sahabat di universiti. Menyelesaikan
tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar serta ahli jawatankuasa kolej kediaman
di universiti tempat penulis belajar sekarang. InsyaALLAH...pengalaman ini
takkan diulang kembali kerna penulis bakal bergelar graduasi tidak lama lagi.
Jadi, penulis merebut peluang bersama-sama sahabat di bulan Ramadhan ini.
Ramai yang bertanya kenapa
penulis tidak pulang ke kampung halaman terus sedangkan sekarang adalah masa
cutinya. Jawapan penulis mudah, nak mengajar diri erti pengorbanan dan merasa
rindu yang mendalam pada keluarga bila berjauhan. Berkebetulan ibunda &
ayahanda tercinta memberi izin kepada penulis untuk menetap di sini sehingga
akhir Ramadhan. Ya...moga ALLAH mengurniakan kekuatan hati kepada penulis dan
adik-aik tamhidi yang masih meneruskan pembelajaran dan perjuangan di sini.
Moga Ramadhan kali ini
memberi makna yang sangat berharga dan mengajar penulis menjadi manusia yang
menghargai nikmat-nikmat kurnia ALLAH yang ada di sekelilingnya.
Walau tidak dapat merasa
masakan mama, tak dapat nak tolong mama dan adik-adik memasak, tak dapat nak
tatap wajah mama saat mama asyik memasak dan menyediakan makanan sahur atau
berbuka puasa, tak dapat layan adik-adik yang penat menahan puasa, tak dapat
nak tengok gelagat lucu ayah melarang adik-adik tidur, dan tak dapat dengar
suara emas mama mengejutkan kami dari tidur untuk sahur bersama...penulis tetap
redha dan cuba untuk menguatkan hatinya bahawa ada hikmah di sebalik kisah
sedih ini.
Ramadhan kali ini penulis
menyambutnya di perantauan. Harap tidak pernah penulis lupa pada kampung
halaman biarpun berjauhan. Redha dan syukur mengajar penulis berdiri dengan
baik walau terkadang berdirinya hampir rebah.
Ramadhan tetap di sambut
meriah walau tidak bersama keluarga tersayang. Asalkan madrasah Ramadhan ini
dapat menambah keimanan dan ketaqwaan penulis dan umat Islam seluruhnya untuk
meneruskan kehidupan akan datang. Kat mana pun kita berada jangan lupa kita
tetap berdiri di bumi ALLAH...kita tetap menjadi hamba dan khalifahNya di muka
bumi ini...dan kita tetap wajib melakukan ketaatan kepadaNya.
No comments:
Post a Comment